Pasangan selebriti popular Neelofa dan Muhammad Haris Mohd Ismail menyatakan dia menganggap duit raya yang diterima anak sulung mereka, Muhammad Bilal sebagai rezeki apabila menerima lebih RM14,000.
Pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor berkata, dia menyerahkan soal itu kepada rezeki dan tiada masa memikirkan soal ‘angpau’ atau meletakkan sasaran sumbangan jumlah duit raya yang bakal diterima anaknya.
“Saya tak minta pun. Jumlah yang diterima tahun lalu adalah rezeki dia. Ketika itu, Bilal baru empat bulan dilahirkan. Jadi, ramai orang beri perhatian kepadanya.
“Saya tidaklah terlalu berharap orang bagi duit raya kepada Bilal, tahun ini. Ada rezeki, alhamdulillah,”katanya.
Neelofa berkata, selepas berkahwin dengan Haris, dia lebih memahami erti sebenar di mana Ramadan lebih baik diraikan berbanding Syawal.
Ads
“Kita sebenarnya terlalu ikut dengan adat dan tradisi, berbanding makna sebenar Ramadan dan Syawal.
“Apabila saya mendalami ilmu agama dan mengikuti kelas serta usrah, baru saya faham sebenarnya Ramadan lebih baik diraikan berbanding Syawal.
“Disebabkan itu, setiap tahun keluarga Haris menyambut Ramadan dengan meriah, di mana malam sebelum puasa itu mereka mengadakan kenduri dan memberi orang makan. Itu cara yang sepatutnya, di mana, saya baru tahu.
“Sebab kita mahu masuk bulan baik, jadi kita masuk dengan hati yang bersih. Bukan selepas bulan baik berlalu, baru kita nak bermaaf-maafan,” katanya.
Dikesempatan itu, Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-29 meluahkan rasa syukur kerana diberi kesempatan mempelajari ilmu baharu.
Malah, selebriti berusia 34 tahun itu juga gembira dapat meraikan tradisi Syawal yang baharu bersama keluarga suaminya, Haris.
Ads
“Keluarga Haris menghidupkan malam sebelum hari raya pertama. Sebab beberapa malam yang Allah tekankan untuk diraikan adalah seperti malam Nifsu Syaaban, Lailatul Qadr, Aidilfitri dan Aidiladha.
“Dahulu, malam raya saya sibuk main bunga api, berjaga malam borak dengan sepupu sampai pagi. Tetapi selepas berkahwin, saya belajar untuk menghidupkan malam raya.
“Malam itu juga dianggap malam di mana doa mustajab. Jadi, daripada kita berjaga malam untuk berborak, baik kita beribadat. Misalnya, buat solat tasbih dan sebagainya.
“Disebabkan itu, ayah Haris baca kitab setiap malam raya bersama keluarga. Kadang-kadang mereka buat tahlil.
“Alhamdulillah, banyak yang saya belajar dengan keluarga Haris. Saya mula-mula macam pelik, tapi apabila saya membaca fadilat dan amalan Syawal, saya baru tahu,” katanya.
Ads
Tambah Neelofa, sambutan Syawal mereka sekeluarga pada tahun ini diraikan secara sederhana di mana dia menyediakan tiga pasang baju sedondon untuk mereka tiga beranak.
“Seperti tahun sebelum ini, sambutan raya kami sekeluarga, biasa sahaja. Terutama selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kami sambut sederhana. Apatah lagi Haris, sangat ringkas orangnya.
“Namun, Alhamdulillah, raya tahun ini kami sedondon. Saya sudah kata kepada Haris, saya mahu ambil alih tugas pilih baju dan dia benarkan.
“Jadi, saya sediakan baju sedondon tiga pasang untuk kami tiga beranak,” katanya yang berkunjung ke rumah ibu bapa mentua di Sri Petaling, selepas solat sunat Aidilfitri, Sabtu lalu.
Untuk rekod, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Haris pada 27 Mac 20221 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Bilal pada 29 Januari tahun lalu. Kini, pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot itu sedang hamil anak kedua.
Siapa yang tak sayang anak kerana itulah amanah buat kita. Bagi Datin Almy Nadia, dia selesa menguruskan empat anak perempuannya sendiri tanpa bantuan pengasuh.
Malah menerusi akaun Tik Tok, isteri kepada pelakon handalan, Datuk Fizz Fairuz itu mengakui selesa menguruskannya sendiri berbanding meletakkan tanggungjawab itu kepada pengasuh. Apa lagi ketika mahu pergi ber ‘me time’ bersama kawan-kawan.
Akui Almy lagi, dia rela mengorbankan segalanya demi harta dunia akhiratnya bersama suami.
“Saya korbankan segala-galanya demi harta akhirat saya iaitu anak-anak saya. Tak apalah. Mula-mula bila ada anak satu rasa give up, stress dan sedih.
“Tapi bila dah ada dua, tiga dan empat, saya dah tak rasa benda tu. Saya rasa seperti ‘heaven’. Orang yang rasa stress tu mungkin dia rasa tak suka.
” Saya rasa happy. Saya punya prinsip, tak tahu orang lain macam mana. Mungkin diorang fikir hantar jelah anak pergi rumah pengasuh untuk dapat “me time, boleh keluar dengan kawan-kawan.
“Tapi saya tidak ada kehidupan dengan kawan-kawan, kami on the phone saja. Saya tak tahu la orang lain,” katanya lagi berkongsi.
Jelas Almy lagi, dia amat bersyukur kerana dapat membesarkan anak-anaknya sendiri tanpa bantuan orang lain selain dapat memasak makanan kegemaran anak-anak setiap hari.
“Mungkin orang kata, dia Datuk Datin ambil jelah pembantu rumah, sibuk nak jaga sendiri buat apa. Kita tak tahu pemikiran orang tu macam mana, rambut pun warna lain.
