‘Bagusnya, semua Rina makan’ begitulah reaksi rata-rata warga maya yang menonton video perkongsian Maryam di laman Instagramnya.
Maryam DurianKimchi yang juga merupakan personaliti media sosial bersama ahli keluarga kini sedang bercuti di Thailand dan begitu menikmati makanan di sana. Malah si kecil, Rina turut seronok mencuba semua makanan di sana.
Tanpa menolak satu pun makanan yang disuap, gelagat Rina membuatkan ramai yang menonton terasa lapar dan ingin ke Thailand untuk mencuba makanan di sana.
Seronok betul Rina makan ya! Pelbagai jenis makanan yang dicuba dari mee, sotong hinggalah buah-buahan.
Rina yang kini berusia 2 tahun menjadi perhatian ramai kerana telatahnya yang suka makan dan memberi isyarat sedap dengan menunjukkan ‘thumbs-up’ setiap kali makan.
Bergelar ibu tiru bukanlah mudah. Selain tanggapan negatif yang sudah sebati dalam masyarakat kita sudah pastilah amat sukar untuk membesarkan anak.
Namun isteri kepada palakon dan pengacara Fizo Omar, Fazeera Nazri Azri dipuji ramai kerana cukup lembut malah penuh sifat keibuan bila bersama anak tirinya, Wan Maryam atau lebih mesra dipanggil Cik Yam.
Melalui Tik Tok, Fazeera Nazri Azri di TikTok menjadi bualan warganet selepas memuat naik sebuah video pendek bersama anak tirinya iaitu Wan Maryam atau lebih mesra dipanggil Cik Yam.
Menerusi video itu, Fazeera dilihat begitu rajin melayan kerenah Maryam yang menjaga adiknya iaitu Wan Khaleeda.
Bukan itu saja, bahkan kapsyen yang dimuat naik Fazeera turut mencuri perhatian orang ramai selepas dia meluahkan rasa syukurnya apabila melihat kedua-dua anak perempuannya saling menyayangi.
“Umi sangat happy tengok dua-dua anak Umi ni menyayangi satu sama lain.
“Umi doakan agar hubungan anak-anak Umi sentiasa tidak terbelah bahagi sampai bila-bil,” kongsinya dikapsyen sambil meninggalkan simbol berbentuk hati tanda begitu menyayangi kedua-duanya.
Bukan itu sahaja, bahkan kelembutan dan sifat keibuan isteri kesayangan Fizo itu turut dipuji ramai. Cukup lembut bila melayan dua anak perempuannya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet memuji tindakan Fazeera yang melayan Wan Maryam dengan adil persis seperti anak kandungnya sendiri.
Terdahulu, Fizo Omar mendirikan rumah tangga bersama Fazeera pada 21 Oktober 2021. Pasangan ini dikurniakan anak perempuan, Wan Khaleeda pada 25 Jun 2022 lalu.
Risau susu badan tak cukup untuk si manja? Kami pasti ramai ibu terutama yang baru sahaja pertama kali menimang cahaya mata serta menyusu badan, mencari cara banyakkan susu badan yang kering.
Sebenarnya, ia tidak sukar asalkan ibu tahu teknik atau kaedah yang betul. Tak percaya? Ibu muda ini ada tip untuk dikongsikan bersama pembaca di luar sana.
Susu ibu pilihan yang terbaik
The American Academy of Pediatrics (AAP) menyatakan bahawa susu ibu adalah sumber nutrisi terbaik untuk bayi dan perlu diberikan secara eksklusif ketika enam bulan pertama.
Ini kerana ia mengandungi banyak faedah untuk si kecil anda dalam aspek menambah antibodi semula jadi untuk melawan kuman, bakteria dan virus punca pelbagai jenis penyakit.
Kajian juga telah mendapati bahawa bayi yang minum susu badan ibu mereka mempunyai tindak balas antibodi baik terhadap vaksin berbanding bayi yang minum susu formula.
Ada banyak lagi manfaat susu ibu yang lain, jadi tidak dapat disangkal ia sudah pasti merupakan pilihan sumber nutrisi terbaik untuk perkembangan, pembelajaran dan tumbesaran anak anda.
Seiring dengan penjelasan pakar, ramai ibu yang mahu menyusukan bayi dengan susu badan. Namun, akan timbul masalah besar apabila susu di dalam payudara itu mulai kering!
Ibu muda ini kongsi cara banyakkan susu badan yang kering!
Puan Nurul Amira Badrul Hisham bersama pasangannya, Encik Mohd Safwan Salim menimang cahaya mata sulung mereka, Muhammad Arish dengan berat 3.3 kg di Hospital Kulai, Johor pada tanggal 3 Mac 2021.
Menurut Puan Amira, sebagai first time mom, dia juga tidak lari daripada berasa runsing jika ada masalah pada susu badan. Ternyata sama seperti kebanyakan ibu lain, dia turut berdepan cabaran masalah susu badan kering di peringkat awal selepas bersalin.
Tidak mahu emosi terus menguasai diri, dia berpandangan positif menganggap masalah ini biasa berlaku pada ibu yang pertama kali bersalin, di mana tubuh badan mereka memerlukan sedikit masa untuk lebih bersedia memasuki alam keibubapaan.
