Terujanya bila anak boleh makan makanan pelengkap pada usia 6 bulan. Hidangan yang lazimnya dihidangkan ialah puri dan bubur. Tapi ada sesetengah ibu memilih teknik baby lead to wean. Apakah ia baby lead to wean & manfaatnya kepada bayi?
Mungkin ramai ibu yang musykil tentang baby lead to wean. Menurut Menurut Puan Nurbaidurah Badzis, pegawai dietetik KPJ Kajang, Baby led weaning adalah satu konsep di mana si kecil menentukan sendiri makanan untuk diri mereka, self-feed.
Antara syarat dalam amalan baby led weaning adalah:
No puree food.
Makanan diberikan hanya apabila si kecil bersedia, bukan pada usia enam bulan.
Si kecil boleh duduk tegak.
Si kecil mampu menyuap makanan sendiri.
Si kecil mampu mengunyah.
Waktu makan bersama keluarga.
Si kecil tidak dipaksa makan makanan tertentu.
Jenis makanan untuk baby led weaning pula adalah finger food, makanan lembut yang dipotong kecil dan panjang, bagi memudahkan si kecil memegang makanan tersebut. Dalam beberapa perbincangan, baby led weaning mempunyai banyak kelebihan seperti menggalakkan si kecil terhadap makanan, ini kerana si kecil berpeluang untuk memilih makanan sendiri. Selain itu, ia juga menggalakkan si kecil meneroka pelbagai tekstur dan rasa makanan.
Ads
MENGGALAKKAN ANAK MENEROKA
Sebenarnya , kebanyakkan syarat-syarat di dalam baby led weaning ini adalah adalah sama dengan saranan pemakanan sihat. Iaitu menggalakkan si kecil meneroka dan memilih makanan sendiri, waktu makan bersama keluarga, dan waktu yang makan yang menyeronokkan (tidak memaksa si kecil). Ini semua adalah antara tip-tip bagi menggalakkan si kecil terhadap makanan.
PASTIKAN BAYI BERSEDIA!
Ads
Namun, ada beberapa amalan baby led weaning yang boleh memberikan kesan negatif, iaitu memberikan si kecil makanan hanya apabila si kecil bersedia, tidak pada usia enam bulan; apabila si kecil mampu duduk tegak, menyuap makanan sendiri dan pandai mengunyah. Untuk menunggu si kecil mampu seperti demikian, mungkin pada usia lapan atau sembilan bulan atau lewat lagi.
Sedangkan pengenalan terhadap makanan pelengkap seawal usia enam bulan sangat penting. Dan pada usia enam bulan, kebanyakkan bayi masih belum boleh duduk tegak, apatah lagi menyuap dan memegang makanan sendiri. Oleh itu, puri adalah makanan yang sesuai untuk bayi pada ketika ini.
Ads
Kajian menunjukkan 20 hingga 30% bayi berisiko menjadi cerewet (picky eater) jika lewat diperkenalkan makanan pejal iaitu melewati usia enam bulan. Memilih makan atau picky eater adalah berisiko terhadap kurang nutrisi seterusnya mengganggu tumbesaran dan perkembangan si kecil.
SARANAN
Jadi saranan saya, makanan pelengkap berupa puri perlu diperkenalkan pada usia enam bulan. Jangan lambat kerana risikonya si kecil boleh menolak atau cerewet terhadap makanan. Baby led weaning boleh diguna pakai lewat daripada usia enam bulan iaitu apabila si kecil bersedia.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Madu sangat banyak khasiatnya yang kita tak ketahui. Madu disenaraikan antara 7 makanan terbaik di dunia dengan ciri-cirinya yang anti bakteria dan anti fungi.
Madu digunakan di dalam makanan sebagai pemanis bagi menggantikan gula. Pengambilan madu lebih sihat berbanding gula. Madu juga merupakan ubat yang mujarab untuk merawat beberapa penyakit.
Sekiranya anda mengalami batuk, sakit tekak atau selsema , ANTIBIOTIK merupakan perkara terakhir yang perlu anda fikirkan.
☑️Kebiasaannya gejala batuk, sakit tekak berpunca dari jangkitan virus ☑️ Jangkitan virus TIDAK boleh di rawat dengan antibiotik
☑️ Tubuh badan anda mempunyai mekanisma untuk menentang jangkitan virus
Apakah rawatan yang sesuai untuk masalah ini?
Saranan terbaru dari NICE guidelines mencadangkan penggunaan rawatan untuk membantu melegakan gejala.
☑️ Gunakan Madu untuk melegakan batuk dan sakit tekak ☑️ Gunakan ubat batuk yang boleh di beli dari farmasi ☑️ Minum air lebih kerap ☑️ Pastikan anda mendapat rehat yang cukup dan makanan yang berkhasiat
Sekiranya gejala batuk berpanjangan lebih dari 2 minggu, dapatkan pemeriksaan lanjut di fasiliti kesihatan.
Owh ya, bayi dan pesakit diabetes tidak sesuai mengambil madu sebagai rawatan
Bila bayi berjaga malam, mama papa tentu rasa tertekan. Lebih-lebih lagi bila mama papa sudah mengantuk & keletihan pada siang harinya. Kadang kala perlu berperang untuk tidur!
Setelah mencecah usia 9 hingga 12 bulan dan ke atas, banyak perubahan yang berlaku pada bayi. Selain perubahan pada fizikal yang semakin ketara dan lebih aktif, tidur malam juga kerap tertunda. Ia berkemungkinan disebabkan oleh beberapa kesilapan yang dilakukan oleh mama dan papa tanpa disedari.
Tidur amat mustahak untuk perkembangan bayi dan kanak-kanak. Otak mereka berkembang semasa tidur! Maka elakkan melakukan enam kesilapan ini bagi mengelakkan mama dan papa perlu memaksanya tidur setiap malam.
6 KESILAPAN PERLU ELAK JIKA MAHU ANAK SENANG TIDUR
#1.Tidur siang terlalu lama
Ini menjadi salah satu punca utama masalah sukar tidur malam. Apabila bayi tidur siang terutamanya pada waktu petang terlalu lama, mereka akan rasa segar, tidak mengantuk dan bertenaga pada malam hari.
Ia akan menyebabkan sama ada mama dan papa perlu membiarkan anak bermain sehingga mengantuk sendiri awal pagi atau perlu berperang untuk memaksanya tidur dengan cara paksaan yang mana perlu dielakkan. Pesan kepada pengasuh anda untuk tidak membiarkan bayi tidur terlalu lama supaya dia mudah tidur pada waktu malam.
#2.Persekitaran bising dan terlalu cerah
Suasana bising dan keadaan pencahayaan yang terlalu cerah boleh menjadi sebab kenapa bagi sukar untuk tidur pada waktu malam. Seelok-eloknya wujudkan suasana yang cosy apabila waktu tidur anak kian hampir. Malapkan pencahayaan dengan memasang lampu meja dan memadamkan lampu siling. Matikan TV dan gajet sekurang-kurangnya 1 jam sebelum waktu tidurnya.
#3.Terlebih rangsangan
Elakkan melakukan aktiviti rangsangan seperti bermain permainan yang melibatkan pergerakan fizikal yang aktif dengannya supaya pergerakan badan mula perlahan dan bersedia untuk tidur.
#4.Elakkan bergantung kepada alatan
Peralatan seperti buaian seringkali menyebabkan kebergantungan. Kalau tak ada alatan ini, bayi tidak mahu tidur atau amat susah untuk melelapkan mata. Jadi, kalau anda tidak mahu pergantungan pada kemudian hari, elakkan dari membiasakan bayi dengan buaian daripada awal lagi.
#5.Elakkan bergantung kepada pergerakan
Membiasakan bayi didodoikan dengan didukung atau didodoikan dengan cara pergerakan. Apabila tidak dapat dua cara ini, ia boleh jadi punca bayi sukar untuk tidur. Seelok-eloknya biarkan bayi tidur di atas tilam. Paling tidak, mama dan papa hanya menepuk pahanya sehingga tertidur.
#6.Tiada ada rutin tidur yang tetap
Bayi tidak mempunyai rutin tidur yang tetap akan mengalami masalah untuk tidur. Mama dan papa perlu wujudkan rutin tidur bagi memudahkan mereka tidur. Tapi perkara ini tidak akan berlaku dalam masa yang singkat. Rutin tidur yang seelok-eloknya mula diciptakan pada seawal selepas pantang. Misalnya selepas mandi malam, disusukan malam dan kemudian tidur. Patuhilah rutin ini bertegaslah untuk mengelakkan berperang untuk tidur di waktu malam.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Atasi kekok dukung bayi bagi mama papa baru. Jangan bagi alasan kata tak pandai sebaliknya belajarlah untuk mendukung bayi sendiri.
Pertama kali memegang bayi tentunya akan menyebabkan anda kekok, tapi papa dan mama kena belajar. Mendukung bayi dengan betul amat penting agar bayi selesa dan mengelakkan kecederaan pada tubuhnya.
7 TIP MENDUKUNG BAYI
Berhati-hati dengan kepala bayi yang baru lahir, terutama di sekitar ubun-ubun yang merupakan tempat yang lembut di bahagian atas kepalanya.
Sentiasa menyokong kepala dan leher bayi anda yang baru lahir ketika mengangkat dan mendukungnya.
Apabila mengambil bayi anda, letakkan satu tangan di bawah kepalanya dan satu lagi tangan anda yang lain di bawah punggungnya.
Bawanya dekat dengan anda dan pastikan kepala bayi selesa. Luncurkan tangan anda dari bahagian bawahnya untuk menyokong lehernya.
Untuk keselamatan, jangan sekali-kali memegang minuman atau makanan panas dan memasak semasa mendukung bayi.
Sentiasa memegang bayi dengan selamat semasa naik atau turun tangga. Pastikan kedudukan anda stabil supaya tidak terjatuh.
Jika anda ingin mengalihkan bayi ke dalam dukungan orang lain, pastikan mereka duduk stabil kemudian perlahan-lahan letakkan bayi di dalam lekukan lengan mereka.
Kajian mendapati bapa sentuhan kulit ke kulit semasa memegang bayi baru lahir memberikan kesan segera di mana mereka kurang menangis, lebih tenang dan mudah terlelap berbanding dengan bayi yang diletakkan di dalam katil bayi. Selain itu, ia juga dapat membantu membantu meningkatkan ikatan bapa dan anak pada tahap yang lebih maksimum.
4 KELEBIHAN MENDUKUNG BAYI
Menggalakkan sentuhan kulit ke kulit antara anda dan bayi.
Ia juga membolehkan mama dan papa merapatkan hubungan dengan si manja (bonding).
Cara dukung yang selesa akan menenangkan si manja.
Gunakan peluang ini untuk berbual dan mengagah bayi anda.
1. Cara angkat bayi
Sebelum mengangkat bayi, pastikan kedudukan anda stabil. Leher, kepala dan punggung bayi perlu disokong dengan tangan mama.
2. Dukungan berbaring
Bayi yang diangkat kemudian dibaringkan pada lengan mama. Bahagian kepala, leher, belakang dan punggung bayi disokong.
3. Dukungan ke bahu
Ia adalah cara yang paling banyak digunakan. Tetapi bagi bayi yang masih kecil, sentiasa sokong bahagian keher dan kepalanya.
4. Dukungan duduk
Pastikan bahagian punggung bayi diampu dengan tangan mama dan sebelah tangan lagi memegang ketiak dan menahan bahagian dada bayi.
5. Wajah ke wajah
Cara ini sangat sesuai bagi anda yang ingin bermain-main dengan si manja di mana ia membolehkan anda menatap wajah bayi. Semasa mendukungnya, pastikan kepala, leher dan belakang bayi perlu disokong dengan tangan mama.
6. Dukungan riba
Sama seperti dukungan wajah ke wajah, tapi bezanya kedudukan mama dalam keadaan duduk. Pastikan bahagian punggung bayi berada pada paha ibu dan sokong belakang kepala dan lehernya dengan kedua-dua belah tangan mama.
AWAS, BERHATI-HATI UNTUK ELAK HIP DYSPLASIA
Antara salah satu akibat daripada cara mendukung yang salah hip dysplasia. Mendukung dengan cara meletakkan bayi pada pinggang ibu/ bapa perlu dilakukan dengan berhati-hati untuk mengelakkan hal ini.
Hip dysplasia yang terjadi selepas lahir (bukan kongenital), ia sukar untuk dikesan kerana tidak menyebabkan rasa sakit pada bayi dan biasanya tidak menghalang mereka daripada belajar berjalan dan berjalan pada usia yang sepatutnya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas pelbagai bantuan yang diberikan kepada rakyat, kerajaan melalui Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan penyaluran bantuan tunai BUDI MADANI berjumlah RM200 akan disalurkan kepada penerima yang layak bermula hari ini, 6 Februari 2025.