Walaupun kes COVID-19 semakin berkurangan, kita bertanggungjawab untuk memastikan setiap saranan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diikuti. Bukan mudah untuk memerangi wabak hebat ini sepenuhnya, jadi kita tidak boleh leka.
Dipetik dari laman Facebook rasmi KKM, mereka menyeru agar ibu bapa lebih peka dan tidak membawa anak-anak kecil ke tempat awam.
Boleh bawa anak kecil ke tempat awam atau tempat ramai orang? Ibu bapa boleh dikompaun?
Tapi bersedialah menanggung risiko. Kita belum selamat daripada ancaman virus baharu, COVID-19. Jika berlaku perkara buruk, anda juga yang dalam kesusahan. Jangan salahkan orang lain. Salah diri sendiri sebab tidak menjadi ibu bapa/penjaga yang bertanggungjawab.
Mungkin kenyataan ini agak berterus terang dan kasar, tapi ia kenyataan.
Ibu bapa/penjaga tahu anak-anak kecil dan warga emas adalah kumpulan berisiko tinggi dijangkiti COVID-19. Bukan setakat nasihat, malah KKM pernah merayu ibu bapa/penjaga jangan bawa keluar mereka ini.
Kita sebagai orang dewasa pun dinasihatkan elak tempat orang ramai dan kena patuh SOP. Inikan pula anak kecil yang tidak boleh lindungi diri sendiri.
Alah admin ni, kecoh pulak. Bukan ada kes kanak-kanak meninggal sebab COVID-19 kat Malaysia ni.
Ads
Memang betul. Satu sebabnya kerana penguatkuasaan ketat pasukan keselamatan negara khususnya PDRM yang membuat pemantauan dan rondaan setiap masa sejak awal PKP hingga hari terakhir PKPB. Itu pun masih ada ibu bapa yang ‘gedebe’ ingkar arahan.
Tapi kita nak tunggu ada kematian baru kita ikut nasihat?
Tunggulah sehingga negara kita betul-betul selamat dan semua orang jadikan normal baharu sebagai cara hidup.
Lindungi anak-anak kita dan ikutlah nasihat kerajaan. Ia untuk kebaikan bukan menyusahkan.
Ini bukan marah tapi nasihat…
Sekiranya terpaksa bawa anak keluar rumah, kena ambil langkah berjaga-jaga. Pastikan anda bawa bersama hand sanitizer, mudah untuk bersihkan tangan sekiranya tiada air.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Betullah orang kata anak yang tengah nak membesar, kena bagi perhatian lebih sikit. Bukan apa kadang-kadang anak ni belum tahu bahaya atau tak. Terleka sekejap pelbagai kemungkinan boleh jadi.
Bagi segelintir ibu bapa, ada yang beranggapan setakat anak terjatuh sikit-sikit tu tak ada masalah tapi kena beringat juga kerana risau kesannya. Walaupun tiada kecederaan atau pendarahan, kemungkinan perkara di luar jangkaan boleh terjadi.
Melalui perkongsian seorang ibu, Nuna Razak melalui Facebooknya, dia ada menceritakan detik cemas yang berlaku pada anak perempuannya selepas terjatuh ketika bermain dan mereka sekeluarga menganggap jatuh biasa kerana tiada luka serta menangis pun hanya sekejap.
Masa main terjatuh, menangis sekejap
29 November 2019, tibalah hari yang menjadi sejarah dan mimpi ngeri kami sekeluarga. Pagi hari itu, Awliya bangun tidur seperti biasa, cergas, ceria dan selera makan seperti biasa. Lepas selesai makan dia pun bermainlah seperti biasa di bahagian depan laman rumah. Tak lama dengar dia menangis mengadu ada jatuh tapi cara dia menangis tu tak lah teruk atau meronta-ronta menjerit kesakitan. Jadi kami ingat cuma jatuh ringan je lah sebab kami yang dewasa tak nampak bagaimana dia jatuh.
