Riang nak sambut raya bertukar tragedi. Dua beradik cedera parah selepas dipercayai terkena mercun bola dalam kejadian menyayat hati di Kampung Baru, Kuala Nerang, pada Selasa.
Kegembiraan yang sepatutnya diisi dengan gelak tawa kini bertukar menjadi tangisan dan kesakitan. Difahamkan kejadian pertama yang berlaku di Kedah pada Ramadan ini.
Memetik laporan Astro Awani, Ketua Polis Daerah Padang Terap, Superitendan Abdull Razak Osman berkata, dalam kejadian sekitar jam 8.15 malam itu mengakibatkan mangsa berusia empat dan tujuh tahun dikejarkan ke Zon Merah Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.
Beliau berkata, siasatan awal polis ketika kejadian ibu bapa kanak-kanak terbabit tidak menyedari anak mereka sedang bermain mercun di luar rumah.
“Hasil siasatan mendapati dua beradik itu bermain mercun bola yang diperoleh dari rakan sekampung.
Ads
“Manakala ibu kanak-kanak tersebut memaklumkan dia hanya menyedari kejadian setelah terdengar bunyi letupan di luar rumah sebelum bergegas keluar dan mendapati kedua-dua anaknya telah cedera.
“Ketika kejadian bapa kanak-kanak itu tiada di rumah,” katanya.
Abdull Razak berkata, kedua-dua mangsa yang mengalami kecederaan melecur di beberapa bahagian badan.
Ads
Bagaimanapun, abang parah dan kini sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) HSB.
Ads
“Kita telah membuka kertas siasatan bersangkut kejadian ini yang disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 dan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001 yang mana jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang 5 tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun bagi kesalahan memiliki bahan letupan.
“Manakala denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan menyebabkan atau membiarkan kanak kanak berada dalam situasi yang boleh menyebabkan kecederaan atau bahaya fizikal,” katanya.
Ini merupakan kejadian pertama akibat mercun berlaku di negeri ini bagi Ramadan tahun ini.
Sumber: Astro Awani
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bapa terkejut air paip tiba-tiba jadi panas ketika bersihkan anak, kaki melecur teruk menjadi satu kisah yang benar-benar mengejutkan ramai ibu bapa. Siapa sangka percutian yang sepatutnya menjadi kenangan indah bertukar menjadi detik penuh duka buat keluarga ini apabila anak tersayang melecur teruk terkena air panas ketika sedang dibersihkan.
Perkongsian menyayat hati daripada seorang bapa, Amad Mus, di Facebook ini benar-benar menyentuh perasaan ramai ibu bapa. Hanya dalam beberapa saat, air paip yang tiba-tiba menjadi terlalu panas menyebabkan anak kecilnya, Aish Al Mateen yang baru 4 bulan telah mengalami kecederaan melecur yang serius satu kejadian yang langsung tidak dijangka.
Kejadian berlaku ketika beliau membersihkan anaknya di sinki bilik air selepas check-in penginapan. Tanpa disedari, suhu air berubah mendadak dalam beberapa saat hingga menyebabkan kulit anak melecur dan melepuh.
Situasi air paip tiba-tiba jadi panas seperti ini boleh berlaku akibat sistem pemanas air yang tidak stabil atau tekanan air yang berubah secara mendadak. Dalam keadaan panik, anak segera dibawa mendapatkan rawatan dengan bantuan polis, sebelum menjalani prosedur termasuk membuang kulit mati bagi merawat kecederaan.
Detik cemas itu pastinya menjadi mimpi ngeri buat seorang ayah. Rasa bersalah dan trauma menyelubungi diri apabila melihat anak kecil menanggung kesakitan akibat air paip yang tiba-tiba berubah suhu tanpa amaran.
Dalam pada itu, menerusi perkongsian susulan, bapa kepada Aish Al Mateen memaklumkan keluarga mereka terus diuji bertimpa-timpa. Ketika anak dirawat di Hospital Tunku Azizah Kuala Lumpur, isterinya pula pengsan akibat keletihan menjaga anak di wad, memaksa beliau menguatkan diri menjaga kedua-duanya serentak.
Dalam masa yang sama, beliau turut dipanggil memberi keterangan oleh Polis Diraja Malaysia susulan laporan hospital satu prosedur biasa bagi kes melibatkan kecederaan kanak-kanak. Namun siasatan disahkan NFA kerana tiada unsur penderaan atau kecuaian, sebaliknya kemalangan semata-mata.
Kisah ini bukan sahaja sarat dengan emosi dan rasa bersalah seorang ayah, tetapi menjadi peringatan penting buat semua ibu bapa agar sentiasa memeriksa suhu air walaupun dalam situasi yang kelihatan biasa.
