Menyusukan anak sememangnya momen yang paling berharga bagi setiap ibu. Bukan hanya kenangan mengorbankan masa, tak cukup tidur dan sebagainya, tidak terkecuali ‘digigit’ bayi bila mereka sudah tumbuh gigi.
Isteri kepada Angkasawan Negara, Dr Halina Yunos tidak terkecuali turut berdepan hal yang sama sebaik kembarnya, Eusoff dan Emelia tumbuh gigi.
Menerusi Instagramnya, Dr Halina berkongsi kisah menariknya yang selalu tiba-tiba menjerit gara-gara digigit kembarnya. Namun apa yang menarik kata Dr Halina, jeritannya itu telah menarik perhatian dua kembar lelakinya, Adam dan Noah.
“Kini Emelia dan Eusoff sama-sama dah tumbuh gigi. Diorang asyik nak gigit mommy je masa menyusu.
“Lucu sungguh tengok reaksi dari Adam dan Noah setiap kali saya secara tak sengaja menjerit ketika digigit Eusoff dan Emelia.
“Noah akan datang dekat saya dan suruh saya tunggu sementara dia pergi dapatkan mainan untuk bayi supaya baby ‘tak makan mama’ lagi.
Ads
“Dia begitu prihatin dan penuh rasa empati, bertanya pada saya samada saya baik atau tidak, ada sebarang pendarahan atau tidak..hahaha,” kongsinya.
Jika Noah begitu prihatin, namun lain pula halnya dengan Adam.
“Adam, sebaliknya pulak, dia akan teruskan apa saja yang dia lakukan dan cakap pada saya, “It’s OK mommy.. it’s just an accident. You will be OK”
“Beza sungguh karektor kembar yang ni,” kongsi Dr Halina lagi.
Ads
Bijaknya Noah dan Adam, prihatin namun dalam cara berbeza. Lebih-lebih lagi bila mendengar jeritan ibu. Rasa tak senang duduk, tetap prihatin walau dalam cara berbeza.
Noah bakal jadi lelaki idaman Malaya
Rata-rata perkongsian Dr Halina itu turut mendapat reaksi pelbagai warganet malah ramai yang turut berkongsi kisah mereka ketika menyusu. Tidak terkecuali juga yang membuat jenaka aksi ‘gentlemen’ Noah.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @drhalina
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam dunia yang semakin digital, ramai ibu bapa muda berdepan cabaran untuk menjadikan anak-anak lebih aktif dan kurang bergantung kepada skrin. Tapi pernah dengar tentang footgolf? Gabungan bola sepak dan golf ini bukan sahaja unik, tapi sangat menyeronokkan — dan paling penting, kids-friendly!
Footgolf ialah sukan yang dimainkan seperti golf, tetapi menggunakan bola sepak dan kaki sebagai “kayunya”. Objektifnya mudah — masukkan bola ke dalam lubang sebesar 21 inci dengan sepakan paling minimum. Nampak macam mudah? Tapi sangat menguji strategi dan kecekapan!
Main footgolf bermakna anak-anak akan banyak berjalan, menendang bola, dan berinteraksi di alam semula jadi. Ia peluang terbaik untuk rehat dari gajet dan skrin. Dalam satu permainan, anak-anak boleh berjalan lebih dari 2KM tanpa sedar — sambil gelak ketawa!
Setiap sepakan perlukan perancangan. Anak-anak akan belajar bahawa untuk capai matlamat (lubang), kena fikir dulu strategi. Ia membantu mereka faham konsep sabar, usaha dan perancangan.
Footgolf sesuai untuk main satu keluarga. Ibu, ayah dan anak-anak boleh main sama-sama — bukan sekadar tengok dari tepi padang. Ini masa terbaik untuk ‘spend quality time’ yang real, bukan depan TV.
Tak kisah anak umur 5 tahun atau 15 tahun — semua boleh join. Tak perlukan kemahiran khas atau fizikal kuat. Bahkan ibu mengandung pun boleh berjalan santai sambil support anak!
