Cantik dan langsing, persis anak dara. Inilah yang boleh dikatakan mengenai pelakon cantik manis ini, Bella Astillah.
Sekeping gambar yang dimuat Bella di Instagramnya beberapa hari lalu menerima pujian ramai.
Mana tidaknya, walau tampil begitu ringkas dan kemeja T dan skirt berona coklat jingga, penampilan ibu kepada dua anak ini memang memukau.
Dengan ukuran saiz pinggang idaman semua, Bella dilihat berjaya mengekalkan berat badannya walau sudah punya anak dua.
“I didn’t change, I just found myself,” tulisnya ringkas di kapsyen.
Ads
Dalam pada itu, isteri kesayangan Aliff Aziz yang kini tampil sebagai tunjang utama menerusi drama lakonannya, Aku Tanpa Cintamu mempamerkan lakonan berkesan malah watak Nuha yang dibawanya begitu menyentuh hati ramai.
Ads
Meninjau di ruangan komen, rata-rata ramai yang memuji Bella begitu cantik dan langsing. Tidak ketinggalan juga yang meminta ibu cantik manis ini berkongsi tip penjagaan badan yang diamalkan Bella.
Terdahulu, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016. Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata, Ayden Adrean dan Ara Adreana.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Keletah anak sulung penyanyi nombor satu negara, Dato’Sri Siti Nurhaliza, Aafiyah yang sentiasa ceria ini sememangnya sentiasa menjadi perhatian. Ada sahaja yang dilakukan Aafiyah mencuit hati semua.
Dalam menjalani rutin hariannya, aksi Aafiyah sentiasa menghiburkan malah cukup menyenangkan sesiapa sahaja.
Tidak hanya memiliki sifat yang ceria bahkan Aafiyah juga cukup prihatin dengan insan-insan disekelilingnya.
Perkongsian Dato’ Siti di Insta Storynya mengenai kisah Aafiyah yang begitu mengambil berat akan kesihatan ayahnya, mencuit hati ramai.
Cerita Tok Ti, dia dan dua anaknya terpaksa tidur berasingan dengan Datuk K gara-gara tidak sihat. Namun ini yang dilakukan Aafiyah bagi menggantikan dirinya. Comel!
“Cerita semalam, ibu, Aafiyah dan Afwa kena tidur asing dengan ayah sebab ayah pun tak berapa sihat juga (selesema dan batuk).
“Alhamdulillah, dah buat pcr semua ok. Ayah ada resdung je,” tulisnya berkongsi keadaan Datuk K yang tidak berapa sihat sejak akhir-akhir ini.
Namun menariknya, tidak mahu membiarkan ayah tidur seorang diri tanpa ditemani oleh ibu dan dirinya serta adik Afwa, si comel Aafiyah menggantikan dirinya dengan anak patung Barbie kesayangannya.
“Sebelum kiss good night kat ayah, Aafiyah kesian ayah tidur sorang-sorang dan dia kata takpe, Barbie Aafiyah temankan ayah je, hahahaha caringnya anak ibu ni.
“Tapi ayah kata kalau Barbie dah besar teman ayah nak laa..haha, banyak cantik,” seloroh Datuk Siti sambil berkongsi cerita.
Dalam pada itu, Dato’ Siti turut memuat naik dua patung Barbie yang dipilih Aafiyah bagi menggantikan dirinya. Anak bijak!
Semoga Aafiyah terus menceriakan dan menyenangkan semua serta membahagiakan ibu dan ayahnya. Sweetlah Aafiyah.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Percutian bersama anak kecil memang sesuatu yang ibu ayah impikan namun bila memikirkan cabaran yang bakal dihdapai membuatkan ramai yang berfikir beberapa kali lebih-lebih lagi jika jarak percutian tersebut agak jauh seperti di luar negara.
Nak bercuti bersama anak kecil memang memerlukan kesabaran yang tinggi dan juga persiapan yang teliti agar percutian yang anda bakal lalui nanti merupakan percutian yang paling indah! Ikuti perkongsian bapa kepada 3 orang anak ini mengembara ke negara Switzerland yang terkenal dengan keindahan pemandangannya!
Travel sendiri bersama keluarga ke Switzerland
Day 1 – Geneva, Stay Leysin
Day 2 – Bern & Gruyeres
Day 3 – Grimentz, Champex , Château de Chillon
Day 4 – Zermatt
Day 5 – Lake Blause, Lake Oeschinensee. Stay Halisberg
Day 6 – Lauterbrunnen, Grimdelwald First
Day 7 – Interlaken, Cruise Boat Interlaken Lake Brienz, Victoronix Factory Outlet
Ni pertama kali aku travel bawa satu family ke luar negara, selalu aku pergi dengan wife dan sekali pergi bawa anak pertama. Tapi since semua dah besar, aku fikir its right thing to do and bagi mereka explore pengalaman yang tak selalu kita jumpa tempat kita.
Planning – perkara paling penting bila kita nak travel dengan keluarga sebab kita kena fikir flight, route, penginapan, makanan, kenderaan dan juga masa aktiviti. Ni semua akan mempengaruhi mood sebab kanak kanak bukan tenaga full macam kita kecuali dia jumpa apa dia suka kan.
