Persoalan sebegini sering kita dengar daripada pertanyaan ibu-ibu mengenai pengambilan gula pada anak di bawah usia dua tahun. Hakikatnya buah sememangnya teramat manis malah mempunyai kandungan gula yang agak tinggi. Jadi mengapa buah boleh diberikan buat anak-anak kita?

Jangan berasa curiga kerana buah adalah gula semulajadi yang masih sihat untuk dibekalkan kepada anak-anak di bawah usia 2 tahun.

Buah Pun Sama Manis, Kenapa Gula Tak Boleh Tapi Buah Boleh Untuk Bayi Bawah 2 tahun!

Menurut Puan Fizah Sobri, Pegawai Dietetik daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, memperkenalkan makanan manis dengan kadar gula yang tinggi hanya akan membuatkan anak menjadi seorang picky eater atau moody eater. Jadi hati-hati.

Ada yang tak puas hati saya kata elakkan letak garam dan gula tambahan tapi buah boleh pulak, ikan bilis boleh pulak..hmmm. Ok saya kena bebel panjang sikit.

Buah Pun Sama Manis, Kenapa Gula Tak Boleh Tapi Buah Boleh Untuk Bayi Bawah 2 tahun!

Gula ada 4 adik beradik
1. Gula putih (sucrose)
2. Gula susu (lactose)
3. Gula buah (fructose)
4. Gula malt (maltose)

IKLAN

Dua daripadanya hadir secara semulajadi. Anak anak kecil bawah 3 tahun hanya memerlukan 900-980 kcal saja sehari tak perlu banyak pun.

Buah Pun Sama Manis, Kenapa Gula Tak Boleh Tapi Buah Boleh Untuk Bayi Bawah 2 tahun!

Jangan perkenalkan anak makanan manis

Anak anak yang kecil tak reti apa itu rasa manis, masin, masam sehingga kita sebagai ibu bapa yang kenalkan. Anak juga tidak akan biasa dengan sesuatu rasa sehingga kita kerap kenalkan dalam menu.

Pernah anda membandingkan manis buah dan manis gula macam mana?
Di lidah kita juga sudah ada perbezaan rasa tahap kemanisan apatah lagi kepada lidah anak yang jauh lebih sensitif dari kita. Sudah mencukupi sekadar bagi sumber gula dari buah dan susu. Tak perlu lebih lebih datang dari sumber gula tambahan.

IKLAN

Buah Pun Sama Manis, Kenapa Gula Tak Boleh Tapi Buah Boleh Untuk Bayi Bawah 2 tahun!

Plus kerap pemberian makanan minuman manis akan train anak untuk suka kepada benda manis dan menjadi dia seorang picky eater/moody eater. Kalau takde benda manis atau gula dalam masakan tak nak makan.

Ini secara tak langsung akan membuat anak tolak makanan tawar seperti sayur, nasi sebab tak ‘manis’.

IKLAN

 

Buah Pun Sama Manis, Kenapa Gula Tak Boleh Tapi Buah Boleh Untuk Bayi Bawah 2 tahun!

Antara amalan amalan lain yang secara tak sedar boleh menyebabkan anak memilih makanan
1. Letak buah dalam puree/bubur nasi
2. Kerap memberi jus buah
3. Kerap memberi susu berperisa (coklat,madu,strawberry dan sebagainya)
4. Kerap memberi snek berperisa seperti biskut berperisa/berkrim.

Buah Pun Sama Manis, Kenapa Gula Tak Boleh Tapi Buah Boleh Untuk Bayi Bawah 2 tahun!

Bagi anak anak bawah 1 tahun elak tambah gula dan garam. Bagi anak anak bawah 2 tahun elaklah semampunya. Jika luar makan di rumah cuba tak letak. Sihat untuk dia dan sihat untuk kita.

Buah Pun Sama Manis, Kenapa Gula Tak Boleh Tapi Buah Boleh Untuk Bayi Bawah 2 tahun!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI