Biskut Cornflakes Madu 4 Bahan, Kesukaan Anak-Anak, Biskut Wajib Ada!

Share

Sebut sahaja biskut cornflakes madu pasti sudah terbayangkan madu karemel yang cantik berkilat sebaik di angkat dari oven. Aromanya cukup enak dan begitu mengujakan.

Biskut yang satu ini sememangnya resipi wajib ada ketika hari raya. Mana tidaknya, ia menjadi kesukaan anak-anak kita malah boleh dihasilkan sendiri oleh mereka bersama-sama ketika menjelang hari raya. Jadi apa kata kita hasilkan sekali lagi untuk raya kali ini.

Resipi mudah empat bahan yang dikongsikan oleh Pn Norashikin Mohd Yunus ini mama wajib cuba. Sedap!


Alhamdulillah. Salam zohor semua. Jom saya kongsikan buat biskut conflake madu yang paling simple kesukaan anak-anak. Hanya menggunakan 4 bahan je.

Bahan-bahan:
1 kotak conflake
1/2 cawan madu
6 sudu besar gula pasir
6 sudu besar planta

Bahannya. Sekotak conflake yang besar. Conflake diramas-ramas bagi hancur sikit ye. Madu, planta, gula pasir, paper cup dan hiasannya gula-gula manik halus yang bewarna warni.

Conflake di ramas-ramas agar menjadi kecil sedikit.

Panaskan planta dan gula hingga cair. Masukkan madu.

Tuangkan bancuhan gula, planta dan madu yang telah cair dan panas ke dalam conflakes.

Masukkan hiasan manik-manik tadi dan gaul-gaulkan hingga sebati.

Susun paper cup di dalam loyang dan sudukan bancuhan ke dalam paper cup.

Setelah penuh bancuhan di isi dalam paper cup bolehlah dibakar dalam oven.

Bakar anggaran sepuluh minit atau sehingga conflake berubah warnanya. Saya selesa guna oven lagend ni je. Cepat dan mudah.

Inilah hasilnya setelah dibakar. Biarkan sejuk seketika bolehlah disusun dalam balang yang di tutup rapat supaya tak masuk angin.

Selamat mencuba dan selamat berpuasa!

Baca: Tak Keluar Rumah Pun Ibu Risau Kesihatan Anak, Ini Apa Yang Boleh Dibuat

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN