Anak makan banyak tapi berat tak naik? Ini antara persoalan yang sering buat ibu tertanya-tanya apa lagi yang perlu diberi pada anak. Sebenarnya ramai ibu tak sedar gaya pemakanan si kecil sangat mempengaruhi tumbesaran anak.
Jika makan semangkuk bubur pun tapi tak cukup kadar nutrisi tak membantu juga. Ibu-ibu kena buang persepsi anak mesti makan banyak. Sebaliknya kita kena faham cara anak makan iaitu makan sikit-sikit, cukup semua nutrisi dan diberi makan ikut jadual. Ini yang sebetulnya dan perlu difahami.
Berdasarkan perkongsian dari Puan Herny Hafiz, dia ada berkongsikan info pemakanan anak-anak usia 1 hingga 3 tahun.
4-6 sudu lemak baik
900 ml air ( berdasarkan rujukan saya dari pelbagai sumber)
Ads
Sebagai panduan senang:
1 serving kita amik 2 -3 sudu besar
untuk susu ialah 100 ml 1 serving ( ada sumber lain mengatakan susu maintain 16-24 oz / 400-700ml)
Susu ni boleh tampung dalam 20-30% je keperluan nutrisi anak-anak.
so mommy tetap kena pastikan anak makan seimbang.
Tolak bahagian susu anak perlukan 12 serving makanan sehari = 24-36 sudu sehari.
so anak makan dalam 5-6 kali sehari.
jadi sekali makan 4-6 sudu sahaja tau.
tak perlu la expect anak makan semangkuk besar.
4-6 sudu makanan solid dah mencukupi. walaupun kuantiti nampak kecik pastikan seimbang dan padat nutrisi terutama bahagian lemak baik.
banyak mommy yg tak cukup bagi lemak baik. lemak sangat penting untuk energy dan juga fungsi otak tak selain sebagai medium untuk serapan vitamin-vitamin tertentu.
Ads
so mommy. ingat panduan ni untuk sehari.
5.5.3.2
1 serving 2 -3 sudu.
sekali makan 4-6 sudu
kekerapan makan 6kali sehari
Untuk jadual makan anak saya, Dayyan selalunya
Pagi
pasta 3 sudu
meat group 2 sudu
lemak 1 sudu
vege 1 sudu
Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor baru-baru ini berkongsi cara bagaimana beliau menggalakkan anak-anak menjadi doktor perubatan. Sama seperti beliau sendiri dan isteri, Datin Dr Halina Mohd Yunos.
Profesion dalam perubatan khususnya doktor adalah profesion yang mulia. Membantu mengubati orang sakit tentu bukan hanya diberikan balasan yang baik dan kemuliaan di dunia, tetapi pahala di akhirat.
Melalui pos Instagram yang memaparkan gambar anak pertama dan keduanya memakai kot doktor iaitu Bella dan Tasha, Dr. Sheikh Muszaphar melahirkan hasrat supaya anak-anaknya memiliki kerjaya yang satu ini di samping berkongsi tip teknik kuasa visualisasi yang dilakukan kepada anak-anak beliau sejak kecil lagi.
Saya selalu percaya kerjaya sebagai doktor adalah profesion terbaik. Prosesnya untuk menjadi seorang doktor memang panjang tetapi ia pastinya akan mengajar mereka untuk menjadi penyayang, prihatin dan ingin membantu orang lain yang memerlukan. Kerjaya doktor tidak membuat banyak wang walau pun mereka bekerja selama berjam-jam.
Impian saya adalah untuk menjadikan semua anak saya sebagai doktor jika boleh.
Saya menggunakan teknik kuasa visualisasi pada kanak-kanak dari usia yang sangat muda dengan harapan mereka akan mengikuti jejak langkah kami tetapi sudah tentu pada akhirnya mereka akan membuat pilihan mereka sendiri … dengan teknik ini saya hanya boleh memberitahu anda dalam masa 20 tahun lagi sama ada ia berkesan atau tidak.
Saya hanya melakukan bahagian saya sebagai ibu bapa yang berharap dapat membimbing anak-anak ke arah yang betul tetapi akhirnya anak-anak akan memilih.
Anak-anak pasti tidak tahu bidang apa yang mereka akan ceburi nanti. Walaupun kita orang dewasa pun keliru pada kebanyakan masa, tetapi kita pastinya mahu berikan yang terbaik untuk anak-anak kita.
Pos Instagram ini ternyata memberikan inspirasi kepada netizen yang rata-rata ibu bapa yang turut ingin mengaplikasi teknik dan tip yang diberikan oleh beliau.
