Memiliki sepasang cahaya mata, Black dan isterinya Naquia Yasirah Mohd Khairi atau Cira bersyukur kehidupan mereka dah lengkap.
Berkongsi pengalaman mempunyai anak kecil dan menguruskannya bersendirian tanpa pembantu, Cira anggap ia satu proses yang cukup mematangkan dirinya dan Black.
Walaupun Black mempunyai jadual padat sebagai penyanyi namun dia sesekali tak lupakan tanggungjawabnya sebagai bapa.
Cira cukup bertuah Black sangat memahami dan ringan tulang menguruskan anak bila berada di rumah.
Ads
“Boleh katakan Black seorang daddy yang cukup penyayang dan serba boleh terutama bab jaga anak.
“Waktu malam kalau anak menangis, Black yang akan bangun, tukarkan pampers, buat susu dan tidurkan semula anak.
Ads
“Kiranya malam saya tak perlu nak susah bangun kerana Black suruh saya rehat walaupun hakikatnya dia penat dan balik lewat malam,” katanya.
Black Seorang Yang Tenang
Sementara itu, sebagai ibu bapa muda, Cira akui bila anak menangis tak berhenti memang sangat gelabah.
Ads
“Bagaimanapun Black seorang yang tenang dan banyak main peranan dalam hal ini.
“Memandangkan kami tidak tinggal bersama ibu bapa, jadi tiada orang tua untuk membantu. Apa yang dilakukan Black bila dalam situasi ini dia akan angkat, selawat dan dukung.
Lagi satu, Black cukup prihatin bila anak sakit. Contoh kalau Dayyan demam, dia tak kan tidur. Cukup 3 jam dia bagi ubat, lap badan anak. Sanggup pula kunci jam untuk bangun dan follow up dengan doktor apa perlu buat.
“Anak merengek sebab kembung pun, dia akan tuam. Memang saya tak susah hati kalau ada Black. Dia sangat cekap urus anak,” jelas Cira.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perjuangan yang dilakukan wanita bernama Dayah Bakar ini bukan sedikit. Semuanya demi menyatukan dua cinta hatinya di bumi asing. Bukan mudah Pasangan Jarak Jauh (PJJ), kerana ketika Dayah baru tahu dirinya hamil dan suami sudah berangkat ke luar negara.
“Memang perjalanan yang panjang. Sangat suka cuma saya fikir satu je, dugaan yang Allah bagi mesti ada hikmah dah dia beri pada hambanya yang mampu. Ketika itu, saya fikir ini adalah ujian untuk saya.”
“Setiap dugaan mesti ada kemanisan kalau kita sabar. Satu kesabaran yang luar biasa. Menanti hari-hari untuk bertemu, masa hamil saya menanti untuk bersama suami saya tapi inilah pengorbanan dan perjuangan.”
Bercerita tentang moment indah membesarkan cahaya mata sulungnya, Achbar Muhammad Fahri pastinya banyak!
“Moment indah, semua indah dari dia lahir, meniarap, merangkak sampailah berjalan. Tapi paling indah moment berjalan. Dia boleh berjalan pada malam birthday pertama dia.”
“Moment paling kelakar, saya suruh suami jagakan Fahri sebab saya nak solat. Tapi saya dengar dia menangis macam dekat sangat-sangat. Kenapa bukan kat bawah. Masa tu Fahri masih baby! Dalam 7-8 bulan macam tu dan dia selamat sampai atas. Rumah saya dua tingkat.”
“Saya turun bawah, macam biasa bila baba jaga anak, baba yang terlelap tengok kartun!”
“Itulah moment yang paling comel dan menakutkan!”
Corat-coret Dayah Bakar sepanjang membesarkan anak jauh diperantauan memberi seribu pengalaman paling berharga buat dirinya. Ikuti perkongsian ibu cantik manis ini sebagai penerima Anugerah BEST MAMA MILLENIAL 2022 di video bawah.
Jom join Workshop Pa&Ma untuk mama papa yang baru bersalin, mama papa yang ada anak kecil, daftar di SINI
Suatu ketika dahulu ketika mengandung anak sulung, pelakon jelita, Shima Anuar membuat pembaziran dengan membeli pelbagai barangan kelengkapan bayi yang banyak. Sudahnya masih ada yang tidak sempat digunakan, anaknya sudah semakin membesar. Tidak mahu perkara yang sama berulang, kali ini Shima mahu bersederhana dan membeli barangan yang perlu sahaja.