Ramai yang belum pernah cuba footgolf. Bayangkan anda sekeluarga jadi antara pelopor gaya hidup sihat dan aktif di kalangan rakan-rakan. Anak pun akan rasa cool bila cerita pengalaman rare mereka kat sekolah.
Footgolf bukan sahaja aktiviti fizikal, tapi ruang untuk anak belajar, ibu bapa ‘recharge’ dan keluarga eratkan hubungan. Bagi ibu bapa muda yang cari cara aktifkan anak tanpa paksaan — footgolf is your answer. Seronok, sihat, dan paling penting – semua orang boleh join.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Boleh dikatakan, semua rumah yang ada anak kecil pasti pernah atau masih ada dinding yang berconteng di rumah anda. Bukannya tanda anak nakal atau tiada disiplin tapi sebenarnya memang itulah fasa tumbesarannya.
Seorang anak yang aktif dan sihat pasti akan lasak. Itu salah satu petunjuk yang mereka sedang membesar dengan baik, seharusnya ibu ayah kurangkan memarahi mereka. Untuk menghadapi karenah anak-anak yang ‘banyak akal’ begini, anda perlu bijak memainkan peranan. Jangan marah, tapi gunakan pendekatan psikologi yang dapat membantu dia berfikir dengan lebih baik kelak.
Apabila mempunyai anak, anda bakal menghadapi cabaran untuk mengendalikan anak yang mempunyai pelbagai keletah. Namun ia normal bagi seorang anak yang aktif dan sihat. Untuk menjadi ibu bapa yang hebat anda perlu tahu cara bagaimana menghadapi keletah anak dengan cara yang betul. Ada 4 keletah si manja untuk anda selidiki.
Kanak-kanak pada usia ini sudah mula menunjukkan sikap membuat keputusan untuk dirinya. Oleh itu, dia akan menanggalkan pakaian sesuka hatinya apabila merasakan pakaian itu merimaskannya. Dia berasa seronok untuk memgambil baju di dalam almari dan memakai baju pilihannya.
Cara atasi:
Jelaskan kepadanya jika bajunya kotor sahaja perlu menukar baju. Baju bukan ‘alat permainan’ untuknya dijadikan permainan. Anda juga boleh membelikan permainan anak patung yang boleh dipakaikan dan ditukarkan baju.
Dinding rumah yang telah diconteng oleh si kecil memang mencabar kesabaran anda. Ia berlaku apabila dia sudah boleh memegang pen atau pencil. Ketika ini dia mula melukis garisan tidak tentu arah. Kemudian semakin pandai untuk melukis secara bebas mengikut gerak hatinya. Dia menconteng apa sahaja permukaan yang berdekatan dengannya termasuk dinding rumah anda!
Cara atasi:
Pastikan pen, pencil, pencil warna dan krayon disimpan di tempat yang tidak boleh dicapai oleh anak anda. Keluarkan ia apabila anda telah menyediakan ruang untuknya melakukan aktiviti menconteng pada kertas yang disediakan. Lebih baik jika kertas itu bersaiz besar. Pastinya anak anda seronok untuk menunjukkan hasil ‘karyanya’ yang hebat itu.
Ada sesetengah kanak-kanak yang sudah mencecah usia 24 bulan, sudah tidak selesa memakai lampin. Dia dengan mudah akan menanggalkan pelekat lampin itu sendiri. Terkadang terbuang air kecil atau besar di ruang tamu semasa tidak memakai lampin.
Cara atasi:
Inilah masa untuk latihan ‘potty training’! Ajar dia untuk mengenali tandas. Beritahu setiap kali hendak membuang air kecil atau besar mesti pergi ke tandas. Namun, latihan ini akan mengambil masa antara satu hingga dua minggu sehingga si kecil betul-betul memahaminya.
Anda perlu bersabar dalam tempoh ini untuk lap lantai jika si manja masih tidak dapat mengawal dan mengetahui waktu yang betul untuk dia membuang air kecil atau besar.
Si manja suka melakukan penerokaan dipersekitarannya. Termasuk mengetuk apa sahaja objek yang menarik minatnya termasuk periuk, mangkuk dan cawan plastik. Ia menjadi alat ‘muzik’ kegemarannya. Habis rak pinggan anda bersepah ‘dikerjakannya’.
Cara atasi:
Secara umumnya, tingkah laku ini meningkatkan koordinasi mata dan tangannya. Usia 18
bulan sehingga 24 bulan adalah usia aktif buat si manja. Dalam hal ini, anda boleh melibatkan si kecil dalam kumpulan muzik khas untuk kanak-kanak atau dikenali sebagaiAak s playgroup. Kelas itu mengajar pelbagai aktiviti termasuk bermain muzik, menyanyi dan bermain.
Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu ibu ayah yang selalu sangat mengetap bibir kerana menahan diri dari memarahi anak. Selamat mencuba!
Jaundis banyak terjadi di kalangan bayi yang baru dilahirkan. Tapi apakah pula yang dimaksudkan dengan jaundis berpanjangan (prolonged jaundice), breastmilk jaundice dan breastfeeding jaundice dan perkaitannya dengan susu ibu?
Menurut Dr Ezura Madiana Md Monoto, IBCLC dan Pakar Perubatan Keluarga dan Perunding Laktasi, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, jaundis berlaku apabila kandungan bilirubin di dalam darah meningkat akibat daripada hemolysis atau pemecahan sel-sel darah merah yang telah matang.
Keadaan ini adalah normal dan berlaku pada setiap tiga atau empat bulan mengikut jangka hayat sel-sel darah merah di dalam badan manusia. Selalunya, penghasilan bilirubin tidak menyebabkan jaundis kerana hati dapat memetabolismakannya dan ia dikumuhkan melalui sistem pencernaan.
FAKTOR TERJADINYA JAUNDIS PADA BAYI
Bagi bayi yang baru dilahirkan, mereka selalunya akan mengalami jaundis secara fisiologi bermula hari ke-2 selepas kelahiran. Ini berlaku kerana enzim-enzim hati untuk memetabolismakannya masih lagi pramatang untuk berfungsi secara efisyen.
Selain itu, bayi yang baru dilahirkan mempunyai jumlah sel-sel darah merah yang lebih banyak berbanding orang dewasa dan jangka hayat sel tersebut juga lebih pendek. Secara tidak langsung, bilirubin yang dihasilkan oleh bayi pada ketika ini adalah lebih banyak daripada biasa.
Jaundis fisiologi selalunya mula dikesan ketika bayi berusia dua hari dan bacaan bilirubin memuncak pada hari ketiga atau keempat dan seterusnya akan berkurangan dan menjadi normal.
PROLONGED JAUNDICE
Sekiranya jaundis fisiologi melebihi 14 hari bagi yang dilahirkan cukup bulan atau 21 hari bagi bayi pramatang, ia dipanggil prolonged jaundice.
Faktor yang menyebabkan prolonged jaundice
Antara faktor yang menyebabkan prolonged jaundice ialah;
*Diagnosis prolonged jaundice yang disebabkan oleh faktor breast milk jaundice adalah diagnosis dengan pengecualian setelah faktor-faktor lain telah disiasat dan diketepikan.
BREAST MILK JAUNDICE
Breast milk jaundice selalunya berlaku kepada bayi yang dilahirkan cukup bulan, sihat dan aktif dan hanya minum susu ibu sahaja.
Faktor yang menyebabkan breast milk jaundice tidak dapat dikenalpasti apa yang walaupun ada spekulasi menyatakan ia mungkin berkaitan dengan bahan di dalam susu ibu yang menghalang metabolisme bilirubin.
Namun, dinasihatkan sekiranya jaundis ini menjadi lebih ketara disebabkan oleh perkara lain, contohnya pengambilan jamu oleh ibu yang menyusukan adalah disarankan untuk ibu memberhentikan pengambilan jamu buat sementara waktu.Breast milk jaundice juga cenderung untuk berlaku di dalam keluarga yang pernah mengalaminya (genetik).
