Pelakon Zalif Sidek kini bergelar bapa selepas isterinya, Anis Marzuki selamat melahirkan seorang cahaya mata sulung.
Menerusi hantaran di Instagram, pelakon filem Papa I Love You itu ada memuat naik hantaran dengan memaklumkan dia bersyukur isteri dan bayi perempuan selamat dan sihat.
“Baby girl, terima kasih yang mendoakan kami. Tunggu gambar ok!,” titip Zalif.
“Alhamdulillah, bayi perempuan seberat 3.2 kilogram selamat dilahirkan pada jam 9.15 malam tadi.
Ads
Dalam pada itu,menurit laporan Berita Harian, Zalif memberitahu pada mulanya isteri memang nak lahirkan secara normal. Memandangkan kami sudah menunggu selama 13 jam dan saiz bukaan agak kecil iaitu 4 sentimeter, kami akhirnya memutuskan untuk dibedah.
Rakan artis dan peminat masing-masing mengucapkan tahniah dan menitipkan doa buat puteri sulung Zalif.
Sementara itu, isteri Zalif, menerusi Insta Story turut memaklumkan kelahiran anak mereka dan berkongsi sedikit gambar bayi.
Ads
“ALHAMDULILLAH IT’S A GIRL. 3.27KG AND SUPER HEALTHY,” tulis Anis.
Anis juga turut meletakkan kapsyen pada gambar tersebut dengan menulis buah hati mummy daddy.
Kalau lihat pada gambar itu, merah sungguh bibir puteri sulung Zalif dan Anis. Tahniah diucapkan buat Zalif dan isteri.
Ads
Zalif, 38, dan Anis,26, berkahwin pada 26 Februari 2022 selepas mengikat tali pertunangan pada Ogos 2021.
Anak asyik demam, batuk tak habis-habis? Kadang kita fikir punca dari cuaca atau sekolah, tapi tak terlintas yang punca sebenar mungkin datang dari dapur sendiri. Setiap kali kita panaskan minyak berulang kali, sebenarnya terbentuk bahan toksik yang perlahan-lahan boleh ganggu imun badan.
Tidak dinafikan, kod minyak masak seperti CP6, CP8 dan CP10 menentukan tahap kestabilan dan keselamatan minyak bila dipanaskan. Kalau salah pilih, apa yang masuk ke perut anak bukan sekadar makanan tapi juga bahan yang boleh rosakkan sel badan mereka tanpa kita sedar.
Pastinya sebagai ibu ayah, anak dari kecil lagi kita dah jaga makan minum, tapi ramai terlepas pandang tentang kod minyak masak yang digunakan setiap hari di dapur. Walaupun nampak sama je bila dipanaskan semula, hakikatnya setiap kali minyak digunakan berulang kali, ia berubah jadi “racun perlahan” untuk badan.
Minyak yang dah digunakan banyak kali boleh hasilkan radikal bebas dan lemak trans — dua punca utama kepada risiko kanser, kolesterol tinggi dan masalah jantung. Sebab tu penting untuk kita faham dan kenal kod minyak masak supaya tahu mana yang selamat untuk anak dan suami.
Ramai yang tak sedar setiap botol minyak masak sebenarnya ada kod minyak tersendiri. Kod ini menentukan tahap kualiti dan kesihatan minyak tersebut. Walaupun nampak serupa bila digoreng, sebenarnya ada beza besar antara CP5, CP6, CP7, CP8 dan CP10. Kalau tersilap pilih, makanan bukan saja cepat rosak atau menyerap minyak berlebihan, malah boleh jadi punca radikal bebas dan kolesterol tinggi.
CP5 – Minyak sawit dengan tahap kehalusan sederhana. Kandungan asid lemak bebas (FFA) sekitar 0.1 – 0.25%, lebih sihat daripada CP6 dan yang seterusnya.
CP6 – Minyak “premium” dan antara kod minyak masak paling berkualiti. Kaya Vitamin E & tocotrienols, kurang berbuih, makanan rasa lebih segar. Sesuai untuk salad dressing atau masakan suhu rendah.
CP7 – Kandungan asid lemak lebih tinggi sedikit. Minyak cepat berbuih dan makanan cepat serap minyak. Sesuai untuk gorengan biasa.
CP8 – Cepat berbuih dan mudah jadi hitam. Tak boleh digunakan berulang kali. Jika minyak sudah tukar warna, terus buang.
CP10 – Biasanya minyak paket murah (gred rendah). Cepat berkeladak, senang rosak, dan tidak sesuai digunakan lama.
Menurut perkongsian di laman Facebook Sazly Tulih Page, CP bermaksud Carotene Palm Olein minyak sawit yang ditapis (refined), diputihkan (bleached) dan dinyahbau (deodorized). Nombor 6 atau 8 menunjukkan Cloud Point, iaitu suhu di mana minyak mula jadi keruh atau beku bila disejukkan.
CP6: Lebih rendah (±6°C), tahan keruh di suhu sejuk. Sesuai untuk negara beriklim sejuk seperti Eropah, Jepun, atau China Utara.
CP8: Lebih tinggi (±8°C), cepat keruh pada suhu bawah 8°C. Sesuai untuk negara tropika seperti Malaysia, Indonesia dan Afrika.
Kedua-dua kod minyak masak CP6 dan CP8 hampir sama dari segi rasa dan bau, bezanya pada kestabilan ketika disimpan di suhu sejuk.
CP6 sedikit mahal berbanding CP8 kerana proses pemurnian untuk menurunkan cloud point lebih kompleks.
CP6 lebih sesuai untuk eksport ke negara sejuk supaya minyak tidak cepat beku dalam botol. CP8 pula digunakan secara meluas di negara panas kerana lebih murah dan stabil dalam suhu tinggi.
Menurut laporan Berita Harian, Ketua Unit Kesihatan Awam Hospital Pengajar UPM, Dr Suhainizam Muhammad Saliluddin menjelaskan bahawa minyak masak yang dipanaskan berulang kali boleh meningkatkan risiko kesihatan.
Apabila minyak dipanaskan berulang kali pada suhu 160–190°C, tindak balas kimia menghasilkan radikal bebas yang boleh merosakkan sel tubuh. Kerosakan ini boleh membawa kepada pelbagai penyakit kronik.
Menurut Dr Suhainizam, minyak masak hanya boleh digunakan maksimum tiga kali sahaja. Selepas itu ia tidak lagi selamat. Pengguna boleh melihat tanda-tanda minyak tidak sesuai digunakan seperti warna gelap, bau tengik, tekstur lebih pekat, cepat berasap, dan banyak serdak makanan.
Kalau nak jaga kesihatan keluarga, pilih minyak ikut kod minyak masak bukan harga semata-mata. Anak dan suami makan hasil dari dapur kita jadi pastikan minyak yang digunakan betul-betul selamat dan berkualiti.
Rengat lepas bersalin, siapa yang pernah rasa? Sakitnya memang tidak dapat digambarkan. Ikuti penerangan doktor ini.
Bagi ibu yang baru bersalin, rengat akan menjadi mimpi ngeri. Kesakitan pada bahagian ari-ari selepas bersalin ini tidak dapat digambarkan, hanya yang pernah menghadapinya akan tahu.
Rengat akan berlaku kepada ibu selepas melahirkan, tidak kira secara normal atau pembedahan. Malah ada ibu yang menyamakan rengat dengan kontraksi bersalin dan mengatakan lebih dari itu bagi menggambarkan tahap kesakitan teramat sangat yang dialami.
Menurut Dr Afiq Rahim, sakit rengat ini juga perlu diketahui oleh para suami bagi membantu dan memahami isteri yang sedang mengalaminya.
SAKIT RENGAT. DERITA SELEPAS BERSALIN BUAT SI IBU
Mungkin ada yang pertama kali mendengarnya terutama kaum Adam.
Ketahuilah, ilmu ini barangkali boleh membantu kamu saat isterimu butuh pertolonganmu selepas bersalin.
Sakit Rengat atau bahasa Mat Don ‘AFTER BIRTH PAIN” adalah sakit menyerupai senggugut selepas bersalin. Ada pihak mengatakan sakit ini lebih kuat daripada sakit kontraksi semasa hendak bersalin.
Ini adalah antara proses pengecutan rahim kepada saiz dan posisi asalnya.
RENGAT BERLIPAT KALI GANDA SEMASA MENYUSU
Kesakitannya akan diamplifikasikan berlipat kali ganda apabila penyusuan ibu dilakukan sehingga ada ibu yang tewas melawan sakit ini.
Mengapa pula?
Penyusuan ibu merangsang penghasilan hormon oxytocin, hormon yang diperlukan si ibu untuk mengecutkan rahimnya segera.