Keluarga ini yang asalnya datang bercuti hanya dengan beberapa pasang pakaian terpaksa tinggal lebih lama daripada dirancang untuk anaknya mendapat rawatan lanjut. Apa yang sepatutnya menjadi percutian singkat akhirnya bertukar menjadi episod panjang di hospital gara-gara air paip tiba-tiba jadi panas.
Selepas sembilan hari penuh debaran dan air mata, akhirnya khabar yang paling dinanti tiba Mateen kini dibenarkan pulang ke rumah. Hari itu menandakan berakhirnya “percutian” yang tidak dirancang di Hospital Kuala Lumpur.
Tiada kata mampu diungkap… selain rasa syukur yang mendalam.
Alhamdulillah.
“MATEEN DAH BOLEH BALIK RUMAH HARINI.
Kejadian air paip tiba-tiba jadi panas ini wajar dijadikan pengajaran bersama. Sentiasa uji suhu air terlebih dahulu sebelum menyentuh kulit anak, lebih-lebih lagi ketika berada di tempat penginapan atau lokasi baharu yang kita tidak biasa dengan sistem pemanas airnya.
Semoga kisah ini menjadi peringatan agar kita lebih berhati-hati dan sentiasa berdoa memohon perlindungan buat diri dan keluarga daripada perkara yang tidak dijangka.
Kebahagiaan keluarga selebriti dan usahawan terkenal, Chryseis Tan atau lebih mesra disapa Chrystan, kembali mencuri perhatian ramai apabila Chrystan dedah wajah anak ketiga mereka buat pertama kali kepada umum. Perkongsian penuh makna itu sekali gus mengundang rasa terharu dalam kalangan peminat yang mengikuti perjalanan hidup pasangan ini sejak awal perkahwinan mereka.
Perasaan teruja dan syukur jelas terpancar daripada setiap perkongsian yang dimuat naik oleh isteri kepada SM Faliq Nasimuddin, pewaris empayar perniagaan NAZA ini. Kehadiran si kecil bernama SM Ariz Naza SM Faliq menjadi penyeri terbaharu yang melengkapkan lagi kebahagiaan keluarga ini.
Bayi lelaki comel ini telah selamat dilahirkan pada 28 November 2025 dengan berat 3.2 kilogram dan panjang 48 sentimeter. Momen kelahiran itu turut dirakam dengan simbolik papan nama yang memaparkan butiran lengkap seperti nama, tarikh lahir, berat serta ketinggian bayi sebagai kenangan berharga yang akan disimpan sepanjang hayat.
Dalam foto yang dikongsikan, si kecil kelihatan tidur lena dibalut kemas dengan kain lembut. Wajahnya yang tenang seolah-olah menggambarkan rasa selamat dan limpahan kasih sayang daripada kedua ibu bapanya yang menyambut kehadiran ini dengan penuh kesyukuran.
Sebagai anak ketiga, kehadiran SM Ariz Naza SM Faliq pastinya membawa makna yang lebih mendalam buat Chrystan dan suami. Walaupun ini bukan pengalaman pertama melalui proses kehamilan dan kelahiran, setiap detik yang dilalui tetap memberi rasa yang berbeza dan sukar digambarkan dengan kata-kata.
Bagi Chrystan sendiri, perjalanan ini hadir dengan emosi yang lebih matang. Dari debaran menanti saat bersalin, keletihan selepas melahirkan, sehinggalah momen pertama menatap wajah si kecil, semuanya menjadi pengalaman yang sangat bermakna. Setiap kesakitan seakan terubat apabila bayi berada dengan selamat di dalam pelukan.
Pengalaman menyambut kelahiran anak ketiga ini bukan sekadar rutin biasa, sebaliknya satu fasa kehidupan yang lebih penuh penghargaan terhadap erti sebuah keluarga. Chrystan dedah wajah anak ketiga ini seolah-olah berkongsi rasa syukur seorang ibu yang menerima amanah besar dengan hati yang terbuka.
Setiap hela nafas bayi membawa harapan, doa dan impian agar si kecil membesar dalam suasana penuh kasih sayang, perlindungan serta bimbingan yang terbaik daripada kedua ibu bapanya.
Sebelum kelahiran Ariz, pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Arianna Kyla Tan yang lahir pada 16 Julai 2020 serta SM Arman Naza SM Faliq yang dilahirkan pada 18 Januari 2023 dengan berat 3.5 kilogram.
Kini, Arianna dan Arman secara rasmi bergelar kakak dan abang kepada adik kecil mereka. Kehadiran anak ketiga ini benar-benar melengkapkan kebahagiaan sebuah keluarga yang dibina atas dasar kasih sayang dan sokongan antara satu sama lain.
Untuk makluman, Chryseis Tan merupakan anak sulung kepada tokoh korporat terkenal Tan Sri Vincent Tan, Pengerusi Berjaya Corporation, salah satu empayar perniagaan terbesar di Malaysia. Manakala suaminya, SM Faliq Nasimuddin, adalah pewaris kepada Naza Group yang terkenal dalam sektor automotif, hartanah dan pelbagai industri lain.
Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 2 Februari 2018 dalam sebuah majlis perkahwinan mewah yang berlangsung di The Chateau, Bukit Tinggi, Pahang. Sejak itu, kehidupan mereka sering menjadi perhatian umum.
Sejak Chrystan dedah wajah anak ketiga di media sosial, ruangan komen dibanjiri dengan ucapan tahniah dan doa daripada peminat serta rakan kenalan. Ada yang berpendapat wajah anak ketiga mirip ibunya. Bukan itu sahaja, ramai yang turut mendoakan agar keluarga ini sentiasa dilimpahi rahmat dan kebahagiaan.
Bukan sekadar terpikat dengan wajah comel bayi, tetapi ramai yang tersentuh dengan luahan penuh syukur seorang ibu yang menghargai setiap detik dalam perjalanan hidupnya. Setiap tangisan pertama bayi membawa seribu makna dan harapan.
Semoga SM Ariz Naza SM Faliq membesar menjadi anak yang sihat, berakhlak mulia dan membahagiakan kedua ibu bapanya. Buat Chrystan dan suami, semoga perjalanan membesarkan tiga cahaya mata ini terus dipermudahkan serta dipenuhi kenangan manis sebagai sebuah keluarga yang harmoni.
Lima sekeluarga terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, Miri, Sarawak pada Rabu, sementara anak sulung keluarga itu yang terselamat sempat menyaksikan detik tragis tersebut.
Menurut laporan Sinar Plus, remaja berusia 17 tahun, Nur Irsalina Syahirah, menceritakan bahawa tanah runtuh itu meragut nyawa ibu, nenek, serta tiga adiknya yang berusia lapan, 11, dan 16 tahun dalam sekelip mata.
Menurut Irsalina yang kini tinggal bersama datuknya, sebelum detik cemas yang berlaku pada 3 pagi itu, dia berada di ruang tamu bersama ibunya, Sazarena Arabi dan adik-beradiknya, manakala neneknya pula sedang tidur di bilik tidur.
Mereka kemudian mendengar bunyi dentuman yang kuat dan ibunya mula bertindak berlari sambil memeluk adiknya yang kecil manakala Irsalina pula segera bangun dari berbaring.
“Masa kejadian itu berlaku, saya sedang bermain permainan video sambil ditemani ibu dan adik-adik manakala nenek sedang tidur di dalam bilik.
“Segalanya bermula apabila ibu mendengar bunyi benda jatuh (dentuman kuat). Saya pun dengar bunyi yang sama.
“Oleh kerana takut, ibu segera berlari memeluk adik yang kecil untuk dibawa lari manakala saya sendiri pun terus bangun dan duduk.
“Saya tertolak hingga keluar dindin ke arah tempat meletak motosikal, bagaimanapun, belum sempat saya bergerak tanah terus runtuh tetapi saya masih sedar dan tidak pengsan,” katanya.
Tidak cukup melihat keluarganya meninggal dunia depan mata, Irsalina turut terperangkap di bawah timbunan runtuhan itu sehingga menyukarkannya untuk keluar menyelamatkan diri.
Hanya selepas datuknya datang ke tempat kejadian, barulah Irsalina mendapat bantuan untuk mengalihkan tanah sebelum bomba tiba.
“Saya cuba alih tanah sedikit supaya dapat bergerak, kemudian datuk saya datang jumpa saya dan tolong alihkan tanah untuk saya.
“Tak lama kemudian, bomba pun datang untuk tolong keluarkan saya dari tempat kejadian.
“Saya bersyukur masih selamat tetapi bawah lutut saya sakit kerana kena hempap dan kuku kaki saya juga patah,” ujarnya.
Katanya lagi, semasa operasi menyelamat, dia menyedari bahawa hanya kakinya yang cedera dan dia dihantar ke hospital menaiki ambulans selepas dikeluarkan dari runtuhan.
“Anggota bomba memberikan semangat untuk saya berusaha mengeluarkan kaki di bawah runtuhan dan setelah berjaya, saya dihantar ke hospital menaiki ambulans,” kongsinya.
5 sekeluarga maut tanah runtuh, selamat dikebumi pada Khamis
Selain ibunya, Irsalina turut kehilangaan neneknya, Fatimah Dawi, 71, adik lelaki, Irsyad Syairah, 16 dan dua adik perempuan, Nur Rania Syafiqah, 11 dan Nur Raisyah Syahirah, 8.
Kelima-lima mangsa ini disemadikan dalam satu liang lahad dan jenazah mereka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pujut 5 pada petang Khamis.