Brownies Raya 5 Bahan! Guna Sukatan Cawan, Gerenti Dapat Kedut Atasnya

Share

Raya dah dekat selain biskut raya, kek juga antara yang menjadi pilihan untuk dihidangkan atas meja. Bagi yang ada masa apa salahnya sediakan menu air tangan sendiri. Setakat resipi yang simple rasanya ramai boleh buat.

Bagi yang nak mencuba buat brownies raya, resipi Cikgu Azlina Ina ini terlajak mudah. Semuanya guna sukatan cawan sahaja dan tak perlu nak timbang bahan satu-satu. Nak tahu caranya jom tengok.

Brownies Raya

Bahan-bahan:

125g butter (senang 1 butter potong 2)
1 blok 1/2 coklat beryls (pilih dark) dalam 1 plastik 1kg ada 4 bar kan so ambik 1 bar 1/2 sahaja. Cairkan

3 biji telur
1/2 cawan gula perang ( tak nak manis kalau suka manis letak 1 cawan) – kacau

Masuk coklat yang kita cairkan tadi dalam bekas yang ada telur dan gula tadi. Kacau (masa masuk ni coklat mesti panas-panas)

Akhir sekali masukkan 3/4 cawan tepung self rising, kacau sebati. Ya Allah senang sangat. Kalau cara ni pun tak boleh ikut sengaja la kan.

Ok lapik loyang 8×8 dengan baking paper wajib lebih kan kiri kanan dia. Tuang adunan, panaskan sekejap oven set suhu 140-150 api atas bawah bakar 50minit-1 jam ikut kepanasan oven masing-masing ya.

Wahhh brownies raya dah siap. Mudah sangat diharap semua berani cuba ya.

Tak cuba tak tahu kan! Jadi wajib buat dulu. Mana tahu lepas raya jadi sumber pendapatan sampingan untuk ibu suri rumah. Mak doakan semua berjaya buat brownies sendiri dan puas hati makan seisi keluarga.

Kredit: Azlina Ina Fans

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN