Pelakon dan pengacara popular, Che Puan Sarimah Ibrahim mendedahkan berat badannya kini sudah pun turun sehingga 8 kilogram (kg) selepas 15 hari berpantang.
Sarimah berkata, dia bersyukur kerana tubuhnya kini semakin sihat setelah menjalani proses berpantang dengan bertungku, berurut dan sauna.
Sarimah berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya dan memuat naik foto terbaharunya.
Ads
Sementara itu, Sarimah memberitahu dia kini masih menyusukan anaknya dan akan kembali bersenam selepas berpantang.
“Masih menyusu badan, ada masa susah untuk memenuhi keperluan Sofia, so kena express banyak-banyak. Jadi perasaannya gembira, menangis, gembira, menangis (normal, hormon lah tu)
Ads
“Perut saya dah flat dan lembut. Selepas berpantang akan terus workout like crazy” katanya lagi.
Rata-rata turut memuji Sarimah kerana agak cepat menurunkan berat badannya selepas melahirkan puteri sulungnya pada 17 Julai lalu.
Sarimah selamat bernikah dengan cucu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau Tunku Jamie pada 2 April 2015.
Wanita yang pertama kali hamil dan bakal bersalin sudah pasti tidak dapat membayangkan rasa sebenar sakit bersalin. Kebanyakan wanita yang sudah ada pengalaman melahirkan anak secara normal, rata-ratanya menyatakan sakit menahan kontraksi sebelum tiba masa mengeluarkan bayi.
Selain wanita itu sendiri bersedia daripada segi mental, suaminya juga perlu mengetahui serba sedikit informasi tentang kontraksi yang bakal dialami oleh si isteri. Dengan yang demikian, dapatlah sang suami memainkan peranan membantu isteRi melegakan dan mengurangkan kesakitan yang dialami.
Sakit faraj
Bila memasuki fasa aktif proses kelahiran, serviks akan meregang secara semula jadi. Ketika ini, faraj akan mengalami tekanan kesan gesaan kepala bayi yang cuba melalui saluran peranakan.
Apabila kontraksi semakin kuat dan menjadi kerap, kesakitan semakin dapat dirasai. Dalam keadaan ini suami perlu tenangkan isteri dengan meminta dia mempraktikkan latihan pernafsan yang betul.
Tarik nafas dalam-dalam dengan keadaan mulut tertutup dan hembuskan nafas sambil menyebut fuh dalam hela yang panjang.
Sakit pinggang
Dalam kes tertentu, kedudukan bayi dalam posisi posterior boleh menyebabkan isteri mengalami sakit belakang yang teruk. Sakit itu boleh dirasai sejak daripada awal. Di peringkat awal, kesakitan masih boleh ditahan, tapi semakin lama sakitnya sukar dikawal.
Lenguh kaki
Bila pinggang sakit, secara tidak langsung kaki pun terasa lenguh. Lebih-lebih lagi jika kantung ketuban sudah pecah. Ketika ini, urutan suami sedikit sebanyak akan membantu menstabilkan emosi isteri untuk menghadapi rasa sakit yang dialami.
Sembelit
Disebabkan gesaan kepala bayi yang melalui saluran peranakan, secara tanpa sengaja ia turut memberi tekanan kepada usus. Lalu, membuatkan perut anda terasa memulas seolah-olah mahu membuang air besar.
Apabila rasa tidak selesa, mungkin ada yang kerap ke tandas. Pastikan isteri ada peneman kerana ia adalah salah satu tanda hampir bersalin.
Seram sejuk
Kontraksi bersalin bukanlah sesuatu yang dibuat-buat. Rasa sakit yang dialami boleh menyebabkan isteri menggigil dan berpeluh. Tambahan pula, kesakitan itu tidak dapat dijangka tempohnya. Ada yang cepat bukaan rahimnya dan dapat segera mengeluarkan bayi. Ada juga yang terpaksa menahan sakit berjam-jam sebelum bayi dilahirkan.
SUAMI PERLU BANTU!
Benar, suami tidak dapat memindahkan rasa sakit kontraksi kepada dirinya namun ada beberapa perkara yang boleh diuat bagi membantu si isteri merasa sedikit tenang. Pa&Ma senaraikan beberapa perkara yang boleh anda buat, untuk sekurang-kurangnya mengurangkan rasa sakit kontraksi:
1. Sebagai peneman, anda perlu TENANG. Sewaktu sakit, isteri cenderung untuk terlalu berfikir. Jadi sebagai suami, anda harus berlagak tenang dan pujuk mereka untuk terus bertahan mengharungi sakit kontraksi.
2. Urutlah mana-mana bahagian tubuh isteri seperti pinggang, bahu atau di mana sahaja yang isteri rasa tidak selesa. Selain itu, anda juga boleh menggunakan tuam panas untuk melegakan kelenguhan yang isteri alami. Elakkan bahagian abdomen dan perut ketika menuam ya!
