Memiliki sepasang cahaya mata, Black dan isterinya Naquia Yasirah Mohd Khairi atau Cira bersyukur kehidupan mereka dah lengkap.

Berkongsi pengalaman mempunyai anak kecil dan menguruskannya bersendirian tanpa pembantu, Cira anggap ia satu proses yang cukup mematangkan dirinya dan Black.

“Black Cekap Jaga Anak. Anak Menangis Malam Dia Bangun.” Cira Akui Black Daddy Serba Boleh

Walaupun Black mempunyai jadual padat sebagai penyanyi namun dia sesekali tak lupakan tanggungjawabnya sebagai bapa.

Cira cukup bertuah Black sangat memahami dan ringan tulang menguruskan anak bila berada di rumah.

IKLAN

“Boleh katakan Black seorang daddy yang cukup penyayang dan serba boleh terutama bab jaga anak.

“Black Cekap Jaga Anak. Anak Menangis Malam Dia Bangun.” Cira Akui Black Daddy Serba Boleh

“Waktu malam kalau anak menangis, Black yang akan bangun, tukarkan pampers, buat susu dan tidurkan semula anak.

IKLAN

“Kiranya malam saya tak perlu nak susah bangun kerana Black suruh saya rehat walaupun hakikatnya dia penat dan balik lewat malam,” katanya.

Black Seorang Yang Tenang

Sementara itu, sebagai ibu bapa muda, Cira akui bila anak menangis tak berhenti memang sangat gelabah.

IKLAN

“Bagaimanapun Black seorang yang tenang dan banyak main peranan dalam hal ini.

“Memandangkan kami tidak tinggal bersama ibu bapa, jadi tiada orang tua untuk membantu. Apa yang dilakukan Black bila dalam situasi ini dia akan angkat, selawat dan dukung.“Black Cekap Jaga Anak. Anak Menangis Malam Dia Bangun.” Cira Akui Black Daddy Serba Boleh

Lagi satu, Black cukup prihatin bila anak sakit. Contoh kalau Dayyan demam, dia tak kan tidur. Cukup 3 jam dia bagi ubat, lap badan anak. Sanggup pula kunci jam untuk bangun dan follow up dengan doktor apa perlu buat.

“Anak merengek sebab kembung pun, dia akan tuam. Memang saya tak susah hati kalau ada Black. Dia sangat cekap urus anak,” jelas Cira.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI