Kebimbangan seorang ibu yang ketika itu hamil dan disahkan positif Covid19 akhirnya menjadi momen indah apabila bayi lelaki yang dilahirkan sihat. Celine Ng-Chan, 31, seorang guru tuisyen di Singapura dijangkiti Covid19 ketika 2 bulan hamil pada bulan Mac dan menjalani rawatan dan kuarantin.
Kata doktor pada masa tu, kehamilan dua bulan merupakan peringkat penting penyampaian sel kepada anak dan amat yakin anak berkemungkinan dijangkiti Covid19.
Foto Kredit: Straits Times Singapore
Seluruh keluarga Celine terkesan apabila dijangkiti Covid19 termasuk ibu Celine, Choy Wai Chee, 58, yang dirawat selama 29 hari di hospital dan memerlukan bantuan pernafasan.
Setelah melalui tempoh kehamilan yang dibelenggu perasaan risau akan keadaan anak yang bakal lahir, Celine gembira apabila diberitahu anaknya dilahirkan bebas Covid19.
Ads
Foto Kredit: Straits Times Singapore
Mempunyai antibodi untuk melawan virus Covid19
Malah, anaknya itu mempunyai antibodi untuk melawan virus Covid19.
“Doktor berkata yang ada kemungkinan besar antibodi itu disampaikan daripada badan saya apabila saya sedang melawan virus dalam tempoh kuarantin dan pemulihan.”
Ads
Foto Kredit: Straits Times Singapore
Celine selamat melahirkan anak lelaki yang diberi nama Aldrin Chan di Hospital Universiti Kebangsaan Singapura.
Ads
WHO mengatakan setiap kejadian di mana ibu yang dijangkiti selamat melahirkan anak tanpa virus Covid19 menunjukkan reaksi semulajadi badan manusia untuk melawan virus.
Kredit : Straits Times Singapore
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika diantara kita memilih untuk membawa anak menikmati bunga api penuh bercahaya di malam tahun baru, lain pula kisahnya dengan pasangan selebriti ini, Johan dan Ozlynn Waty yang memilih untuk berkumpul bersama ahli keluarga.
Tidak hanya makan-makan bersama keluarga, bahkan paling dipuji kesemua mereka berjemaah dan bertazkirah yang diketuai oleh Johan.
Aktiviti sebegini dalam keluarga seharusnya dipuji. Bukan sahaja mengeratkan silaturrahim bersama anak-anak dan keluarga bahkan rohani juga seiring. Hebat!
Kongsi Ozlyn menerusi kapsyennya, malam tahun baru itu diisi dengan bercerita mengenai kebesaran Allah dan kemudiannya disusuli dengan bermaaf-maafan sesama keluarga.
“Malam new year kita berkumpul, buat harfiah. Sesambil bercerita tentang kebesaran Allah S.W.T, membuatkan kami semua lebih bersyukur atas nikmat yang Allah pinjamkan (keluarga).
“Selepas solat kita tengok semua bermaafan, mana yang tak biasa kita biasakan. Pelan-pelan kayuh bak kata papa.
“Nak melakukan perubahan yang baik kelilinglah dengan orang yang baik-baik. Kalau ada sorang dua yang tak baik pun kita boleh pelan-pelan, sama-sama ajak berbuat baik.
“Selalu papa pesan, jangan pandang serong luaran orang kalau tak kenal. Sebab tu kalau dalam media sosial papa selalu pesan, kalau orang tu boleh buat you rasa tak happy, unfollow terus atau block. Kalau tak kenal jangan berlebih-lebihan bercakap takut sampai jatuh fitnah,” kongsinya.
Tidak hanya berkumpul dan makan-makan, aktiviti malam hari diteruskan dengan pelbagai aktiviti sebagai bonding sesama keluarga.
Kongsi Ozlynn lagi, Johan dan ahli keluarga lelaki menghabiskan masa bermain snooker, manakala geng perempuan pula keluar membeli belah dan masak-masak keesokkan harinya.
“Bersyukur ada keluarga yang sentiasa support. Haaaa lepas habis urusan akhirat kami teruskan kehidupan duniawi pulak. Kita makan-makan, buat bbq.
“Habis melantak kaum adam ajak abah pergi main snooker. Nasib boleh bangun subuh, kalau tak memang last la korang pergi tempat tu.
“So esoknya kami kaum hawa main masak-masaj pulak. Alhamdulillah atas rezeki yang ada, berkongsi sorang sikit.
“Shopping jalan-jalan menghabiskan tahun 2022 untuk tahun 2023. Moga tahun 2023 menjadi tahun yang lebih baik untuk kita semua aamin,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, perkongsian video pendek pasangan ini sudah pastinya dipuji ramai. Malah ramai yang cukup sukakan didikan pasangan ini buat anak-anak mereka dan keluarga. Seharusnya dicontohi.
“Sekarang setiap pagi sebelum ke tempat kerja, pusara arwah isteri tempat saya dan anak-anak melepaskan rindu. Inilah tempat persinggahan sejak isteri meninggalkan kami sekeluarga,”Itu luahan bapa kepada dua anak, Ahmad Mu’arif Ahmad Khairuddin, 30, yang masih sukar menerima hakikat isterinya sudah meninggal dunia akibat dijangkiti COVID-19.
Meninggal selepas 2 minggu lahirkan anak
Menerusi laporan BH, Ahmad Mu’arif yang kini terpaksa menjadi ayah dan ibu kepada dua anak mereka yang masih kecil berkata isterinya, Fitryayumi Jamaris, 29, meninggal dunia ketika dalam rawatan di Hospital Selayang pada 23 Ogos lalu, dua minggu selepas melahirkan anak kedua mereka.
“Arwah isteri saya dijangkiti COVID-19 ketika usia kandungan hampir mencecah lapan bulan, saya sendiri tidak pasti dari mana dia dapat virus itu.
“Kami bekerja di tempat yang sama iaitu sebuah pusat membeli belah. Bagaimanapun disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan premis itu ditutup, kami tidak dapat bekerja dan banyak duduk di rumah.
“Isteri saya kemudiannya dimasukkan ke Hospital Selayang dan dinasihatkan untuk menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungannya pada 8 Ogos lalu,” katanya yang memberitahu, selepas itu arwah ditidurkan kerana kadar oksigen menurun, bahkan tidak sempat melihat dan menyentuh bayi dilahirkannya.
“Minggu pertama ditidurkan, keadaan isteri saya nampak semakin baik dengan kadar oksigen stabil. Namun, pada minggu kedua, oksigen mula menurun dan terus merosot sehinggalah dia dijemput Ilahi pada pagi, 23 Ogos lalu,” katanya.
Anak sulung kerap bertanya, tidur pegang gambar ibu
Selepas isteri tiada, terasa dunia saya gelap dan tidak tahu bagaimana nak teruskan hidup. Apa yang saya boleh lakukan sekarang, setiap hari singgah ke pusaranya, bacakan doa dan turut bercerita kepadanya hari-hari yang saya lalui tanpanya bersama anak-anak.
“Itulah kekuatan saya, bila mengunjungi pusara arwah isteri. Tidak kira hujan ribut pun saya redah, ada ketika saya bawa anak sulung yang berumur tiga tahun kerana dia masih setiap hari kerap bertanya mengenai ibunya, bahkan tidur pun memegang gambar arwah,” katanya.
Kisah pemergian Fitryayumi turut dikongsikan di laman web ‘Memorial COVID-19 Malaysia’ yang dibangunkan bagi mengenang dan menghormati individu yang terkorban akibat pandemik itu di negara ini.
Ibu tolong jaga anak-anak buat sementara waktu
Ahmad Mu’arif berkata, kehidupannya turut berubah sepenuhnya kerana perlu memberi perhatian kepada dua anak iaitu Ahmad Qhutbie Zayyan, 3 dan Ahmad Qhutbie Zaffran, yang baru berusia sebulan.
“Buat masa ini, anak-anak dijaga oleh ibu saya yang bekerja di sekolah sebagai pekerja pembersihan, memandangkan sekolah ditutup, jadi dia menjaga sementara.
“Saya mungkin terpaksa berhenti kerja dan mencari pekerjaan lebih fleksibel selepas ini apabila ibu sudah mula bekerja semula kerana perlu menjaga anak-anak,” katanya yang bekerja sebagai jurujual pakaian.
Harap dipermudahkan urusan membesarkan anak
Ahmad Mu’arif berkata, pendapatannya yang sedia terjejas kerana pandemik COVID-19 semakin membebankan selepas isterinya meninggal dunia.
“Dulu boleh berkongsi dengan isteri untuk bayar rumah sewa dan uruskan keperluan anak, tetapi semuanya kini terletak di bahu saya seorang.
“Bayangkan, untuk uruskan jenazah isteri pun saya hanya ada RM500 wang simpanan dan mujur duit itu cukup untuk mengupah khidmat pengurusan jenazah swasta,” katanya.
Beliau turut berharap pihak berkuasa memudahkan pengurusan COVID-19 khususnya bagi membuat tuntutan dan bantuan seperti zakat.
“Saya harap kerajaan pertimbangkan peruntukan untuk anak-anak kepada mangsa COVID-19, mudahkan juga urusan bantuan zakat kerana contohnya sekarang, saya tidak boleh memohon (zakat) kerana perlu menunggu sekurang-kurangnya sebulan lagi untuk dokumen lengkap perubatan dikeluarkan pihak hospital,” katanya.
Mu’arif turut berharap golongan bapa tunggal turut dibantu, dengan bantuan sewajarnya diberikan untuk kebajikan anak-anak yang masih kecil terutama berkaitan penjagaan dan asuhan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
10 resipi sahur simple kaya protein untuk anak tadika berpuasa. Menu lengkap 10 hari pertama Ramadan supaya anak kekal bertenaga dan ceria sepanjang latihan puasa.