Melalui perkongsian di laman Instagram peribadinya, Shima berkongsi panduan kepada para ibu yang juga dalam perancangan untuk membeli barangan bayi. Shima menyarankan para ibu untuk membuat senarai barangan sebelum keluar membeli-belah.
Pertimbangkan sama ada ia betul-betul penting ataupun boleh dibeli kemudian sahaja. Untuk pakaian bayi pula, Shima memberitahu tidak perlu beli terlalu banyak kerana anak akan membesar. Selain itu, pelakon ini juga mencadangkan agar beli baju yang sesuai dipakai untuk kedua-dua jantina.
Tambah Shima lagi, elakkan pembaziran kerana benar kita akan cenderung untuk beli macam-macam. Semua benda mahu dibeli. Sambil itu, Shima turut bertanya jika ada tip lain yang mahu dikongsikan serta memberi peluang kepada peniaga atas talian untuk membuat iklan di ruangan komen.
Pa&Ma mendoakan agar kelahiran anak kedua Shima lancar dan kedua-dua ibu serta bayi berada dalam keadaan sihat.
Banyak bercakap semasa bayi dalam kandungan, bantu perkembangan otak lebih bijak. Komunikasi dengan bayi dalam kandungan mungkin kelihatan ganjil bagi sesetengah orang, tetapi kajian menunjukkan bahawa ia boleh membawa manfaat besar kepada perkembangan otak bayi.
Kajian saintifik dan pendapat pakar mendapati bahawa bercakap, membaca, atau menyanyi kepada bayi yang masih dalam kandungan mampu merangsang otak mereka untuk berkembang lebih bijak.
Menurut Puan Nik Eliani, pengasas dan penulis buku Set Bacalah Anakku Kaedah Fonik, bayi dalam kandungan mula mendengar bermula umur 5 bulan dan lebih peka pada waktu malam di antara pukul 8 hingga 12 malam (waktu paling baik untuk meransang bayi dalam kandungan).
Bayi dapat mendengar degupan jantung ibu, bunyi perut ibu yang sedang berkeroncong kelaparan dan juga bunyi dari luar.
Kajian Sains juga menunjukkan bayi dalam kandungan memberi respon dengan menendang atau bergerak apabila mendengar bunyi muzik, suara ibu atau bunyi yang terlalu kuat. Terdapat juga kajian yang mengukur degupan jantung bayi apabila mendengar rakaman sajak yang dibacakan oleh ibu mereka.
Bunyi suara ibu antara bunyi yang selalu didengar oleh bayi dan bayi akan merasa selesa mendengar suara ibu apabila lahir kelak.
Berbuallah dengan pelbagai nada dan intonasi dengan bayi. Berceritalah tentang aktiviti yang ibu lakukan, perasaan ibu atau apa sahaja yang ibu ingin katakan. Ibu atau ayah juga boleh bacakan cerita, membaca ayat-ayat al-Quran, zikir, selawat, menyanyi lagu kanak-kanak dan sebagainya.
Biarpun bayi tidak memahami apa yang ibu dan ayah bacakan, katakan dan nyanyikan kepada mereka, namun menurut kajian, bunyi suara ibu terutamanya membuatkan bayi teruja.
Saya masih ingat sewaktu mengandung anak ketiga, saya kerap membaca Al-Fatihah pada waktu malam sambil memegang perut. Setelah bayi lahir, apabila saya bacakan Al-Fatihah, matanya memandang ke arah saya dan mulut saya, seolah-olah mengamati apa yang saya bunyikan.
Usap perut dari bawah ke atas dengan lembut, sebaik-baiknya ketahui kedudukan badan anak. Gosok persekitaran perut dengan perlahan.
Di Malaysia, belum ada kajian yang terperinci tentang kesan bercakap atau berbual dengan bayi di dalam kandungan menjadikan bayi tersebut seorang yang pintar dan bijak kelak.
Namun, seringkali saya mendengar nasihat kepada ibu yang kandungannya sonsang untuk berbual, bercakap dan memujuk bayi sambil mengusap perut supaya bayi mengubah kedudukannya kepada kedudukan normal. Setakat mana kebenarannya, tidak dapat disahkan.
Selain itu, bagi ibu Muslim, sangat digalakkan untuk membaca al-Quran, berzikir dan selawat sepanjang tempoh kehamilan. Walaupun tidak dapat disahkan secara saintifik, namun saya percaya, dengan membaca al-Quran, zikir dan selawat, emosi ibu lebih tenang dan stabil, menjadikan degupan jantung ibu juga stabil, maka anak yang di dalam kandungan juga dapat membesar dengan tenang dan baik.