Brokoli, Lobak Merah Dan Kentang, Sayur Terbaik Untuk Jadikan Finger Food Anak, Mudah!

Share

Resipi Jejari Keledek, Labu dan sebagainya sememangnya cukup popular bagi semua ibu dalam menyediakan finger food pada anak. Namun jika ibu malas hendak sediakan resipi secara berasingan, apa kata ibu gabungkan kesemuanya sekali dalam satu adunan. Idea Puan Shahidatul Nabila ini boleh mama cuba. Khasiat lagi berganda.

Bukan hanya brokoli bahkan lobak merah dan kentang masing-masing mempunyai khasiat yang baik buat anak-anak kita. Jadi jom cuba.

Mikayla love to hold the spoon to feed herself now. So i think it is the right time to introduce her finger food. I choose to make soft finger food for her and to please her gurgling gourmet.

Since I couldn’t find organic version breadcrumbs, so i think better next time buat breadcrumbs sendiri jela.. hari ni kita beli yang emergency version.

Bahan-bahan:
Brokoli
Lobak merah
Kentang
Mild Cheddar Cheese
Telur
Serbuk ikan bilis homemade
Breadcrumbs
Unsalted Butter

Stimkan semua sayur-sayuran. Letakkan dalam bekas berasingan.

 

Tambahkan dengan unsalted butter, Cheddar cheese dan sedikit serbuk ikan bilis untuk perasa. Kacau sebati dan hancurkan hingga halus.

Masukkan telur dan juga serbuk roti. Kacau adunan sebati dan bentukkan ikut kesukaan mommy.

Celupkan dalam telur dan golek di atas serbuk roti hingga rata.

Masukkan dalam plastik atau bekas dan biarkan dalam peti sejuk selama 30 minit. Goreng hingga kekuningan.

IKLAN