“Buat para ibu baru, kita perlu tahu dan belajar banyak tips keibubapaan seperti cara banyakkan susu badan yang kering supaya pengalaman ini dapat kita guna pakai untuk kelahiran yang akan datang pula,” kata Puan Amira.
Berikut beberapa tips banyakkan susu badan yang ibu muda ini amalkan:
1. Urut payudara
Pertama, cara banyakkan susu badan yang kering adalah dengan melakukan urutan khas pada payudara bagi melancarkan lagi proses penghasilan dan pengeluaran susu badan secara semula jadi. Puan Amira sendiri telah menjalani beberapa kali sesi urutan. Menurutnya, susu badan mulai ada lalu bertambah lebih banyak selepas melalui sesi urutan kali keempat dan seterusnya.
2. Pam susu
Berkongsi lagi cara banyakkan susu badan yang kering, ibu muda ini turut mengamalkan tabiat mengepam susu semasa bayi tidak menyusu. Selain bertujuan merangsang pengeluaran susu badan, ini juga persediaan untuknya membuat simpanan susu buat kegunaan bayi kelak.
“Ini penting agar susu yang masih ada di dalam payudara tidak menjadi kering apabila dibiarkan terlalu lama. Saya percaya, jika susu tidak dipam, ia bakal beri kesan pada penghasilan susu ibu,” ujarnya.
3. Kawal waktu anak menyusu
Perkara paling penting, para ibu perlu kawal waktu anak menyusu dengan membuat jadual khas. “Setiap 2 ke 3 jam sekali dalam sehari, susu dalam badan kena keluar untuk diberikan atau disimpan dalam botol kalau Arish tengah tiada ‘mood‘ untuk menyusu, bolehlah untuk elak susu mengeras dan kering,” jelas Puan Amira.
4. Amalkan diet ideal dan sihat
Dalam usaha merangsang susu ibu yang terbaik buat si kecil, ibu muda ini juga mula mengamalkan diet ideal dan sihat – lengkap dengan nutrisi yang diperlukan oleh si ibu serta bayi.
Tambahnya, sayuran seperti lobak putih dan sawi hijau sering menjadi pilihan ekoran ia berkesan membantunya untuk membuat susu dalam badan itu tidak kering, malah lebih banyak lagi.
5. Ambil milk booster
Menurutnya, cara banyakkan susu badan yang kering itu juga perlu meliputi pengambilan milk booster sama ada secara moden atau tradisional. Beberapa makanan sunnah seperti kurma dan madu juga membantunya memperbanyakkan susu.
6. Elak stres
Turut mendengar nasihat dan saranan daripada doktor dan bidan, Puan Amira juga sentiasa memastikan emosinya stabil dan tidak terganggu, lagi-lagi di fasa awal penyusuan.
“Walaupun ada masalah susu kering masa awal menyusu, doktor dan bidan yang menjaga saya sentiasa ingatkan supaya kawal stres, tak kiralah stres dari segi fizikal atau mental. Dengan ini, tubuh badan ibu akan lebih relaks sekali gus dapat menghasilkan susu badan yang terbaik,” ujarnya.
Mengakhiri perbualan, Puan Amira tidak menolak kemungkinan ada banyak lagi cara banyakkan susu badan yang kering sama ada secara moden atau tradisional. Namun, saranannya agar setiap ibu mendapatkan informasi dan nasihat doktor dahulu sebelum mencuba sebarang cara.
Selepas selamat melahirkan cahaya mata sulungnya pada 27 November yang lalu, kini selepas berusia sebulan, Sheryl Shazwanie dan Azzam Sham tampil berkongsi wajah bayi kesayangan mereka.
Menerusi perkongsian di laman Instagram mereka, keduanya tampil segak mengabadikan kenangan bersama puteri sulung mereka yang kini genap usianya sebulan.
Wajah si comel Azzalea Safiyya dipotretkan dalam satu sesi fotografi khas dengan busana warna merah jambu. Paling comel pastinya gaya Azzalea yang menaiki buaian comel sambil dikelilingi bunga-bunga indah.
“Our beautiful Azzalea,
May you grow up to be righteous, May you grow up to be true, May you always know the truth and see the lights surrounding you, May you always be courageous, stand upright and be strong
Dalam pada itu, keduanya juga tampil dengan persalinan warna biru bersama buah hati tersayang. Tampak manis keduanya yang kini sudah pun menempuh dunia baru bergelar ibu dan ayah.
Kongsi detik kelahiran Azzalea
Dalam pada itu, Sheryl juga turut memuat naik video momen indah ketika detik kelahiran bayinya itu menerusi video yang dikongsikan di Instagram.
Penuh kepayahan namun berbaloi selepas melihat buah hati tersayang di depan mata.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat memuji kecomelan Azzalea Safiyya malah mendoakan agar anak kecil itu sentiasa dilindungi Allah dan menjadi anak solehah kepada kedua ibu bapanya.
Terdahulu, Azzam dan Sheryl selamat bernikah pada 1 Januari lalu di Masjid Nurul Ehsan Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor selepas bertunang pada 30 September tahun lalu.
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.