Telatah comel anak sulung pelakon, Eyra Hazali selalu menjadi perhatian ramai. Setiap kali muncul di Instagram ibunya, ada sahaja keletah comelnya yang mencuit hati semua.
Selepas kelahiran adiknya, gaya lincah Muhammad Hayder Qalish yang sentiasa melekat dengan adiknya semakin mencuri perhatian ramai. Ada sahaja telatah comelnya yang mengusik adiknya yang baru berusia hampir dua bulan.
Terbaru, pelakon cantik manis ini membuka akaun Tik Tok dan sudah semestinya aksi comel Hayder memenuhi entri video ibunya.
Menerusi video pertama di laman Tiktok miliknya, Eyra memuat naik gelagat putera sulungnya yang rata-rata mencuri perhatian ramai.
Rakaman video comel dengan alunan lagu dari Cocomelan memaparkan Hayder yang dililihat sedang menari sambil diiringi lagu Animal Dance.
Apa yang menarik perhatian sudah semestinya gaya bersahaja Hayder yang meniru dengan baik setiap karektor binatang yang dialunkan dalam lagu.
Ads
Tidak hanya membuat aksi bahkan gaya comel Hayder yang begitu bersungguh dipuji wargamaya. Memang comel!
Perkongsian video comel Hayder kesayangan ramai ini telah mendapat 93k jumlah tontonan serta 17.3k tanda suka dari pengikut Eyra.
Pelbagai komen dari wargamaya yang rata-rata amat terhibur dengan gelagat Hayder Qhalish.
Terdahulu, Eyra dan Haziq mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019 dan hasil perkongsian hidup mereka, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Muhammad Hayder Qalish dan Muhammad Endra Haqimie.
Sedarkah anda cara kita bercakap, ton suara kita, intonasi suara, pergerakan badan, lenggok tubuh, renungan mata, dan ekspresi wajah apabila kita berinteraksi dengan orang lain adalah 80% hampir menyerupai cara dan gaya ayah, ibu atau orang terdekat dengan kita?
Kenapa begitu?
Nak tahu lanjut Konsultan Parent Connect, Puan Noor Afidah Abu Bakar beri penjelasan lanjut.
Sejak bayi lagi kita BELAJAR DENGAN MEMERHATI orang yang kita sayang dan rapat dengan kita. Kita memerhatikan bagaimana orang tersayang melakukan sesuatu dan bagaimana orang tersayang mengucapkan sesuatu dan menyampaikan maksud kepada orang lain dalam SESUATU SITUASI yang tertentu.
Segala tindakan dan tingkah laku ibu bapa mempunyai impak yang besar dan berpanjangan ke atas perkembangan seorang anak. Masih ingat lagi proses ‘SERVE AND RETURN’ yang pernah saya kongsi? Proses yang menghubungkan sel-sel otak ini melibatkan INTERAKSI dan TINDAK BALAS di antara anak dan ibu bapa. Membalas senyuman anak kecil juga akan menghubungkan sel-sel otak anak dan mengembangkan pemikirannya. Kita tidak perlu beli susu mahal untuk menghubungkannya. (Boleh rujuk #perkembanganpemikiran )
Hanya 20% elemen komunikasi adalah dalam bentuk perkataan yang didengari oleh anak.
80% lagi adalah dalam bentuk ekspresi wajah, renungan mata dan gerak tubuh yang perlu diperhatikan oleh anak untuk memahami konteks dan maksud yang hendak disampaikan
Apabila teknologi digunakan oleh anak TIDAK KENA TEMPAT dan tidak kena gaya:
1) Ia akan membantutkan perkembangan BAHASA DAN KOMUNIKASI seorang anak. 2) Ia juga membantutkan perkembangan SOSIAL kerana anak bukan sahaja tidak tahu cara berinteraksi secara total 100%, malah anak juga tidak memahami apa yang cuba hendak disampaikan oleh orang lain. 3) Anak juga tidak memahami ADAB DAN ETIKA sesuatu persekitaran sosial kerana selama ini fokusnya hanya MELEKAT di paparan skrin. Dia tidak pernah memerhatikan bagaimana caranya manusia berinteraksi sesama manusia.
Memahami adab dan etika, komunikasi interpersonal dan keupayaan sosial adalah skil penting yang dikenali sebagai ‘TRANSVERSAL COMPETENCIES’. Skil ini sukar dibentuk apabila ibu bapa atau anak lebih banyak melayan gajet walaupun duduk berhadapan dalam ruang yang sama. (Contohnya seperti dalam gambar).
Sekiranya yang diperhatikan oleh anak dari usia awal adalah tidak lebih dari apa yang dipaparkan di skrin di hadapannya sahaja, maka jadilah anak itu anak yang ‘TIDAK FAHAM BAHASA’ atau mengalami KEGANJILAN SOSIAL (social awkwardness).
Anak yang mengalami ‘social awkwardness’ ini tidak tahu bagaimana untuk ‘behave’ apabila berada bersama dengan orang lain. Ini kerana dia lebih banyak berinteraksi dengan mesin dari memerhati dan berinteraksi dengan ibu bapanya dan sesama manusia dalam sesuatu persekitaran sosial contohnya ketika waktu makan.
Waktu makan adalah waktu yang sangat penting bagi mewujudkan perapatan sesama ahli keluarga.
“As connectivity increases, connectedness can lose out.”
Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mendambakan kehadiran cahaya mata sebagai pelengkap rumah tangga mereka.
Namun, bukan semua bertuah diberikan rezeki itu. Ada yang terpaksa menunggu bertahun lamanya malah tidak kurang juga menggunakan pelbagai kaedah rawatan kesuburan untuk hamil.
Bagaimanapun ada pasangan yang diuji apabila hanya menunggu masa saja untuk menimang cahaya mata tetapi tak kesampaian apabila bayi dalam kandungan meninggal dunia hanya beberapa hari lagi nak melihat dunia.
Begitulah yang dirasai oleh pasangan suami isteri ini melalui yang diuji setelah bayi dikandung dijemput Allah pada usia kandungan 38 minggu dan bila-bila masa saja menjengah dunia.
Apabila berlakunya kematian suami pastinya ramai tertanya-tanya, bagaimana dengan nafkah anak-anak si mati? Siapakah yang wajib bertanggungjawab (dari segi nafkah) ke atas anak-anak yang kematian bapa? ibu pula masih ada tetapi kurang kemampuan?
Menurut perkongsian daripada Laman Ustaz Ahmad Adnan Fadzil, ada beberapa pendapat mengenai perkara ini. Ikuti perkongsian ini.
Bismillah walhamdulillah wassolatu ala Rasulillah,
Dalam surah al-Baqarah (ayat 233) Allah menegaskan; “Dan kewajipan bapa ialah menanggung nafkah dan pakaian mereka dengan cara yang berpatutan…Ahli waris pun (berkewajipan) seperti itu juga”.
Berdasarkan ayat ini para ulamak menyimpulkan bahawa; kewajipan nafkah asalnya tertanggung di atas bahu bapa. Jika bapa tidak mampu atau mati, nafkah si anak ditanggung oleh waris-waris si anak (iaitu kerabat-kerabatnya yang akan mewarisi darinya) merangkumi ibunya sendiri, datuknya, neneknya, saudaranya, bapa saudaranya dan sebagainya lagi yang dapat mewarisi darinya. Jika waris ramai, tanggungan nafkah wajib dikongsi mengikut kadar pewarisan masing-masing. Sebagai contohnya; jika si anak hanya mempunyai nenek dan saudara lelaki sahaja, maka nenek wajib menanggung 1/6 nafkahnya dan saudara lelaki pula nafkah selebihnya iaitu mengikut kadar pewarisan mereka. Ini merupakan pandangan mazhab Hanbali berdalilkan ayat di atas.
Menurut mazhab Syafiie; nafkah anak wajib di tanggung oleh usul-usulnya (iaitu bapa, ibu, datuk, nenek hingga ke atas) dengan didahulukan usul lelaki ke atas usul perempuan. Selama masih ada usul lelaki (bapa, datuk hingga seterusnya), nafkah tidak ditanggung oleh usul perempuan (ibu, nenek hingga seterusnya). Bagi anak yang kematian bapa atau bapanya tidak mampu, nafkahnya wajib ditanggung oleh datuknya, diikuti oleh bapa kepada datuknya hinggalah seterusnya ke atas. Yang lebih dekat didahulukan dari yang jauh. Jika si anak mempunyai datuk dan juga bapa kepada datuknya, nafkahnya wajib ditanggung oleh datuk kerana ia lebih dekat. Jika sama-sama dekat (seperti si anak mempunyai datuk sebelah bapa (iaitu bapa kepada bapanya) dan juga datuk sebelah ibu (iaitu bapa kepada ibunya), kewajipan nafkah dikongsi bersama. Apabila tidak ada lansung datuk atau datuk yang ada tidak mampu, barulah kewajipan nafkah berpindah kepada usul-usul perempuan (iaitu ibu atau nenek atau yang lebih atas).
Perlu disebutkan; kewajipan menanggung nafkah orang lain tertakluk kepada kemampuan. Jika tidak mampu, tidaklah seseorang itu dibebani oleh Syarak untuk menanggung nafkah orang lain sedang nafkahnya sendiri tidak tertanggung. Hal ini telah disepakati ulamak. Maksud kemampuan itu ialah mempunyai lebihan setelah ditolak keperluan diri sendiri sama ada dari hartanya sedia ada atau dari pendapatannya. Sabda Nabi SAW; ““Mulailah dengan diri kamu, bersedekahlah kepada diri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk isteri kamu. Jika ada lebihan lagi, maka untuk ahli kerabat kamu. Jika ada suatu lebihan lagi setelah itu, maka untuk begini dan begini; yakni untuk orang di hadapan kamu, di kanan dan kiri kamu” (Soheh Muslim; 997, dari Jabir RA).
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.