Tidak kurang juga, ada netizen di kalangan doktor yang memberikan respons positif dan berkongsi tip didikan yang telah diberikan oleh ibu bapa mereka sehingga mencapai kerjaya sebagai doktor dan sebagainya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memulakan pengalaman baru merupakan satu situasi yang boleh membawa kesan positif dan juga negatif pada anak-anak. Biasanya anak-anak awal usia memerlukan masa untuk menyesuaikan diri untuk menghadapi situasi atau suasana baru. Sehubungan dengan itu anak-anak perlu disedikan untuk menghadapi situasi baru. Menyediakan anak anak untuk jejakan kaki pertama kali ke tadika juga merupa situasi baru yang sangat perlu diambil perhatian oleh ibubapa.
Jika tersilap langkah persediaan, anak mungkin fobia dan menangis apabila ke tadika.
Untuk elak semua ini, ibu bapa boleh cuba 14 tip ini. Moga boleh dijadikan panduan oleh ibu bapa untuk persediaan emosi dan mental anak-anak bagi menghadapi situasi baru ini.
1.Cerita rutin baru
Bercerita dengan anak anak tentang rutin baru yang bakal dilalui. Senaraikan perubahan perubahan rutin yang bakal berlaku apabila mula menjejakkan kaki ke tadika. Bercerita juga pada anak-anak tentang perkara yang tidak akan berubah dalam rutin hariannya seperti masih boleh bermain seperti biasa dan sebagainya.
Sebelum hari pertama bermula, ibu bapa boleh bawa anak ke tadika. Biasakan anak-anak dengan suasana atau persekitaran tadika. Katakan kepadanya, tempat ini selamat dan tempat untuk bermain dan belajar.
Ibubapa mesti mengurangkan perasaan takut dan bimbang untuk meninggalkan anak anak ditadika. Contohnya, “Abang pergi tadika ini,jangan nangis-nangis ye. Belajar sini best! Lepas belajar boleh bermain dengan permainan. Bila abang sudah pandai, boleh jadi macam walid! Ummi nak abang hebat ye!”. Secara psikologinya perasaan positif ibubapa akan turut membantu melahir perasaan positif dalam diri anak.
Maklumkan pada anak nama guru yang bakal mengajar atau menjaganya sepanjang diberada di tadika. Sebolehnya bawa dan perkenalkan mereka terlebih dahulu dengan guru kanak-kanak tersebut.
Ibu bapa perlu peka dan hadir pada perjumpaan yang berhubung dengan aktiviti pada minggu orientasi. Dapatkan jadual persekolahan dan aktiviti di tadika supaya membantu memudahkan urusan menyediakan anak-anak pada hari pertama nanti.
Berceritalah tentang suasana bilik darjah, tentang masa makan, belajar, aktiviti bermain dan masa rehat. Kebimbangan atau ketakutan akan dapat dikurangkan bila anak anak telah diberi pengalaman tentang situasi tadika.
Lakukan latihan dirumah bagi menghadapi hari pertama di tadika. Cuba lakukan semua aktiviti aktiviti yang bakal berlaku pada hari pertama nanti seperti:
*Bangun awal (tetapkan waktu bangun yang sesuai)
*Sarapan pagi
*Persediaan beg
*Pakai uniform dengan lengkap
Persediaan ini akan membantu secara jelas kepada anak bahawa dirinya memang akan ke tadika. Bukan gurauan semata. Contohnya, “Amboi, abang hebatlah pakai baju tadika ini. Ummi nak minggu depan abang hebat ye. Tak nak nangis-nangis ye!”
8. Sentiasa ingatkan aktiviti bakal dilakukan di tadika
Sentiasa ingatkan anak-anak tentang aktiviti yang akan dilalui di tadika nanti. Jangan takutkan dengan ayat-ayat akan ditinggalkan, cikgu garang dan sebagainya. Contohnya, “Abang nak tahu, dulu Ummi suka ke tadika. Semua cikgu baik-baik. Ada macam-macam aktiviti. Tadika ni best abang,”. Ibu bapa boleh ceritakan pengalaman semasa kecik di tadika.
9. Bawa gambar ahli keluarga
Bagi mengurangkan rasa takut ditinggalkan, ibu bapa boleh memasukan masukkan gambar ahli keluarga dalam beg sekolahnya. Ini sebagai penguat untuk dirinya buat sementara waktu. Contohnya, “Jika abang rindu ummi, walid dan adik, tengok gambar tu ye. Jangan nangis. Abang kena hebat. Nanti nak jadi angkawasan!”
