Billy Dah Semakin Sihat. Lana Dan Suami Buat Majlis Aqiqah Dan Kesyukuran Untuk Anak-Anak

Share

Majlis aqiqah serta kenduri kesyukuran Gia Quinn Mckienzie dan William Daud Mckienzie yang merupakan anak kepada pelakon Lana Nodin diadakan dengan meriah.

Menerusi entri di Instagram, Lana telah berkongsi foto-foto ‘live update’ di sekitar majlis terbabit.

Bukan sahaja Lana, tetapi suaminya David Mckinzie atau nama Islamnya, Muhammad Daud turut mengenakan baju rona sedondon dengan anak mereka.

Majlis serba lancar itu turut dimeriahkan lagi dengan hiasan pelamin untuk bayi yang diraikan.

Ia turut dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat mereka.

Rata-rata memuji kecantikan Lana dan mereka turut mendoakan agar anak-anaknya dapat membesar dengan sihat.

Billy semakin sihat dan aktif

Sebelum ini, Lana ada berkongsi yang anak keduanya mengalami masalah jantung dan telah berjaya melalui pembedahan.

Lana cukup berterima kasih dan terharu atas doa orang ramai kerana mendoakan kesihatan anaknya. Sekarang Billy pun dah semakin sihat dan ceria.

Lana dan David mula mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata yang diberi nama Gia Quinn Mckinzie dan William Daud Mckienzie.

Sumber: ig Lana Nodin

IKLAN