Tidak semua wanita bertuah mempunyai peluang untuk merasai kehamilan. Ada wanita yang menunggu berbelas tahun bahkan ada yang berpuluh tahun kehadiran cahaya mata. Tetapi ada wanita yang dikurniakan kesuburan hingga mudah mengandung. Malah ada yang setiap tahun.
Oleh kerana terlalu kerap hamil, ada ibu yang berasa malu dan seolah-olah tidak gembira dengan kehadiran bayi yang dikandung. Tahukah anda bahawa emosi ibu mengandung mempengaruhi tumbesaran bayi dalam rahim.
Jika wanita itu tidak bersedia untuk hamil, maka minggu-minggu awal kehamilannya itu mungkin akan menyebabkan dia menghadapi tekanan perasaan.
Ads
Sebaliknya, jika wanita itu memang ingin mengandung, dia akan merasa gembira dan mungkin tidak sabar untuk menunggu kehamilan dan kelahiran.
Ads
Rangsangan negatif yang diterima oleh anak pasti akan memberi kesan kepada emosi si anak itu kelak. Dia dapat merasakan kehadirannya seperti tidak dinanti oleh ibu dan ayah. Emosi ibu yang tidak suka dirinya hamil akan turut dirasakan oleh anak dalam perut.
Ads
Oleh itu rancanglah kehamilan anda. Jika belum bersedia untuk hamil dalam tempoh terdekat selepas kelahiran anak terdahulu, gunalah kaedah perancangan keluarga yang disarankan doktor.
Janganlah seksa emosi anak di dalam kandungan kerana ramai lagi wanita yang tidak berpeluang hamil menantikan saat menikmati gerakan comel dari dalam perut.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Obses untuk cantik dan putih memang lumrah sesetengah wanita, malah ada yang sanggup berhabis duit untuk memastikan diri kelihatan putih dengan mengambil pelbagai jenis ubat-ubatan serta suplemen.
Namun tak semua produk kecantikan serta suplemen kesihatan yang sesuai buat ibu hamil. Menurut perkongsian doktor, kesan pengambilan produk kecantikan yang tidak sesuai boleh memberi kesan tidak baik pada kesihatan janin.
Menerusi perkongsian daripada salah seorang pengguna TikTok, dia merupakan pengguna produk pemutih kerana obses untuk melahirkan bayi putih malangnya bayi yang dikandung disahkan abnormal.
“Saya pregnant 4 bulan start ambil produk pemutih, katanya selamat untuk yang mengandung. Boleh jadi baby turut putih. 7 bulan scan baby stop develop dan abnormal”
Tambah Dr. Nurul, dulu kerap kali dia berkongsi tentang bahayanya produk-produk tersebut namun mendapat kecaman ramai.
“Dulu selalu educated pasal jamu, produk pemutih, pil kurus dan lain-lain tapi ada seller siap cakap kami doktor ni ada penyakit hati. Ruang komen penuh dengan komen negatif dan kecaman.”
Dalam perkongsian lain Dr Mutmainah di TikTok, dia menunjukkan video imbasan dinding rahim pesakit wanita yang bermasalah. Punca masalah akibat pengambilan suplemen menurunkan berat badan serta pemutih kulit. Pesakit ini turut mengalami masalah lain seperti haid tak teratur dan pertumbuhan fibroid.
“Pregnant atau tak memang kami sebagai doktor tak nasihatkan pesakit untuk ambil produk pelik-pelik”
Melalui ruangan komen, rata-rata warga maya berkongsi pendapat serta pengalaman kenapa bahayanya produk pemutih, pil kurus.
Berikut adalah beberapa bahan dalam produk perawatan wajah yang sebaik-baiknya dihindari ibu hamil:
1. Retinol
Produk kecantikan atau rawatan wajah yang mengandungi retinol atau retin-A dan retinyl palmitate sepatutnya dielakkan. Vitamin A memang penting untuk perkembangan janin namun dos tertentu boleh menyebabkan kelahiran cacat dan keracunan hati.
2. Benzoyl peroxide
Ibu hamil perlu berwaspada kerana produk masalah jerawat kebanyakannya mengandungi benzoyl peroxide yang boleh membahayakan janin.
Selalunya, doktor akan memberi nasihat agar mengelak daripada menggunakan sebarang produk yang mengandungi bahan itu sepanjang tempoh kehamilan.
3. Minyak terapi
Minyak terapi sering digunakan sebagai cara untuk menenangkan diri tetapi ia sebenarnya boleh mendatangkan bahaya kepada ibu mengandung.
Contohnya, tea tree oil boleh menjadi racun sekiranya tertelan atau rosemary oil yang boleh meningkatkan tekanan darah atau memicu kontraksi. Sebaiknya dapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan sebarang minyak terapi.
4. Salicylic acid
Kandungan lain dalam produk perawatan yang juga berbahaya adalah salicylic acid biasanya ada pada produk membersihkan wajah. Sebaiknya saat hamil, cari pembersih wajah yang benar-benar mengandungi bahan selamat.
5. Hydroquinone
Hydroquinone biasanya bahan digunakan dalam produk mencerahkan kulit. Wanita yang mengalami kulit kusam ketika mengandung sebaik-baiknya elak menggunakan produk pemutihan kulit.
Ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada janin. Ini termasuklah jika ingin melakukan facial atau memakai mask.
Seorang lagi selebriti dan juga pelakon berkongsi berita gembira mengenai kelahiran cahaya mata sulung yang ditunggu-tunggu. Erynne Erynna, pelakon filem Congkak melalui entry terbarunya di Instagram memuat naik gambar bayi perempuan yang baru dilahirkan kelmarin.
Erynne atau nama sebenarnya Syazlynne Erynne Abdullah turut juga berkongsi nama bayinya yang dilahirkan pada 9 Ogos pada jam 2.31pagi.
Pelakon ini juga turut menzahirkan rasa syukur kepada Allah dengan kurniaan yang sangat berharga itu.
Malah dia juga turut memuji kebesaran Allah SWT dengan menyatakan bahawa proses bersalin itu adalah sesuatu yang magis, hebat, menggembirakan dan juga menyakitkan.
Erynne juga turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan ucapan dan doa buat dirinya.
“Alhamdulillah, syukur segala puji bagi Allah. I am beyond grateful for everything.
“Medinah, was born on the 9th of August 2020 at 2:31am.
“Subhan’Allah, it was indeed the most magical, wonderful, happiest and extremely painful but bearable day in my life ( that I won’t lie about )
“And thank you so much everyone for all your kind doa’s and wishes, i am truly blessed,” tulisnya.
Erynne dan suami, Afify Sazali telah mendirikan rumah tanggap pada April 2019. Erynne sering memuat naik perkembangan kehamilannya di akaun media sosial miliknya.
Sumber: Media Hiburan & IG Erynne Erynna
Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setelah dua bulan berumahtangga, bahagiannya makin dirasai buat pasangan ini. Fasha Sandha akhirnya kini berbadan dua.
Lebih manis lagi apabila aktres ini memberikan kejutan kepada suaminya, aktor Aidil Aziz dalam satu sesi fotografi. Sebuah penguji kehamilan dibalut di dalam kertas bercatit nota cinta dari Fasha.
Kandungan pertama bagi pasangan ini dijangka akan dilahirkan pada 2 Februari 2020. Aidil berkongsi video tersebut di Instagram menyaksikan wajahnya yang terkejut dan sebak tatkala menyambut berita gembira itu.
itsaidilaziz Surat cinta daripada isteriku pagi tadi. Terima kasih isteri . Due date doktor kira sepatutnya 2 Feb 2020, ni kes terlebih pening atau terlebih excited kot sampai salah tulis ?harap2 baby keluar masa kita punya anniversary dating 11 Feb ???
Dalam laporan Harian Metro, Fasha memberitahu kandungannya baru berusia tiga minggu dan belum berkesempatan bertemu doktor untuk pemeriksaan lanjut.
SERING MUNTAH & KITARAN HAID LEWAT
Ibu kepada Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima ini mengakui dia berasakan perubahan pada dirinya sudah mengandung apabila kebelakangan ini sering muntah.
Menurutnya, ketika itu dia terfikir mungkin tersalah makan, bagaimanapun kitaran haid lewat membuatkannya mengesyaki sedang berbadan dua.
“Perasaan semakin kuat mengatakan saya mengandung apabila pagi tadi berasa tidak sedap badan.
MEMBUAT UJIAN SEBELUM KE STUDIO
Ia adalah sebenar-benar kejutan buat Fasha, apatah lagi buat Aidil. Kata Fasha ujian kehamilan dilakukannya hanya sejurus sebelum berangkat ke studio untuk sesi fotografi berkenaan.
“Sebelum datang ke studio fotografi saya terus melakukan ujian menggunakan alat ujian kehamilan dan Alhamdulillah positif,” kata Fasha.
SYUKUR HAJAT MILIKI ANAK CEPAT DIMAKBULKAN
Aktres jelita ini juga memanjatkan kesyukuran dan tidak sangka hajat Aidil untuk memiliki cahaya cepat dimakbulkan.
“Cuma, saya tidak mahu komen banyak sangat mengenai kehamilan ini kerana masih di peringkat awal. Apapun saya bersyukur kerana hajat Aidil untuk cepat dapat anak termakbul,” katanya.
AIDIL GEMBIRA, MOHON KANDUNGAN & ISTERI SIHAT
Sementara itu, Aidil tidak menafikan perasaan teruja dan gembiranya. Dia bagaimana pun tidak mahu bercerita lanjut memandangkan usia kandungan masih kecil.
“Saya sangat gembira, tetapi dalam waktu sama tidak mahu bercerita lanjut kerana usia kandungan masih baru. Selalunya perkara seperti ini dikongsi selepas usia kandungan berusia tiga bulan.
“Kepada peminat saya mengharapkan mereka mendoakan perkara yang baik supaya kandungan dan isteri sihat serta selamat sepanjang proses mengandung ini,” katanya pelakon ini.
Keputusan untuk memiliki anak bukanlah sesuatu yang mudah bagi kebanyakan pasangan hari ini. Selain perlu bersedia dari segi emosi dan fizikal, ibu bapa turut memikirkan kos sara hidup, penjagaan anak, kestabilan pekerjaan serta kemampuan untuk membesarkan keluarga dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar.