Penyampai radio, Raqib Majid berkongsi khabar gembira atas kehamilan isterinya, Tasha Manshahar yang kini hamil anak kedua mereka.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Raqib mendedahkan kehamilan isterinya itu selepas berkongsi sekeping foto sempena sambutan Hari Raya Aidil Adha semalam.
“Salam Aidiladha dari saya, Tasha, Muammar & adik Muammar.
“Baby no 2 momi dedi ni inshaALLAH nanti boleh bermain dengan Muammar sepahkan rumah,” kongsinya ringkas.
Penyanyi dan penyampai radio Zayan ini juga memohon agar kehamilan isterinya dipermudahkan. Malah turut sama mendoakan ibu-ibu hamil lain agar sentiasa dilindungi dari penyakit berbahaya.
Ads
“Doakan kami dipermudahkan segala urusan dan dijauhkan dari penyakit-penyakit merbahaya.
“Dan saya doakan jugak ibu-ibu yang mengandung dipermudahkan segala urusan dan dijauhkan dari penyakit-penyakit merbahaya. Amin ya RABB, #Baby #adikdobot,” katanya.
Ads
Dalam pada itu, diruangan kapsyen turut dihujani dengan ucapan tahniah dari rakan-rakan selebriti juga peminat pasangan ini yang turut sama mendoakan kesejahteraan ibu dan bayi.
Semoga kehamilan kedua Tasha dipermudahkan hingga detik melahirkan kelak.
Terdahulu pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 8 September 2018. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dengan seorang cahaya mata Muammar Rafiqi pada 21 Jun 2019.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @raqibmajid
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tekanan darah tinggi semasa hamil sering berlaku kerana biasanya tekanan darah wanita berubah-ubah. Tekanan darah wujud apabila darah tidak dapat mengalir dengan sempurna berpunca dari salur darah dalam uri tidak berkembang dengan sempurna.
Mommies!! Pernah mengalami darah tinggi semasa pregnant???
Nak tau kenapa sesetengah penyakit darah tinggi berbahaya semasa mengandung?
1. Pengaliran Darah ke Placenta Berkurang
-bayi akan mendapat kurang nutrien dan oksigen, dan kemungkinan turut menyebabkan pertumbuhan bayi terencat, kurang berat semasa lahir atau kelahiran pramatang.
2. Placenta Abruption atau Uri Lekang
– Preeclampsia boleh menyebabkan placenta lekang atau tercabut dari dinding uterus. Ini boleh menyebabkan pendarahan teruk dan mengancam nyawa bayi dan ibu.
3. Merencatkan Pertumbuhan Bayi
4. Kerosakan Organ-Organ Lain Seperti Buah Pinggang, Otak, Hati, Jantung, Paru-paru.
5. Kelahiran Pramatang
6. Risiko Penyakit Jantung di Kemudian Hari
Apa itu PREECLAMPSIA?
Tekanan darah tinggi selepas 20 minggu kehamilan beserta simptom-simptom kerosakan organ lainnya. Boleh mengancam nyawa ibu dan bayi. Boleh juga menyebabkan sawan.
Antara tanda-tanda preeclampsia ialah:
1. Protein Dalam Air Kencing
2. Sakit Kepala Yang Teruk
3. PENGLIHATAN BERMASALAH – Penglihatan Bermasalah – Menjadi kabur, hilang penglihatan sementara atau sensitif kepada cahaya
4. Sakit Perut di Sebelah Atas – biasanya sakit di bawah tulang rusuk kanan
5. Loya atau Muntah
6. Kurang Platelet dalam Darah
7. Hati Tidak Berfungsi Dengan Baik
8. Susah Bernafas, Termengah-mengah
Apa perlu anda lakukan sekiranya anda mengalami tekanan darah tinggi semasa mengandung??
1. Hadir temujanji klinik prenatal sepanjang kehamilan
2. Makan ubat yang diberi doktor. Doktor anda akan memberi ubat yang sesuai dan selamat diambil semasa mengandung.
3. Kekal aktif
4. Ambil makanan yang sihat dan seimbang
5. Jangan merokok, mengambil dadah atau minum minuman beralkohol.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pergerakan bayi atau janin dalam kandungan pastinya berbeza mengikut trimester. Pada trimester kedua kehamilan, pergerakan bayi dalam kandungan agak sukar untuk dijangkakan.
Pergerakan bayi akan mula berlaku, tetapi dengan pergerakan yang amat minimum. Ada yang merasakan perut mereka seperti sedang ‘berbuih’ atau bergas.
Apabila minggu kehamilan anda semakin meningkat, maka pergerakan ini akan semakin kerap dan semakin kuat. Pergerakan bayi juga akan semakin besar apabila bayi semakin membesar.
Pada trimester ketiga pula, anda mungkin sudah boleh mengenal pasti corak tertentu pergerakan bayi dalam kandungan anda. Berkemungkinan bayi anda akan semakin aktif pada waktu tertentu.
Sebagai contoh, anda mengesan bayi anda semakin aktif bergerak apabila anda bersenam, ketika anda berbaring atau ketika anda memakan sesuatu yang manis.
Anda sepatutnya memberikan perhatian terhadap corak pergerakan bayi ini agar anda boleh mengenal pasti jika terdapat sebarang pengurangan pergerakan kelak.
Doktor mungkin akan menyarankan anda untuk memerhatikan kiraan tendangan bayi untuk melihat sebarang perubahan dalam rutin janin.
Bagaimana untuk mengira tendangan bayi dalam kandungan?
Kongres Pakar Obstetrik dan Ginekologi Amerika (ACOG) menasihatkan anda menentukan masa yang diperlukan untuk merasakan 10 pergerakan atau tendangan janin.
ACOG mengesyorkan untuk melakukan kiraan ini pada masa yang sama setiap hari, iaitu pada waktu bayi anda paling aktif.
Anda boleh memulakan kiraan tendangan bayi pada minggu ke-28. Bagi kehamilan yang berisiko tinggi, anda boleh memulakan kiraan pada minggu ke-26.
Namun, adalah lebih baik untuk anda duduk dengan kaki ke atas atau baring di sebelah kiri badan semasa melakukan kiraan tendangan. Cuba tetapkan masa dan catat nota setiap kali anda merasakan pergerakan.
Anda juga boleh memuat turun aplikasi pemerhatian janin pada telefon pintar untuk membantu anda menjejaki pergerakan bayi dengan lebih mudah.
Punca bayi kurang gerak di akhir kehamilan?
Ada juga kes di mana bayi kurang gerak di akhir kehamilan. Malah ada yang berpendapat bahawa keadaan ini sesuatu yang normal kerana bayi kurang gerak tanda bersalin hampir tiba.
Perlu diketahui bahawa punca bayi kurang gerak di akhir kehamilan boleh berlaku dengan pelbagai sebab. Ada sebab yang normal dan ada juga faktor yang tidak normal.
Bagi punca yang normal, ia mungkin disebabkan faktor janin yang sedang tidur sewaktu anda membuat kiraan tendangan janin. Antara punca bayi kurang gerak di akhir kehamilan yang berbahaya ialah seperti pertumbuhan bayi yang perlahan, masalah dengan plasenta dan juga masalah bayi terjerut dengan tali pusat.
Oleh itu, anda perlu segera hadir ke hospital untuk doktor melakukan pemeriksaan lanjut sekiranya anda mengesan corak pergerakan bayi yang tidak normal.
Jika anda berasa risau dan mahu meningkatkan atau merangsang pergerakan bayi dalam kandungan, ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan.
Antara yang boleh anda cuba ialah:
* Cuba bercakap dengan bayi atau mendengar lagu
* Makan snek atau minum air jus buah-buahan
* Cuba berjalan sedikit di sekeliling rumah atau melakukan senaman ringkas
* Cuba cucuk atau tekan perut anda perlahan-lahan untuk melihat tindak balas bayi dalam kandungan
Jika ia tidak normal seperti biasa, terus berjumpa dengan doktor untuk membuat pemeriksaan lanjut!
Masih ada lagi ibu yang baru disahkan hamil seolah-olah tak berapa kisah nak buka buku pink awal sebagai persediaan untuk buat pemeriksaan doktor ikut prosedur.
Alasannya kandungan masih baru, malas nak menunggu lama di klinik dan sebagainya.
Perkongsian dari Puan Nik Yusnita mengenai kes kematian rakan ibunya sendiri yang hamil 5 bulan kerana belum buat buku pink wajar dijadikan peringatan. Jika perlu buat apa, jangan berlengah demi kesihatan ibu dan anak dalam kandungan.
Dua minggu lepas Kak Yuse dapat tau satu berita yang sangat menyedihkan dari mak Kak Yuse.
Ada seorang sahabat rapat mak yang masih meninggal dunia.. Umurnya masih muda, 39tahun.
Orangnya ceria, baik hati, dan mudah sangat menolong orang lain. Kalau kat rumah mak buat makan-makan atau kenduri mesti sahabat mak ni datang untuk menolong.
Kematian tu tak dapat dihidu, dirasa atau dijangka. Bila sampai seruan Nya, maka kita tak boleh nak undur atau cepatkan walaupun sesaat.
Begini ceritanya, kawan mak ni mengandung anak ketiga. Anak pertama dan kedua masih kecil lagi.
Walaupun dah mengandung 5bulan, masih belum buat buku pink di Klinik Kesihatan. Mungkin sebab tak sempat, sibuk dengan pelbagai urusan. Lagipun anak keempat, mungkin xrisau sangat.. Bila dah buat buku nanti jenuh nak gi check up setiap minggu.. KK pulak makan masa 15-20min.. Tak termasuk masa menunggu kat sana lagi.. Kalau ada kes khas,kena pergi hospital kat bandar yang 30min perjalanan..
Suatu hari, ketika di rumah.. Kawan mak ni rasa penat yang melelahkan.. Sebelum ni memang penat, cuma kali ini lebih teruk. Tiba-tiba, dia tak sedarkan diri.. Masa tu tengahari nak ambil anaknya balik sekolah.. Kemudian dia sedar kembali.
Suaminya pergi ambil anak di sekolah..Setelah suaminya balik, dia tak sedarkan diri kembali. Panggillah ambulan untuk bawa ke hospital. Tiba di Hospital,kawan mak sedar sekejap.. Kemudian terus tak sedarkan diri dan koma.
Setelah di periksa oleh doktor, didapati kawan mak ada masalah tekanan darah tinggi dan saluran darah di dalam otaknya juga telah pecah. Anak didalam perut yang berusia 5bulan juga meninggal. Selepas beberapa hari koma, setelah selesai bacaan yasin oleh jemaah masjis kampung.. Kawan mak akhirnya menghembuskan nafas yang terakhir.
Pengajarannya,kalau dah positif preggy kena gi cepat buat buku pink. Anak ke berapa pun.. Jarak jauh ke dekat ke.. Misi nak marah ke ape, hadap je dulu.. Misi marah pun sebab dia sayang kat kita,risau kat kita..
Kita tak tau kesihatan kita ok ke tak.. Kalau anak dulu, xdak masalah masa mengandung.. Boleh jadi anak kali ni kita ada masalah.. Tekanan darah tinggi ke.. Kencing manis ke..
Yang penting kita nak sepanjang mengandung ibu dan anak sihat..