Bayi yang mengalami breast milk jaundice turut mempunyai kenaikan berat badan yang memberangsangkan dengan penyusuan susu ibu sahaja, membuang air besar dengan kerap iaitu sebanyak 8 hingga 10 kali sehari serta membuang air kecil yang jernih dengan banyak. Adakalanya jaundis ini berlarutan sehingga dua hingga bulan selepas kelahiran. Dalam keadaan ini, penyusuan susu ibu harus diteruskan dan tidak sepatutnya dihentikan langsung walaupun seketika walau pun bayi memerlukan rawatan fototerapi. Selagi bayi menyusu dengan baik dan paras bilirubin dipantau, ia jarang membawa kepada komplikasi yang serius.
BREASTFEEDING JAUNDICE
Breastfeeding jaundice pula merujuk kepada situasi apabila bayi tidak mendapat susu ibu yang cukup. Ia tidak berkaitan dengan breast milk jaundice. Susu ibu yang mencukupi akan meningkatkan pencernaan dan pergerakan usus bayi, secara tidak langsung ia menyingkirkan bilirubin.
Faktor yang menyebabkan breastfeeding jaundice ialah;
Breastfeeding jaundice selalunya akan pulih sendiri apabila pelekapan diperbetulkan yang memastikan bayi dapat menyusu dengan baik dan jumlah penyusuan meningkat. Bantuan daripada Perunding Laktasi atau mereka yang mahir dalam penyusuan susu ibu adalah penting bagi memastikan bayi mendapat susu ibu secukupnya.
PENYUSUAN BOLEH ELAK JAUNDIS BAGI BAYI BARU LAHIR
Untuk memastikan kandungan bilirubin di dalam darah berada di dalam tahap yang selamat, Academy of Breastfeeding Medicine (ABM)menyarankan penyusuan susu ibu secara eksklusif digalakkan dan dimulakan seawal sejam selepas kelahiran bagi mengelakkan kelambatan proses penyusuan susu ibu yang boleh memberi risiko jaundis yang ketara.
Bayi yang baru dilahirkan tidak sepatutnya diberikan air, glukosa ataupun susu formula. Suplementasi dengan susu perahan susu ibu, susu daripada bank susu ibu atau susu formula (mengikut aturan keutamaan) perlu dihadkan kepada bayi yang mempunyai indikasi tertentu seperti mempunyai pengurangan berat badan melebihi 10% selepas dilahirkan walaupun masalah penyusuan susu ibu telah diperbetulkan, kegagalan penghasilan susu ibu atau inefficient milk transfer dalam tempoh tertentu serta terdapat tanda-tanda bayi mengalami dehidrasi yang signifikan.
ABM juga menyarankan pengurusan penyusuan susu ibu yang optimum dimulakan seawal mungkin termasuk;
PERAH BANTU STIMULASI PAYUDARA BILA BERJAUHAN DENGAN BAYI
Dalam keadaan tertentu seperti bayi pramatang atau bayi dan ibu terpaksa dipisahkan sejurus kelahiran, ibu boleh memanfaatkan stimulasi manual dan perahan susu secara teknik Marmet (menggunakan tangan) atau memerah menggunakan pam payudara bagi mengoptimumkan bekalan susu dan mengelakkan kelambatan proses penghasilan susu.
Ibu perlu tenang dan diberi sokongan mental dan emosi daripada suami, ahli keluarga, rakan-rakan serta pembimbing ibu menyusu bagi membantu ibu mengharungi pengalaman penyusuan susu ibu yang mencabar namun memberi impak yang besar dan manfaat kepada ibu dan bayi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pergerakan bayi boleh memberi petunjuk penting tentang kesihatan dan keperluan si kecil. Ketahui 7 pergerakan yang perlu diberi perhatian oleh ibu bapa serta bila perlu mendapatkan nasihat doktor.