“Tak ada kawan tak apa tapi harta dunia akhirat saya selamat. Saya dapat jaga anak-anak saya depan mata. Alhamdulillah, saya bersyukur dengan kehidupan saya sekarang,” kongsinya.
Dalam pada itu, rata-rata wargamaya memuji tindakan Almy kerana sanggup berkorban masa dan kehidupannya demi membesarkan anak-anak.
Menerusi video tersebut, pada awalnya mereka sedang seronok bermain namun di akhir video, bunga api yang meletup di udara tiba-tiba meletus pada bahagian tangan menyebabkan kanak-kanak itu terkejut dan menangis.
Dalam satu foto lain yang dikongsi, kelihatan kanak-kanak tersebut meraung dengan tanganya yang melecur kemerah-merahan akibat terkena percika bunga api.
Rata-rata warga maya memberi pendapat berkenaan isu keselamatan anak dan tidak wayar menjadikan permainan bunga api serta mercun sebagai budaya di negara ini.
“Kenapa kat sini parents biarkan anak sendiri pegang mercun tu? Ada otak kot, kan boleh fikir bahaya”
Meriah habis pertandingan Baby Merangkak Race Simpan SSPN X Pa&Ma yang mendapat sambutan hangat melebih 100 penyertaan bayi berusia enam hingga 12 bulan pada tahun ini!
Bersempena dengan Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2023, pertandingan Baby Merangkak Race Simpan SSPN X Pa&Ma telah diadakan di Sunway Pyramid Mall pada 30 September 2023 yang lalu. Pertandingan ini adalah kerjasama Simpan SSPN dan Majalah Pa&Ma dengan bertemakan superhero yang mana tagline BMS 2023 juga adalah “Jom Jadi Superhero Anak Anda”.
Ternyata semua ibu bapa peserta sangat sporting dan mengenakan pakaian mengikut tema pada bayi mereka.
Suasana riuh-rendah apabila pertandingan ini bermula. Kelihatan sungguh comel anak-anak kecil ini merangkak dalam kumpulan namun ada yang duduk sahaja tanpa bergerak. Ibu bapa dibenarkan membawa ‘props’ sebagai alat untuk memancing si kecil merangkak ke depan.
Pertandingan ini mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan 110 orang bayi yang berusia enam hingga 12 bulan yang telah mendaftar sebelum pertandingan berlangsung.
Sebelum ini, peserta Merangkak Race hanyalah terdiri daripada 50-60 orang tetapi sambutan tahun 2023 ini sangat menakjubkan sehingga peserta mencecah 110 orang! Mereka bertanding untuk merebut gelaran juara merangkak paling pantas.
Untuk pertandingan ini, terbahagi kepada 10 pusingan saringan. 11 bayi akan bertanding untuk setiap pusingan saringan ini. Hanya dua bayi terpantas yang menyentuh reben akan dipilih untuk ke pusingan akhir.
Terdapat 5 penjaga garisan yang akan memerhatikan setiap bayi untuk pusingan ini. Setiap bayi yang menyentuh reben, juri yang mewakilinya akan mengangkat bendera.
Mereka dibahagikan kepada 10 kumpulan iaitu Ironman, Spiderman, Hulk, Thor, Captain America, Black Panther, Batman, Aquaman, The Flash, Superman.
20 bayi terpantas melalui ujian saringan kemudiannya berlumba antara satu sama lain dan masa terpantas dipilih sebagai juara, naib juara, tempat ketiga dan dua hadiah saguhati.
Turut hadir Ketua Pegawai Operasi PTPTN, Puan Mastura Mohd Khalid, Puan Wan Zawiah Wan Abu Bakar, Pengurus Besar Kanan Jabatan Komunikasi Korporat & Pemasaran, Puan Emy Haznida selaku Editor Pa&Ma dan hos untuk acara ini.
Juara membawa pulang akaun Simpan SSPN bernilai RM300 berserta medal, naib juara pula menerima akaun Simpan SSPN bernilai RM200 berserta medal, pemenang tempat ketiga pula mendapat akaun Simpan SSPN RM100 berserta medal. Kedua-dua pemenang saguhati pula membawa pulang akaun Simpan SSPN bernilai RM50 setiap seorang berserta medal. Selain akaun Simpan SSPN, setiap pemenang goodies bag dari Simpan SSPN.
Manakala pemenang bagi kategori khas Baby Merangkak WOW yang dinilai dari pelbagai segi oleh juri membawa pulang hadiah Akaun Simpan SSPN bernilai RM100 beserta medal dan goodies bag Simpan SSPN.
Pemenang-pemenang Baby Merangkak Race Simpan SSPN X Pa&Ma 2023 telah diumumkan sejurus tamat acara tersebut. Bayi Juara adalah Aidan Nadhif bin Aiman Fahmi, Bayi Naib Juara, Muhammad Furqan bin Muhammad Firdaus, Bayi tempat ketiga Muhammad Ayden Nael bin Muhammad Na’im manakala dua bayi saguhati iaitu Ahmad Umar Fateh Ahmad Hazazi dan Muhammad Adeeb Mukhriz Bin Muhammad Amir Asyraf.
Baby Merangkak WOW! pula dimenangi oleh Muhammad Luth Zafran bin Muhammad Zulkhaire. Kategori Famili ‘Sporting’ merupakan kategori yang baru diperkenalkan tahun ini dan pemenangnya adalah keluarga Mohamad Nazirul, Noor Aisa dan Alee Yara.
Terima kasih kepada semua penaja dan para peserta. Diharapkan jika ada lagi pertandingan ini diadakan pada masa hadapan, akan terus mendapat sokongan dari pembaca Pa&Ma.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.