Bingka Pandan, Nak Buatnya Terpaling Mudah & Confirm Jadi!
Tentu ada antara kita membayangkan betapa renyah dan susahnya untuk menyediakan kuih tradisi. Jadi ambil jalan mudah untuk tidak mencuba menyediakan menu tersebut untuk dinikmati bersama keluarga tercinta.
Namun hakikatnya ada sahaja kuih Melayu yang cukup mudah disediakan seperti kuih bingka pandan yang dikongsikan oleh Humairah Al-Hamra. Bukan sahaja menggunakna bahan-bahan yang sedia ada di dapur, malah proses penyediaannya juga cukup ringkas.
Jadi apa kata, kali ini anda cuba untuk sediakan kuih Bingka Pandan yang enak ini. Pasti seisi keluarga teruja untuk menikmati kuih yang disediakan hasil dari air tangan orang yang tersayang. Selamat mencuba!
Kuih ketayap atau dipanggil lempeng gulung oleh sesetengah orang ini rupanya cukup mudah nak disediakan. Hanya blender sahaja kesemua bahan dan mulakan melempeng di atas kuali. Namun intinya haruslah padu. Resipi yang dikongsikan oleh Mizah Ngatiman ini memang terbaik. Intinya penuh, puas hati anak-anak makan.
Untungnya kerana setiap langkah disertakan dengan gambar secara terperinci. Jadi para amatur dapatlah mencuba dengan yakin. Jom cuba!
Sejak PKP ni ada sahaja permintaan anak-anak nak makan itu ini. Kena bijak bajet bahan untuk sekeluarga makan dan bahan paling penting ialah ‘rajin’. Lz kongsikan resipi lempeng gulung. Mudah ja kuih ni, kita tengok step by step di setiap gambar ye.
Bahan-bahan bancuhan tepung: (dapat sehingga 25 biji)
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan
2 + 1/2 cawan air masak
2 biji telur
Secubit garam
Sedikit pewarna hijau
Bahan-bahan inti kelapa manis:
1 biji kelapa parut
2 kerek gula Nise (gula merah pun boleh)
1 cawan air
1/2 cawan gula pasir
Secubit garam
Daun pandan disimpul
Mula mula didihkan air. Masukkan gula nise, gula pasir, daun pandan. Biar gula larut.
Kemudian masukkan kelapa. Gaul rata hingga kering air.
Akhir sekali taburkan sedikit tepung gandum. Tujuan supaya inti melekat satu sama lain. Tutup api.
Sejukkan dahulu.
Bahan adunan tepung semua blend. Pekat dan cair macam ni ye bila kita angkat adunan tu ia sedikit melekat di senduk. Kalau pekat tambahkan sedikit demi sedikit air.
Panaskan kuali non stick. Kalau kuali biasa sapukan sedikit minyak. Boleh lah mula melenser adunan tepung. Api kecil. Biarkan hingga buih buih tu berhenti terus angkat. Tak perlu diterbalikkan.
Susun macam ni, buat adunan sampai habis.
Kemudian, boleh lah sudukan sedikit inti macam ni atas lempeng tadi.
Lipat kiri kanan. Mula digulung. Gulung sampai habis.
Sempena musim doyan ni, macam-macam lah menu boleh kita buat sambil beraksi di dapur tau. Contohnya buah durian yang mengkal sedikit, usahlah dibuang. Masih boleh dijadikan bahan asas masak cucur durian tau.
Bahan-bahan:
10 ulas isi Durian
2 cawan tepung jagung
4 sudu besar susu pekat
Garam, gula & air
Caranya:
1. Ambil ulas durian mengkal dan asingkan dalam besen
2. Kemudiam, tambahkan sedikit tepung jagung untuk rasa rangup crunchy, susu pekat untuk kasi pekat serta sedikit garam, gula dan air ke dalam ramuan itu.