Pada pukul 3 petang selepas suami balik solat jumaat, Awliya masih macam biasa je tapi dia merengek mengantuk nak tidur tapi bila diajak tidur dia tak nak. Kemudian, bila dia dah mula mengamuk hempas-hempas barang Nuna ambil dukung dia ajak tidur. Tak lama tu dia ketiduran dipelukan Nuna. Tak sampai 5 minit tidur Awliya bangun semula sambil merengek then dia kembali baring tapi dalam keadaan sujud.
Time ni macam tak pelik lagi sebab bila cakap dengan dia, Awliya masih respon lagi sebab husband betulkan posisi dia kepada baring. Kebetulan Aliyah merengek so Nuna cakap dekat husband, ‘Ambillah Aliyah ni biar mama tidurkan Awliya’. Nuna baring sebelah Awliya dalam posisi mengiring sambil peluk dia, tapi time ni Awliya asyik pandang atas je. Bila tanya kakak ok tak? Dia jawab ‘takut’ dengan suara seakan lemah, masa ni Nuna dah rasa pelik sikit.
Sekelip mata seperti tak sedarkan diri
Sekelip mata Awliya jadi seperti tak sedarkan diri tapi matanya terbuka luas. Nuna bangun dan baringkan badan dia secara terlentang. Goyang-goyangkan badan dia sambil panggil nama dia berharap dia akan menyahut, tapi dia tak juga nyahut dan matanya masih terbuka luas dan pandang atas. Badannya pula memang lembik seperti orang pengsan. Nuna panggil husband tengokkan Awliya.
Husband pun panggil dan goyang-goyangkan badan Awliya tapi tiada respon langsung walaupun mata dia terbuka luas. Husband dukung terus bawa ke sinki dapur, basahkan muka dia banyak kali tetap tak ada respon dan badan memang lembik habis. Kami berdua meluru panggil ibu Nuna tengokkan Awliya. Ibu ambil dukung dia panggil nama dan goyangkan badan pun sama juga terus ibu cakap bawak ke klinik cepat. Husband dengan ibu je pergi klinik, sementara tu Nuna stay dekat rumah tunggu abah balik ambil untuk bawa ke klinik.
Sesampai di klinik husband bagi tahu, Awliya kembali stabil, dia menangis macam mengantuk. MO masa ni peliklah nampak normal je Awliya masa ni tapi selepas ibu ceritakan Awliya memang collapse dan lembik , MO tetap juga buat untuk refer ke hospital untuk check punca kenapa dia dalam keadaan tak bermaya tapi mata terbuka. Sedang MO buat refer letter, husband bawa Awliya duduk di kerusi menunggu depan klinik.
Muntah dan terus pengsan
Tiba-tiba Awliya muntah dengan banyaknya kemudian dia terus pengsan. Sedar keadaan tu MO terus suruh baring mengiringkan dia masa tu juga Awliya terus kena sawan satu badan kejang dan keras. Keadaan memang jadi kelam-kabut masa tu MO capai tangki oksigen dan inject ubat kancing gigi. Tak lama kemudian, badan Awliya kembali lembut dan dia terus ditidurkan dan MO pasangkan oksigen sebab masa ni paras oksigen Awliya memang amat rendah dan takut risiko oksigen tak sampai ke otak.
Ibu Nuna ada bagi tahu semasa Awliya terkena sawan, mata Awliya pandang ke atas tetapi anak matanya bergerak seperti mengikut sesuatu dengan mata terbeliak. Ibu Nuna dan husband memang tak lupa apa yang mereka nampak. 6.30 petang, ambulans pun sampai. Setelah petugas siapkan semua dokumen, husband pun naik ambulans dengan Awliya. Kami semua follow dari belakang. Tapi semasa dalam perjalanan Awliya kembali sedar dan bertindak agresif dan menangis meronta.
Masuk zon merah
Sesampainya di hospital terus Awliya di masukkan ke Zon Merah, masa ni Awliya masih dengan husband tapi masih menangis berikutan kepalanya sakit. Nurse masukkan ubat bontot untuk redakan sakit kepalanya. Tak lama kemudian Awliya tertidur sendiri. Semasa Awliya tidur doktor maklumkan pada husband Awliya akan dibawa untuk full CT Scan untuk ketahui masalah dan punca Awliya jadi begini. Sebelum masuk ke bilik CT-Scan, nurse bagi ubat tidur sikit sebab takut Awliya terjaga apabila sedang scan nanti.
Doktor suspek alami gegaran otak
9 malam doktor maklumkan pada husband bahawa Awliya akan ditahan 1 malam untuk dipantau dalam masa 24 jam jika berlaku lagi simptom sawan, muntah atau pengsan. Doktor suspek kemungkinan Awliya mengalami gegaran otak. Dari result CT scan doktor bagi tahu otak dan kepala Awliya dalam keadaan baik tiada sebarang trauma, darah beku atau sebarang tanda yang musykil lah senang cerita. Lagipun masa ni doktor tengok Awliya dah kembali stabil dan aktif. Tiada lagi simptom-simptom menangis meronta atau pasif masa tu.
Kemudian jam 11 malam, husband dan Awliya naik ke wad, masa ni Nuna dan abah serta baby Aliyah je berada di hospital. Ibu dan anak lelaki Nuna, Adam dah balik dulu sebab masa ni Adam dah ketiduran. Abah Nuna bekalkan roti dan air susu kotak je yang boleh sebab nak tapau kedai banyak tutup dan belikan tapau mamak husband tak nak. Abah Nuna bagi tahu time ni Awliya memang dah nampak ceria dan aktif. Sesampainya abah dekat wad hantar bekalan Awliya tegur abah seperti biasa selera makan pon seperti biasa.
Alhamdulillah lega lah hati Nuna ni sebagai mama. Setelah selesai hantar bekalan, kami pun balik menuju ke Kahang. Pada malam tu doktor ada ke katil Awliya bertanya husband keadaan Awliya sama ada normal atau ada tanda yang pelik atau meragukan. Husband bagi tahu yang dia dah kembali normal main gelongsor, lompat-lompat dan ketawa. So doktor cakap baguslah kita tengok lagi esok macam mana.
Alhamdulillah, Awliya kembali pulih
Pagi esoknya, doktor round patient dia tengok Awliya aktif dan ceria. Dia pun kata bagus adik ni kuat dan ceria je. Husband sempat seloroh cakap ni kalau kat rumah garang macam Kak Yong doktor. So, sampai Nuna datang wad pun memang nampak Awliya kembali ceria dan aktif. My cheeky Awliya is back. Alhamdulillah, Ya Allah!
Sebelum discharge doktor bagi tahu tentang keputusan darah dan CT scan semua normal tiada apa apa yang perlu dirisaukan. Alhamdulillah syukur Ya Allah. Apa yang dapat disimpulkan doktor suspek Awliya gegaran otak. Mungkin sebab jatuh dibahagian kepala, ye memang Awliya ada mengadu jatuh tapi jatuh kat anggota mana dan macam mana memang kami tak tahu sebab kami tak nampak. Tu silap dan kecuaian kami as a parents tak dapat nak pantau setiap pergerakan dia, walau mulut ni berpuluh ribu kali sebut ‘hati – hati’, ‘main baik-baik’.
Seandainya kami tak bawa Awliya terus ke klinik untuk rawatan yang betul tapi sebaliknya bawa untuk ikhtiar kaedah perubatan lain. Memang kami akan menyesal seumur hidup sebab Awliya ada risiko mati otak apabila oksigen tak sampai ke otak dalam tempoh tertentu. Dengar pun takut apatah lagi kami yang alaminya.
Jika anak jatuh segera bawa ke hospital
Nuna kongsikan sedikit apa yang doktor sampaikan kepada Nuna. Sekiranya anak jatuh tapi kita tak nampak jika ada tanda seperti sawan, muntah-muntah, demam tinggi, pengsan atau lemah segerakan lah bawa anak anda ke hospital untuk mendapatkan rawatan secepat mungkin. Di hospital mereka akan pantau anak kita dan lakukan beberapa scan atau X-ray serta ujian darah. Di hospital memang cukup kelengkapan untuk ketahui apa yang tubuh anak kita akan alami kesan dari jatuh itu. Dari luar memang tak nampak tapi dalaman kita tak tahu.
Jadi jangan pandang mudah dan remeh bila anak mengadu jatuh atau anda nampak dia jatuh dan alami simptom di atas. Segera bawa ke hospital. Semoga perkongsian pengalaman yang Nuna lalui ini dapat beri manfaat kepada ibu bapa yang lain. Doakan kami semua diberikan kesihatan yang berpanjangan.
Penyanyi, pelakon dan pengacara, Alif Satar yang Ahad lalu disahkan positif Covid-19 hari ini meluahkan rasa syukurnya selepas isteri, Sha Dila Halid, dan ketiga-tiga anaknya disahkan negatif dari jangkitan virus itu.
Menerusi instagram miliknya pagi ini, Alif menyampaikan berita gembira itu kepada seluruh pengikutnya di instagram. Pun begitu kata Alif lagi, isteri dan anak-anaknya akan terus menjalani proses kuarantin di rumah selama dua minggu demi keselamatan keluarga.
Isteri dan ketiga-tiga anak Alif dikhabarkan menjalani ujian calitan atau swab test di kediaman mereka pada jam 9.30 pagi, semalam.
“Allah SWT makbulkan doa kalian semua. Alhamdulillah…isteri dan anak-anak Alif bebas dari Covid-19, dan akan terus kuarantin di rumah selama 2 minggu,” tulisnya.
Pastinya keputusan yang diterima itu membuatkan Alif merasa lega. Alif yang kini sedang menjalani proses kuarantin di sebuah pusat perubatan di Melaka turut sama menitipkan ucapan terima kasihnya kepada semua pihak yang tidak putus-putus mendoakan keadaannya dan keluarga.
Kata Alif lagi, dia menerima ribuan mesej dan kata-kata positif melalui Instagram dan WhatsApp yang sentiasa menguatkan semangatnya untuk melawan virus yang mengancam dunia itu.
“Alif menerima ribuan mesej dan kata-kata positif melalui Instagram dan WhatsApp.
“Alif baca dan di sini Alif ucapkan terima kasih yang tak terhingga atas doa tuan-tuan dan puan- puan sekalian.
“Terima kasih atas semua yang telah anda lakukan untuk keluarga saya dan saya. Saya berdoa semoga Allah SWT mengabulkan doa untuk anda dan keluarga anda juga. Insya-Allah,” tulisnya lagi.
Isteri kongsi pengalaman, tak sanggup tengok anak jalani ujian calitan
Dalam pada itu, menerusi akhbar Berita Harian, isteri Alif turut berkongsi pengalamannya bersama anak-anak ketika melakukan ujian calitan atau swab test itu dikediamannya semalam.
“Saya minta jauh daripada dijangkiti pandemik COVID-19, selama ini. Satu pengalaman yang saya percaya semua orang enggan melaluinya, tetapi akhirnya datang juga. Saya hanya reda dan pasrah. Jauh di lubuk hati, saya mengharapkan keputusan yang diperoleh menyebelahi saya dan anak-anak.
“Saya menitiskan air mata melihat tiga cahaya mata perlu melalui ujian calitan. Anak sulung agak okay dan hanya terkejut apabila melakukan ujian calitan pada bahagian hidung dan mulut.
“Anak kedua mulanya agak takut, tetapi berjaya ditenteramkan. Anak bongsu pula hanya menangis sekejap, kemudiannya kembali tenang,” katanya berkongsi.
Malah menerusi instagramnya pagi ini, Shadila turut berkongsi ceritanya ketika berdepan detik itu dan sokongan yang tak berbelah bagi dari semua.
Pada Ahad lalu, Alif membuat pengumuman di laman sosial IG mengesahkan dirinya positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan di sebuah pusat perubatan di Melaka pada hari Sabtu.
Semoga Alif terus kuat untuk melawan virus ini dan segera sembuh sepenuhnya.
Semoga Alif lekas sembuh dan kembali dapat bersama-sama dengan isteri dan ketiga-tiga anaknya, Alisha Anugerah, 4, Ariana Mecca, 2, dan Muhammad Ali, 1 tahun.
Rhinitis alergi sering disalah anggap sebagai selesema pada kanak-kanak. Ketahui perbezaan simptom, punca, cara mengenal pasti alahan dan bila ibu ayah perlu membawa anak berjumpa doktor.