Rahim yang lambat mengecut boleh menyebabkan berlaku TUMPAH DARAH seperti yang berlaku kepada pesakit saya semasa banjir 2014 (nak tahu kisah ibu tersebut, bolehlah dapatkan senaskah buku saya “I NEED A HELICOPTER, MY PATIENT IS DYING”)
RENGAT BANYAK BERLAKU SELEPAS KELAHIRAN ANAK KEDUA & KE ATAS
Biasanya sakit rengat ini hanya berlaku pada anak kedua dan ke atas dan jarang berlaku kepada ibu yang baru pertama kali menimang cahaya mata.
Durasi kesakitan pula sekitar 2-10 hari bergantung kepada keadaan.
Akan tetapi kebanyakkan ibu yang pernah melalui mengatakan durasinya bergantung kepada bilangan anak. Semakin banyak anak, semakin lama sakitnya.
4 TIP HILANGKAN KESAKITAN RENGAT
Ada kajian di PubMed yang menunjukkan assosiasi stress dan depresi kepada ibu yang kesakitannya gagal diuruskan dengan baik selepas bersalin.
Jadi penting menguruskan kesakitan ibu selepas bersalin dengan baik!
#1. UBAT PENAHAN SAKIT
Pilihan terbaik adalah penggunaan ubat penahan sakit NSAID yang telah terbukti secara kajian memang berkesan. Gabungannya dengan Ubat Paracetamol juga dilihat berkesan.
#2. TEKNIK PERNAFASAN
Teknik pernafasan atau hipnosis juga dapat membantu mengawal kesakitan.
#3. MENGOSONGKAN PUNDI KENCING
Antara tips lain adalah sentiasa membuang air kecil untuk mengosongkan pundi kencing. Pundi kencing yang penuh antara punca menaikkan tahap sakit rengat selepas bersalin.
#4. TUNGKU ATAU LOSYEN PANAS
Petua tradisional juga boleh diamalkan seperti meletak tungku / batu panas ke atas rahim / losyen panas untuk mengurangkan sakit dan mempercepatkan proses pengecutan mengikut kadar yang disarankan sahaja dan tidak berlebihan.
Bagi yang bersalin secara pembedahan, perlulah mendapat nasihat doktor terlebih dahulu. Dibimbangi rawatan yang tanpa kajian boleh mengganggu penyembuhan luka dalaman.
Paling penting si ibu dan pasangannya perlu bersabar dan menguatkan semangat untuk melalui ujian ini.
Saya dan isteri juga baru menempuh episod baru seperti ini. Memang sakit yang teramat. Kasihan melihat isteri mengerang sakit rengat.
Jadi saya berharap artikel ini dapat membantu para ibu dan pasangannya untuk bersedia menghadapi saat tersebut.
Kehadiran suami disisi sepanjang proses kelahiran anak sulung memberikan kesan positif kepada Dr Julia Nabilah Junid. Ikuti pengalamannya.
Anak sulung penerbit & pelakon Puan Sri Dato’ Ziela Jalil, Dr. Puteri Julia Nabilah Megat Junid menceritakan pengalamannya bersama suami saat menyambut kelahiran bayi sulung mereka.
Posting tersebut ialah sempena ulang tahun perkahwinannya yang pertama. Dr Dziya Faqhran Mahmod Fauzi bukan sahaja bersama-sama mengharungi proses kelahiran malah turut membantu Dr Julia menyusukan bayi mereka kerana ketika itu dia masih terkesan dengan bius. Malah suaminya turut membantu sepanjang proses selepas bersalin.
Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 1 Julai 2018 selamat menyambut kehadiran cahaya mata sulung yang dinamakan Tun Alayna Zeeya.
“Fast forward to the night of 13 June 2019, and we were in the labour room, he was there holding my hand as i breathed through each contraction, to stroke my head, to tell me that it will all be over soon.
“Alayna, you are so blessed to have a father who loves you unconditionally, and i have been blessed with a husband who i have witnessed grow to be more extraordinary each day.
Pa&Ma kini kembali untuk musim kelima, dengan topik ‘Beri Masa Kepada Perkembangan Anak” bersama pengacara anda Scha & Awal, Setiap Rabu jam 9 malam hanya disaluran Astro Prima (ch 105) , Prima HD (ch 121) dan Astro Go (apps).
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...