3. Gaulkan kesemua bahan ini sehingga sebati dan menjadi sedikit likat.
4. Panaskan minyak ke dalam kuali, kemudian tunggu sehingga minyak betul-betul panas
5. Titiskan bancuhan durian berbulat-bulat ke dalam kuali dan tunggu sehingga keras menguning jadi bentuk cucor bebola
6. Toskan cucor durian itu, kemudian jamu dan makan ngap sap sap sui. Sulam pulak dengan ayo teh panas, zapppppp habis licin.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hujung tahun mesti ramai nak travel dengan baby. Untuk persediaan ketahanan badannya, disarankan sediakan sup kebal imun.
Apa sup kebal imun tu? Ia juga lebih dikenali sebagai bone broth soup yang terkenal sebagai makanan meningkatkan sistem imun badan anak daripada mudah terkena jangkitan penyakit demam, selsema dan batuk.
Biasanya anak kecil mudah dijangkiti penyakit tersebut selepas pulang dari bercuti kerana faktor perubahan cuaca, kurang tidur, keletihan, kurang minum air dan sebagainya lagi.
Persiapan makanan untuk travel bersama si kecil oleh Puan Aiza boleh dijadikan panduan oleh ibu-ibu lain yang merancang bercuti sekeluarga. Tak kira sama ada anda nak travel di dalam negara atau luar negara, tips ini sangat bermanfaat diamalkan terutama yang ada anak kecil.
Travel Tips! Preparing food for baby’s immunity
Biasanya, bila Adam Jibreel nak travel, Aiza akan bagi immune-boosting meal dekat Adam which is actually similar to bone broth recipejust tak perlu peram lama dalam cooker.
Buat sup sahaja, siap tumis cinnamon, star anise dengan cloves, dan ginger. Yang penting sebaiknya ada parsnip, tulang-belulang, isi ayam, bebawang, dan celery. Semua bahan ini memang boosting immune.
So, a week or 3 days at least nak jalan tu, bagi Adam sup kebal imun and kalau rajin, lepas balik pun bagi lagi. Bila pergi negara yang ada perubahan temperature, takut balik demam, yelah dari panas ke sejuk, sejuk ke panas. Kalau waktu travel pula, bawak bone broth frozen, campak segala bahan steam then blend. Tak perlu tumis-tumis. Mudah kan?
Bone Broth Recipe (suitable from 8 months old)
*Actually untuk bone broth/chicken stock lagi lama kita peram dia, lagi pekatlah jadinya lagi baik. Kenapa lama? Sebab kita nak biarkan segala isi atau sumsum keluar. So, bolehla cuba!
Preparing Travel Food Tips
1. Untuk bubur, lebih mudah prepare powder half-masak (sangai dalam kuali), pastu blend halus-halus then tapis lagi biar tinggal serbuk halus. Nanti bila nak guna, just ambil 4-5 sudu, campur air panas sikit masak sekejap atas api siap!
2. Make sure sediakan makanan yang dia suka, yang tak membawa apa-apa masalah seperti sembelit atau diarrhea, tak muntah macam avocado, squash dan pear.
3. Pilih buah/sayur yang mudah dibuat puree. Sebagai contoh avocado dan pisang.
4. Pilih buah yang mudah dapat so that tak payah bawak dari rumah. Contoh apple, pear, pisang. Buah-buah ni tahan lama.
5. Ready puree dan bubur yang dah masak dalam coolbag, letak iceblock. Waktu meal dia, lepak kedai minta air panas untuk panaskan.
6. Bawak accesories makan baby secukupnya. Tak susah pun. Boleh je bawak spoonfeeder, squooshi kalau tak mahu pakai bowl dan spoon.
7. Jangan lambat-lambatkan waktu makan baby, mahu mengamuk baby dalam flight. Makan sikit sebelum take off before boarding then breastfeed baby waktu take off.
8. Jangan rasa leceh. Chaiyok mommies!
9. Actually ada alternatif lain, macam instant baby food, tapi kita tetap choose homemade for Adam Jibreel. Your choice, mommies!
10. Untuk long haul flights (>2hours flight) via premium flight macam Malaysia Airlines boleh request babyfood for FREE.
Anak muntah selepas makan ubat, perlu beri semula atau tunggu dos seterusnya? Ketahui penjelasan doktor, risiko terlebih dos dan cara mengurangkan muntah ketika mengambil ubat.