Flight – Jangan sebab nak jimat kita ambil flight connection banyak. Cukuplah 1 flight yang terus sampai ke destinasi kita sebab waktu transit dan juga masa nak tukar flight pun boleh pengaruhi mood. Macam kami pilih Emirates hari tu, satu sebab tengah promosi dan ni airlines top didunia.
Kenderaan – Dekat Swiss, ada banyak pilihan. STP, Half Fare, Special Passes kalau kita nak travel by public transport. Ada motorhomes kalau kita nak travel lebih adventure, dan juga boleh drive sendiri (mudah sangat). So fikirkan method mana nak pilih sebab kita tahu anak anak kita macam mana. Aku pilih kereta sebab senang, antara satu tempat ke satu tempat anak anak boleh tidur kalau penat.
Route & Aktiviti – ni subjektif bergantung pada apa kita nak capai. Negara yang kita pilih pun berdasarkan apa kita nak tengok kan. Jadi plotkan mana nak pergi dan apa nak buat guna google map. Kirakan sekali berapa harga aktiviti yang kita akan bayar dan kalau boleh cuba cari alternatif untuk dapat diskaun.
Penginapan – Bergantung juga pada preferable kita. Kalau nak luxury pun ada, nak standard pun ada. Sebab dekat Swiss ada hotel, motel, AirBnB dan juga campsite. Aku pilih AirBnb sebab aku suka duduk dekat dengan local.
Makanan – dekat Swiss memang dah terkenal dengan mahalnya negara ni. Jadi kita tak boleh nak lari lah, tapi kita kita boleh control perbelanjaan dengan bawa makanan dari Malaysia ada banyak kan sekarang or kita boleh masak kalau tempat kita sewa tu ada kitchen. Tapi kedai halal tetap ada kalau nak makan luar. Oh ya bawa botol air, sebab air dekat sana boleh isi mana mana sahaja dan fresh! Macam air Coway .
Season – Satu lagi benda penting adalah season apa nak pergi. Setiap season ada kelebihan dia dan mada daylight dia. Winter memang ada salji dan sejuk tapi waktu siang dia pendek. Rugi lah kalau siang pendek sebab nak berjalan pun sekejap je kan. Jadi pilihlah season yang lebih mesra masa, Autumn or Spring.
Go Slow – dengan keluarga kita kena go slow. Means kita nak nikmati saat-saat dengan mereka. Budak budak mungkin akan ingat ingat lupa tapi kita tak akan lupa moment dan saat ni dengan mereka. Jangan nak kejar OOTD sampai lupa masa nak bersama. Tak apa tak ada gambar cun, tapi pengalaman tetap terpahat sampai bila bila.
Budget – sesungguhnya travel sendiri lebih jimat dari travel dengan travel agen. Itu je haha.
Learning – bila travel anak anak akan belajar banyak benda. Disiplin, tepati masa, belajar culture baru, belajar hargai banyak benda. Sebab masa ni, mereka akan tanya banyak soalan sebab mereka lihat benda benda baru. Kalau korang hiking, cuba fikir berapa banyak support motivasi nak bagi supaya sampai di puncak.
Biji kembang semangkuk ini banyak digunakan dalam perubatan tradisional Cina sebagai penyejuk dan turut digunakan untuk merawat masalah berkaitan gastrousus serta memberi kelegaan kepada ketidakselesaan tekak.
Keajaiban tumbuhan ini adalah apabila direndamkan di dalam air, ia akan mengembang hingga 8x ganda dan membentuk jisim agar-agar berbentuk tidak sekata yang berwarna coklat kemerahan.
Menurut perubatan tradisional Cina, penggunaan Malva nut adalah untuk:
Jadi bagi mereka yang mengalami gejala seperti suara serak, batuk kering, sakit dan tekak kering kerana haba panas dalam paru-paru, sembelit, sakit kepala dan mata merah, disarankan mengambil kembang semangkuk.
Al Fateh batuk.
Tokmi (mak mentua saya) pernah berpesan, minum air rendaman kembang semangkuk ni bagus untuk minum waktu batuk atau gatal tekak.
Kaedah ini merupakan kaedah perubatan tradisional Cina.
Memang kami selalu pastikan stok biji kembang semangkuk ini sentiasa ada di rumah supaya air rendamannya boleh diminum bila-bila masa.
Kebiasaannya, saya akan rendamkan biji kembang semangkuk dengan air panas dalam cawan dan campurkan dengan air masak biasa ke dalam botol.
Bila direndam, saiznya akan mengembang sehingga 8 kali ganda dan ianya akan mengembang menjadi seperti jelly.
Anak-anak saya sebut air jelly. Hehe.
Rasa dan baunya okay saja, lebih kurang rasa dan bau air masak. Insya-Allah mudah nak suruh budak-budak ni minum.
Nisbah air rendaman adalah: 1 biji kembang semangkuk : 1 air botol besar
Lebih menarik lagi, antara manfaat lain yang ada pada air rendaman kembang semangkuk ini adalah ianya juga bagus untuk masalah sembelit.
Kan bagus kalau saya tahu kebaikan yang satu ini waktu Al Fateh sembelit masa umur setahun lebih dulu.
Biasalah, bila tengok anak menangis ni mak dia pun ikut menangis sama. Haha.
Biji kembang semangkuk ini saya beli di Giant semalam, boleh cuba sebagai remedi untuk rawat anak-anak yang batuk nanti.