Tahukah anda perhubungan yang rapat antara ayah dan anak boleh dibina dengan hanya menukar lampin anak sejak hari pertama anak lahir?
3 tahun pertama kehidupan seorang anak adalah waktu kritikal di mana ‘attachment’ sangat diperlukan.
‘Attachment’ inilah yang akan membina rasa percaya (trust) dan hubungan yang rapat (connection) yang berpanjangan (insya Allah) antara ayah/ibu dan bayi.
Ketika 3 tahun pertama, anak memerlukan lebih kurang 5000 kali pertukaran lampin. Jika seorang ayah menukar lampin hanya 20% kali sekalipun, itu sudah memberi 1000 peluang untuk ayah ‘bond’ dan berinteraksi dengan anak.
Ads
Ayah perlu mencuba pelbagai cara untuk mendapatkan perhatian bayi untuk menukar lampinnya dan bayi pula selalunya terhibur dengan gurauan ayah ketika berinteraksi.
Interaksi yang dibina dari peringkat awal inilah juga yang menjadikan tugas mendisiplinkan anak lebih mudah kerana ‘connection’ telah pun terbina.
Ads
Jika menukar lampin pun tidak mahu dilakukan, bagaimana ayah hendak memainkan peranan sebagai pembimbing tingkah laku anak?
Mungkin ada rata-rata ibu bapa yang masih keliru dan tidak tahu di mana tempat terbaik untuk menyimpan duit raya anak-anak dan apa manfaat yang bakal diperolehi daripada menyimpan di sesuatu institusi kewangan.
Usahawan, Fynn Jamal berkongsi beberapa informasi berkenaan tempat simpanan wang anak-anak memandangkan bulan syawal sudah tamat. Boleh lah ibu bapa membuat pilihan yang tepat di mana mahu menyimpan duit raya anak-anak.
Sering kita dengar, ibu mertua tidak suka dengan pilihan anaknya. Malah ada juga menantu yang tidak berusaha untuk berbaik dengan ibu mertua. Kesannya timbul persengketaan dalam kekeluargaan. Cucu juga akan terkesan, kasih sayang mereka kurang dan boleh meninggalkan kesan negatif dalam perasaan mereka. Ibu rose berkongsi sebuah penulisan untuk semua.
Sesuatu yang Ibu belajar dari University of Life mengenai satu perkara ini, maaf ya sekiranya bila membawa perkara ini kehadapan boleh menimbulkan rasa marah pada segelintir manusia. Namun, rasanya peringatan ini perlu disampaikan.
Wahai ibu-ibu dan bapa-bapa mertua, janganlah membenci pasangan anak-anak mu. Walaupun mereka bukan pilihan hati mu, mereka adalah jodoh anak-anakmu.
Jika kamu membenci mereka terlalu sangat dan berusaha memisahkan mereka dengan segala macam usaha yang mencederakan fizikal, emosi dan mental, ianya akan hanya mencederakan dirimu di dunia dan di akhirat.
Adalah lebih mudah untuk hidup kita di dunia ini dan di akhirat nanti serta hidup mereka dan keluarga mereka, bila segala tenaga itu kita alihkan untuk mengindahkan pertalian kita dengan mereka. Anak kita juga akan selesa dan tidak berserabut.
Cucu-cucu kita juga akan merasakan kasih-sayang kita. Menantu kita juga akan lebih menghormati kita.
Kebencian boleh membawa kepada banyak kesan negatif pada bukan hanya pada menantu yang tidak disukai, tetapi kepada anak-anak yang bakal dilahirkan dari zuriat itu. Bagi para menantu yang tidak mempunyai perhubungan baik dengan mertua dan sering disakiti perasaan, banyak-banyakkanlah mengalah dan berdoa agar Allah menurunkan perasaan ehsan ke dalam diri mertua.
Elakkanlah mengeruhkan lagi keadaan dengan menghasut pasangan. Ingatlah sebelum dia itu menjadi pasangan kita, dia adalah anak mereka. Banyak masa, tenaga, airmata dalam membesarkan dan mendidik pasangan kita itu. Tentunya di situ perlu kita menghargai.
Belajarlah mengambil hati walaupun ianya sukar.
Ibu telah melihat terlalu banyak kesan negatif kepada anak-anak yang dilahirkan dalam persengkataan diantara menantu dan mertua. Kasihan sungguh kepada anak-anak itu. Kita perlu sedar diri, setinggi mana pun ego, pangkat dan hebatnya keturunan kita, akan tiba masanya kita akan dikapankan dan masuk ke liang lahad.
Ya Allah dikau lembutkanlah hati kami dan isikannya dengan perasaan kasih-sayang kepada sesama manusia kerana MU.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nama Intan Liana, 33, tiba-tiba menjadi popular. Ibu anak dua ini sendiri tak menduga hidupnya berubah 360 darjah.
Bukan mudah menggalas tanggungjawab bergelar ibu tunggal kepada dua orang anak yang masih kecil. Arish Muqri, 3, serta Ariq Muqri, 1 mungkin tidak faham lagi apa yang berlaku ke atas ibu mereka.
Namun kedua nyawa itulah menjadi kekuatan Intan mengharungi segala susah senang hidup bersendirian selain keluarga yang tak pernah putus memberi bantuan dan sokongan.
Kadangkala bila mengenang kembali apa yang terjadi ke atas diri sendiri, hatinya boleh jadi rapuh dan mudah menangis.
Menerima pelbagai tawaran sebagai model muslimah untuk koleksi tudung dan pakaian beberapa jenama terkenal seperti Datuk Seri Aliff Syukri dan pakaian raya jenama AshhAnnas membuatkan ibu muda ini perlu membawa bersama anak-anaknya ke lokasi shooting atau kerja.
Oleh kerana sebelum ini dia adalah suri rumah tangga sepenuh masa yang menguruskan anak-anak maka apabila terpaksa bekerja semula, Intan akan bawa anak-anak bersama apatah lagi si kecil masih lagi menyusu badan.
Bagaimanapun Intan bersyukur kerana kakaknya setia menemaninya setiap kali dia ada tugas shooting atau menghadiri sebarang acara. Kakaknya yang akan menguruskan anak-anak Intan semasa dia sibuk menjalankan tugasnya.
Siapa sangka kebahagiaan rumah tangga hanya dapat dikecapi 5 tahun sahaja. Walaupun melalui ujian yang amat berat, Intan reda dan bersyukur kerana banyak hikmah yang diperoleh selepas peristiwa pahit diceraikan suami.
Selain ahli keluarga, sokongan daripada para netizen yang tak jemu memberi sokongan dan kata-kata semangat turut memberi kekuatan kepadanya untuk bekerja dengan lebih kuat demi anak-anak tersayang.
Ade benda yg nak dishare tapi jadi salah. Baiklah diam. Rezeki sekarang rezeki begini. Akan datang kita tak tahu. Jalan cerita bukan yang kita minta. Yang pasti hidup mesti diteruskan dan cuba untuk melangkah. InsyaAllah akan terus berusaha. Tq!! Bonda sayang nyawa bonda. Arish Muqri Ariq Muqri
Bukan mudah hendak memuaskan hati semua orang, Intan yang melalui dugaan perceraian turut tidak menduga pintu rezekinya terbuka luas selepas diuji.
Dia bersyukur dengan rezeki yang diterimanya hari ini dan percaya semuanya atas izin Allah. Di masa akan datang dia sendiri tak tahu bagaimana pula rezekinya.
Jadi buat masa sekarang Intan ingin terus kuat melangkah dan berusaha mencari duit untuk diri sendiri dan anak-anaknya.