“Boleh Murung Kalau Jauh Dengan Anak.” Angah Anggap Kehadiran Aisha Bermakna

Share

Penyampai radio Sinar Pagi, Angah Raja Lawak berkongsi rasa gembira apabila anak perempuannya, Aisha Lashiera yang kini dah genap 3 bulan dah makin pandai untuk ajak bermain.

Menerusi entri di instagram, Angah berkongsi kegembiraan itu setelah lama tak mempunyai anak kecil. Ibaratnya jika terlalu lama berjauhan boleh berlaku kemurungan pada dirinya.

Jika sebelum ini hanya tengok orang je yang layan baby, tapi lepas dah ada baby sendiri baru tahu perasaan tu macam mana.

Aisha yang dilahirkan pada 16 Februari lalu menjadi keutamaan buat mommy, papa dan kakaknya setelah menunggu hampir 3 tahun untuk mendengar tangisan bayi dalam rumah.

Sementara itu, dalam satu perkongsian video, isteri Angah, Amira Asyura Abd Razak berkongsi perasaan sebak apabila begitu cepatnya Aisha membesar.

Dia turut menitipkan doa untuk Aisha agar membesar dengan sihat, hafaz al-Quran, setia dan patuh pada mami, papa dan kakak.

Aisha Fotostat Muka Papa

Sejak awal lagi ramai yang menyamakan muka Angah dengan Aisha hinggakan ada peminat Angah berseloroh mesti apabila besar boleh jadi geng papa.

Terdahulu, Angah dan Amira telah mendirikan rumah tangga pada 19 Februari 2016.

Angah atau nama sebenarnya Iskandar Shah Hashim sebelum ini pernah berkahwin dan dikurniakan seorang anak perempuan.

Sumber: ig angah_lawaking

IKLAN