Semasa hamil, salah satu perkara yang membuatkan ibu ayah teruja adalah saat membuat imbasan untuk melihat keadaan bayi dalam perut. Seronok sangat dapat lihat perkembangan si kecil, sedikit demi sedikit sehingga dia membesar menjadi bayi sempurna. Begitulah perkongsian selebriti terkenal, Abby Abadi yang berkongsi sebuah video di laman Instagramnya semalam.
Abby tidak menafikan yang teknologi semakin maju dan ibu bapa berpeluang melihat setiap perkembangan anak dalam kandungan dengan jelas. Ceritanya lagi, ketika hamilkan anak-anak terdahulu tidak pula buat imbasan penuh begini. Hanya redha dan berdoa agar semuanya selamat.
Masa pergi detail scan di @klinik_anda_wangsa_melawati 2/3hari lepas ☺️ . Teknologi makin hebat hari ke hari.. ukuran badan baby, tulang, semua setakat ni alhamdullillah.. cuma mcm sereeemmm jugak, sbb sampai ke jari kaki tangan, salur darah, jantung semua buleh nampak jelas dah walaupun baru 21 minggu huhu.. Dulu masa mengandungkan Danish, Dania & Danisha takde nk detail2 scan bagai ni.. redha je iring dgn doa… skrg ni mcm2 ada. Atas rasa ingin tahu, walaupun nervous buat juga. Apapun, syukur Klinik Anda di Wangsa Melawati melayan Sy dgn baik sekali. Nak scan byk2 kalipun dorg layan jer hehe.. Dari Doc2 yg ada hinggalah ke pembantu2 klinik & pakar Scannya memang begini ?? (ps: comeykan suara pakar scan tu hehe.. ) . Setakat ini pun dengar dari Doc Sakinah & Pakar scan masa dtg last dtg klinik aritu yg baik2 sahaja. Harapan Sy semoga terus serba baik & sempurnalah keadaan baby Sy hingga dilahirkan nanti ya, Ya ALLAH… Aminnnnn ??
Semoga kandungan Abby selamat sehingga ke hujung waktu dan melahirkan bayi yang sihat. Pa&Ma doakan Abby terus kuat untuk melalui fasa kehamilan yang menakjubkan ini.
Emosi ibu hamil sangat rapuh dan boleh berubah-ubah dalam jangka masa yang pendek. Ibu hamil cepat tersentuh, cepat sedih kerana perubahan hormon dalam dirinya. Disinilah peranan suami sangat penting untuk menjaga emosi isteri ketika hamil.
Ibu hamil akan cepat berasa penat, fizikalnya yang berubah menyebabkan keletihan dan memberi kesan kepada emosi. Suami yang prihatin akan membantu isteri yang sedang hamil untuk meringankan bebanya, sentiasalah belai isteri anda kerana perlakuan positif tersebut boleh dirasai oleh bayi dalam kandungan.
KESAN SUAMI BERLAKU BAIK PADA ISTERI KETIKA HAMIL
Semasa isteri hamil jagalah perasaannya. Isteri yang hamil dan merasai sangat dikasihi suaminya akan tenteram perasaannya.
Ini akan memberi kesan baik kepada janin yang di dalam kandungannya.
Isteri yang dicalarkan emosinya semasa hamil terutamanya, akan membawa perasaan itu dan memindahkan tenaga negatif itu ke bayi di dalam kandungannya.
Inilah antara punca utama kenapa bayi itu bila lahir mudah menangis dan meragam.
Bila sudah besar sedikit suka merajuk atau mengamuk.
Itu sebab di dalam Islam, kita disuruh menjaga perasaan ibu-ibu yang mengandung.
Tidak semua wanita bertuah mempunyai peluang untuk merasai kehamilan. Ada wanita yang menunggu berbelas tahun bahkan ada yang berpuluh tahun kehadiran cahaya mata. Tetapi ada wanita yang dikurniakan kesuburan hingga mudah mengandung. Malah ada yang setiap tahun.
Oleh kerana terlalu kerap hamil, ada ibu yang berasa malu dan seolah-olah tidak gembira dengan kehadiran bayi yang dikandung. Tahukah anda bahawa emosi ibu mengandung mempengaruhi tumbesaran bayi dalam rahim.
Jika wanita itu tidak bersedia untuk hamil, maka minggu-minggu awal kehamilannya itu mungkin akan menyebabkan dia menghadapi tekanan perasaan.
Sebaliknya, jika wanita itu memang ingin mengandung, dia akan merasa gembira dan mungkin tidak sabar untuk menunggu kehamilan dan kelahiran.
Rangsangan negatif yang diterima oleh anak pasti akan memberi kesan kepada emosi si anak itu kelak. Dia dapat merasakan kehadirannya seperti tidak dinanti oleh ibu dan ayah. Emosi ibu yang tidak suka dirinya hamil akan turut dirasakan oleh anak dalam perut.
Oleh itu rancanglah kehamilan anda. Jika belum bersedia untuk hamil dalam tempoh terdekat selepas kelahiran anak terdahulu, gunalah kaedah perancangan keluarga yang disarankan doktor.
Janganlah seksa emosi anak di dalam kandungan kerana ramai lagi wanita yang tidak berpeluang hamil menantikan saat menikmati gerakan comel dari dalam perut.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan berkahwin tentu mengimpikan zuriat sebagai pelengkap keluarga. Tapi bukannya sudah berkahwin tu Allah janjikan terus dapat zuriat, bila tiba masa dan saatnya rezeki itu pasti datang. Jadi yang belum dikurniakan zuriat lagi jangan putus asa dan terus berdoa, usaha dan tawakal seperti kata Hammad Zamakhshari atau lebih dikenali sebagai Bengah Seorang abang yang kisahnya bersama adik istimewanya, Afiatul sering mendapat perhatian ramai.
Dalam perkongsian di laman Instagram miliknya, Bengah menyatakan tiada suplemen yang diambil untuk mendapatkan zuriat bersama isteri tercinta Cik Bunga yang telah dinikahi sejak penghujung tahun 2017. Apa yang dilakukan adalah berdoa, usaha dan tawakal.
“Bunga untuk Cik Puan Bunga
“Isteri dengan nada macam nak marah bercampur gembira dapat hadiah bunga dari suami.. Abang tak tahu nak ungkap dengan kata kata untuk Nur.. jadi abang pilih bunga sebagai penganti kata kata manis abang ni. Bunga Ros bau harum manis sikit dapatlah sampaikan perasaan abang pada Nur..
“Tak ada supplement apa apa yang kami ambil.. sebab ramai bertanya Bengah. satu yang Bengah tak pernah berhenti ialah berDOA. Apa sahaja doa.. berdoa bukan selepas habis solat sahaja. Minta je di doakan walau dari siapa pon. bersedekah pon salah satu asbab.. dan Bengah bersedekah pon Bengah minta di doakan elok elok. DOA, USAHA DAN TAWAKAL.. jangan malu minta pada Allah SWT. sampai masanya akan tiba.. rasa nak nangis pon ada sebab gembira dan bersyukur ya amat. Tuhan je tahu perasaan ni.
“Pada yang belum mendapat cahaya mata.. Bengah doa kan anda semua akan sampai masanya nanti kelak! dan diwaktu yang ada ni.. bercinta dan berkasih sayang sesame pasangan.
“Terima kasih banyak sebab bagi ucapan yang baik baik dan doa dekat komen. banyak sangat kalau nak reply! Kali terakhir dapat komen banyak ni masa awal perkahwinan haritu. tu jela.
“Bengah seronok dapat doa yang baik baik dari korang. semoga kebaikan yang di doakan ni berbalik kepada kalian semua.. Amin Allahumma Amin.
“Jangan berhenti berdoa! jangan malu nak minta doa dari orang! Jangan kedekut nak buat baik! Selalu lah bersedekah.. walaupon senyuman
“Bersyukur dengan nikmat yang ada diberi ini semuanya tetap ALLAH HUAKBAR!”
Turut gembira dengan perkhabaran tersebut, warga net yang menjadi pengikut Bengah mengucapkan tahniah atas kehamilan isteri tercinta.
Dalam satu posting yang lain di Instagram, Bengah turut berkongsi tentang alahan yang dialami oleh isterinya.
“Morning Sickness Lelaki Is Real!
“Sebelum ni Bengah memang pernah alami pagi pagi yang memualkan tekak. mungkin sebab faktor berhenti minum kafein? dah bertukar kepada teh masih belum biasakan lagi.
“Puan Bunga Tak Boleh Bau Masakan Goreng”
“Yang ni tak rumit bagi Bengah sebab.. abang senang je dengan apa jua juadah yang dimakan KECUALI bawang! tapi nampak juga perubahan pada isteri.. kesian juga kat dia ada makanan kegemaran yang tak boleh dia nak makan sebab bau.
“Perubahan hormon badan yang paling kelakar ialah bau pomade rambut suami dia ni tak boleh nak bau! nasib la rambut ni boleh sikat tepi. tanya dengan Mak dulu.. Mak cakap tengok pada tuan badan tapi berbulan juga la proses mual. Mak mertua pula cakap.. bau goreng dan masakan ni yang boleh buatkan mual tekak.
“Inilah pengalaman baru Bengah.. banyak kerenah dan perangai isteri yang nak kena layan. istimewanya insan yang bergelar IBU ni.. dia sakit perut, dia mual, dia tak boleh bau itu ini, dia tak boleh buat kerja berat.. tapi dia sibuk juga nak buat!
“Bila dengar isteri cakap dengan baby dalam perut.. “Baby kuat tau baby. jangan buang makanan keluar baby kena membesar kuat” dulu baby tu gelaran kat suami. apa ni cakap dengan perut? suami ada sini ni.
“Buat masa ni isteri tak mengidam apa apa.. kata isteri perasaan.. TERINGIN NAK MAKAN AISKRIM ROTI. Suami akan usaha dapatkan ada misi misi lagi ke lepas ni? semoga semua urus ini dipermudahkanNya.. amin