Dalam mendidik anak-anak setiap ibu dan ayah mempunyai cara yang tersendiri. Apa yang pasti semuanya inginkan anak-anak membesar menjadi insan yang mulia dan baik kepada semua makhluk termasuklah haiwan seperti kucing dan sebagainya.
Pelakon, Rita Rudaini mempunyai cara tersendiri dalam mendidik kedua anak lelakinya, Airit Rayyan Rizqin, 11, dan Airit Rafqa Arjuna, 9, termasuk dalam perhubungan dengan haiwan.
Menurut Rita, setiap hari sebelum menghantar kedua anaknya ke sekolah, dia akan membawa Rayyan dan Arjuna singgah memberikan makanan kepada kucing terbiar.
“Setiap hari sebelum ke sekolah, mesti singgah bagi makanan dan air pada kucing. Saya mahu mendidik anak dengan berkongsi rezeki sesama makhluk.
“Pernah tak ada kucing yang tiba-tiba datang ke rumah kita? Kadang dah bawa keluar, tapi datang balik. Bergembiralah kerana anda terpilih untuk mendapatkan kurniaan rezeki yang berpanjangan dari Tuhan.
Baca: Dah 18 Bulan Anak Masih Tak Berjalan, Doktor Terangkan Ini Mungkin Faktor Penyebab!
“Sebenarnya, dengan cara itu Allah SWT nak menegur kita bahawa jika kita menolak kehadirannya, seolah-olah kita menolak rezeki yang melimpah ruah telah diperuntukkan Allah untuk kita,” katanya.
Rita yang kini sibuk menjalani penggambaran Shah Alam 40k berkata, jika selepas ini ada kucing mendekati diri kita sebaiknya cuba beri makan.
“Kucing itu hanya menjadi asbab atau sebab kepada terjemputnya segala rezeki ini dengan keikhlasan kita dan doa dari kucing untuk tuan rumah.
“Jadi, selepas ini jika kita didekati kucing berbaik sangkalah kepada Tuhan kerana agenda rezeki kita dari Tuhan itu lebih baik dari perancangan kita sendiri. Dan mungkin kehadiran kucing itu menjadi kunci kepada turunnya rezeki di dalam hidup kita.
“Rezeki bukan hanya wang ringgit dan harta benda tapi juga dalam bentuk yang lain seperti kegembiraan, kesihatan, ketenangan, ilmu, kemudahan dan pelbagai lagi di dunia dan akhirat,” katanya.
Dalam masa sama, menurut Rita, besar keistimewaanya apabila kita didekati kucing.
“Kadang-kadang, kucing yang mendekati kita itu mungkin merimaskan. Tapi ingatlah bahawa Allah menghantar kucing itu sebenarnya untuk menguji kita.
“Ujian pertama adalah soal bagaimana kita memandang dunia terutamanya rezeki. Adakah kita terlalu cintakan dunia sehingga kita menjadi terlalu bakhil dalam berkongsi rezeki dengan yang lain? Ujian kedua adalah untuk melihat sejauh mana layanan kita kepada sesama makhluk.
“Besar keistimewaannya pada orang yang didekati kucing kerana melaluinya manusia boleh belajar ilmu ikhlas,” katanya.
Sumber: Hmetro & IG Rita Rudaini
Baca: Bertemakan Puteri Disney, Koleksi Foto Rizqaa Rizman Jadi Perhatian Wargamaya. Comel Sangat!
EPISOD 6 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK BIJAK IQ, PEMAKANAN @ GENETIK
Pemakanan anak memainkan peranan penting bukan sahaja untuk tumbesaran malah untuk IQ anak-anak. Namun, adakah faktor genetik mempengaruhi perkembangan IQ mereka?
Saksikan Episod ke 6, Journey Bersama JoviaNina pada 30 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI