Bomba Tolong Jagakan Bayi Kembar. Ibu Maut, Bapa Parah Kemalangan Dekat RnR

Share

Tinggalkan lima anak termasuk anak kembar, luluh hati bila mengenangkan anak-anak kecil ini kehilangan ibu tersayang dalam kejadian menyayat hati yang berlaku awal pagi Isnin berdekatan kawasan rehat dan rawat (RnR).

Memetik laporan Sinar Harian, seorang wanita maut, selepas kereta yang dinaiki bersama enam ahli keluarganya merempuh belakang sebuah treler berhampiran kawasan rehat dan rawat (RnR) Restoran Jejantas Sungai Buloh, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), di sini, pada Isnin.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, seramai lapan anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 6.10 pagi.

“Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Honda Accord yang dinaiki tujuh sekeluarga telah melanggar bahagian belakang sebuah treler,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Norazam berkata, kemalangan itu mengakibatkan seorang wanita berusia 38 tahun tersepit di tempat duduk penumpang hadapan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

BACA JUGA:

[“Ayah Minta Maaf, Minta Maaf..” Lelaki Sebak Anak, isteri & Ibu Bapa Pergi Serentak]

[Tak Sempat lihat Wajah Anak, Isteri Minta Edit Gambar Arwah Suami Buat Tatapan Anak]

Kredit: Bomba

“Suami mangsa berusia 50 tahun dan anak perempuan mereka berusia 11 tahun dilaporkan parah, manakala empat lagi anak mereka termasuk bayi lelaki kembar berusia antara lapan tahun hingga lapan bulan dilaporkan cedera dalam kemalangan tersebut.

“Kesemua mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut,” katanya.

Kredit: Sinar Harian 

Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera di sini https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

IKLAN