10. Lima minit bantu anak untuk suaikan diri di tadika
Memang benar, guru tadika akan melakukan orentasi hari pertama. Namun ibu bapa juga boleh bantu untuk mencari tempat duduk seperti meja dan kerusinya, kedudukan tandas, kedudukan tempat makan dan sebagainya. Tidak lama hanya lima minit sahaja! Cara ini tidak membuatkan anak terkejut apabila ditinggalkan nanti. Mungkin ibu bapa boleh bantu anak untuk mendapatkan kawan baru pada hari pertama persekolahannya.
Bawa permainan ke tadika tidak dibenarkan. Namun untuk hari orentasi sahaja buat sementara waktu, anda boleh minta kebenaran pihak tadika untuk membawa objek atau permainan yang disukai oleh anak untuk dimasukkan ke dalam begnya. Kanak kanak akan dapat menenangkan diri bila memegang objek atau barang yang disukainya. Namun katakan kepadanya ia hanya sementara sahaja.
Maklumkan pada anak bahawa dia pasti akan dijemput pulang ke rumah nanti. Pastikan anak tahu siapa yang mengambilnya pulang setelah selesai waktu persekolah. Ada anak-anak yang mahu dimaklumkan dengan tepat tentang waktu akan diambil pulang ke rumah. “Ummi akan ambil abang. Abang mesti belajar ye. Dengar cakap cikgu!”
Sentiasa bercerita perkara perkara yang positif dan menarik tentang tadika.Ceritalah tentang pengalaman menyeronokkan yang bakal ditempuhi nanti. Berceritalah tentang kawan-kawan, tentang aktiviti bermain dan aktiviti belajar yang terdapat di tadika
Sediakan ruang untuk anak dapat mempamerkan hasil kerja semasa berada di tadika. Anak anak akan merasa lebih di hargai dan menjadi lebih berminat untuk ke tadika nanti.Contohnya, “Ummi dan walid sudah belikan meja abang ni. Nanti abang boleh buat homework di sini.”
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bukan mudah menjadi ibu bapa yang sabar di zaman serba moden dan maju ini. Tugas dan beban yang perlu ditanggung dalam kehidupan sehari-hari pastinya banyak mencabar daya kesabaran kita.
Mempunyai kesabaran yang tinggi adalah idaman setiap ibu bapa, namun tak semua ibu bapa dapat bertahan dengan kesabaran yang mutlak.
Ada tiga jenis sabar yang diperlukan ibu bapa untuk memastikan kasih sayang, keharmonian dalam rumah tangga dan hubungan dengan anak sentiasa terpelihara seperti yang dikongsikan oleh Puan Noor Afidah Abu Bakar.
SABAR EMOSI
Sabar sebagai ibubapa selalu dikaitkan dengan keupayaan untuk menahan rasa marah.
Bersabar agar kita tidak mengamuk, tidak mengeluarkan kata-kata kesat dan tidak menghukum sehingga membawa kepada penderaan.
Anak meragam, anak menguji kesabaran, anak melawan, anak tidak mendengar kata, anak tidak hormat, anak meraung, anak sepahkan rumah, semua ini menjadi cabaran kepada emosi ibubapa. Sabar emosi ini penting untuk menjaga keharmonian dalam keluarga dan juga untuk memastikan kewarasan diri kita sendiri.
SABAR MENUNGGU HASIL
Walau apa saja yang kita usahakan dalam mendidik anak-anak ia tidak akan menunjukkan hasilnya dalam waktu yang singkat. Mendidik anak-anak adalah satu proses tarbiyah yang dimulai dengan asuhan, didikan dan bimbingan peringkat demi peringkat sehinggalah anak berupaya untuk melakukannya sendiri.
Didikan dan bimbingan ini jugalah yang akan menghasilkan ‘inner speech’ atau suara hati dalam diri anak yang akan menjadi motivasi dalaman supaya anak melakukan kebaikan dan meninggalkan perkara yang tidak baik.
Proses ini mengambil masa dan menuntut kesabaran ibubapa. Janganlah terlalu mengharapkan hasil yang tergesa-gesa sehingga memaksa anak di luar kemampuan dan kupayaan dirinya.
SABAR BERUSAHA
Jika satu kaedah tidak bersesuaian dengan anak, berusahalah mencari dan mencuba kaedah yang lain pula. Jangan cepat berputus asa dan menyalahkan diri sendiri. Jangan juga menyalah anak semata-mata jika sesuatu usaha kita itu tidak berjaya. Setiap anak berbeza-beza sebagaimeana setiap keluarga berbeza-beza.
Bersabarlah dalam berusaha mencari jalan penyelesaian kepada apa saja cabaran yang kita hadapi dengan anak-anak.
Bersabar bukanlah bermaksud kita hanya berdiam diri menunggu keajaiban berlaku tanpa usaha.
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...