3. Galakkan isteri untuk bernafas secara beritma dan dalam. Pernafasan begini dapat membantu mengurangkan rasa kontraksi yang dialaminya.
4. Selain memegang tangannya, anda boleh bantu isteri untuk bertenang dengan membelai ubun-ubun atau memeluk si isteri. Selain memberi kelegaan, cara ini dapat merembeskan hormon endorfin dan oksitoksin yang membuatkan ibu gembira dan bersedia untuk melalui proses kelahiran.
5. Berbual dengan isteri dan cuba untuk penuhi permintaannya. Biasanya, pada waktu ini isteri akan selalu dahaga dan minta air masak untuk diminum. Pastikan juga anda bersedia dengan stok snek sihat untuk membekalkan tenaga kepada isteri.
6. Anda boleh bacakan ayat-ayat Al-Quran atau berzekir bersamanya. Proses ini umpama meditasi yang bukan sahaja memberi ketenangan tetapi membuatkan si isteri terlupa yang dia sedang mengalami kontraksi.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai sebenarnya ibu yang ‘wean off’ tapi hati masih belum kuat kerana kasihankan si anak. Tapi dalam masa yang sama nak putuskan susu badan. Ia bukan mudah dan memang mengambil masa sedikit.
Ada ibu yang sanggup letakkan kunyit, gincu, sirap, asam jawa dan sebagainya untuk bagi anak menolak dari meminta susu.
Ingat ya walaupun kita rasa cara itu logik, tapi jagalah hati anak. Bagi ibu yang masih tercari-cari tip untuk wean off, ini yang dikongsikan oleh Puan Nor Azura.
Zura nak share short note pengalaman dan tips yang Zura gunakan untuk pisah susu dengan 3 orang anak Zura sebelum ni.
Untuk pengetahuan anda, Zura fully df anak-anak ya. Lepas je wean off Zura tak bagi anak botol.
Antara soalan dan silap faham paling popular kalau anak pisah susu ialah,
‘Botol apa ya yang anak akan terima kalau nak pisah susu supaya dia tak df lagi?’
‘Susu apa ya yang sama macam susu ibu rasa dia?’
Ini untuk ibu yang df sepenuhnya lah biasanya..
Anda kena jelas yang sebenarnya untuk pisahkan anak susu ni bukan semudah macam korang boleh gantikan gitu je. Perbuatan menghisap(df) tu dah jadi satu rutin anak sepanjang dua tahun, tak kanlah tiba-tiba je anda nak pisahkan dia on the spot kan.
Jadi kena latih untuk anak kurangkan secara berperingkat barulah nak stop nanti dah mudah.
Satu lagi, ikutkan usia setahun dah perlu stop bagi botol susu, jadi tak kanlah dah menjelang dua tahun nak perkenalkan botol pula kan.
‘Saya dah makan ubat stop susu, tapi susu saya ada je..macam mana eh? saya tak nak anak menyusu lagi, kalau kering nanti boleh dia stop sendiri. Tapi ni tak stop pun’
Ubat stop susu tu dia cuma kurangkan dari segi hormon, bukan hari ni makan esok terus berhenti. Tapi kalau anak terus menyusu je,memang susu tu akan terus adalah. Sebab tu Zura galakkan pisah susu berperingkat.
Nak makan ubat, please dapatkan pendapat Dr ya jangan main beli.
Adakah anda sedang hamil? Sertai Webinar Kehamilan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual pada 26 Jun 2022 (Ahad) jam 9.30 pagi yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang kehamilan & kelahiran seperti Dr Maiza Tusimin, Dr Tengku Puteri Zainab, Dr Siti Sarah Aishah, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti jemputan Ezzaty Abdullah.
Memilih ubat untuk kanak-kanak bukan perkara remeh. Ramai ibu bapa masih keliru tentang cara pilih ubat anak yang betul dan selamat, terutamanya apabila berdepan dengan batuk, selsema, sembelit atau demam. Melalui nasihat ahli farmasi, ibu ayah boleh memahami risiko, dos dan jenis ubat yang sesuai mengikut umur anak supaya tidak tersalah guna.
“Kalau tak kerja farmasi, saya tak tahu yang…”
Ayat ini mungkin nampak ringkas, tapi sebenarnya sangat besar maknanya untuk ibu ayah yang ada anak kecil di rumah.
Ramai ibu bapa mengaku, bila anak sakit, mereka hanya mahu cepatkan anak sembuh. Tapi dalam usaha itu, tanpa sedar ada yang tersalah pilih ubat, tersalah cara guna, atau guna terlalu kerap. Melalui perkongsian seorang ahli farmasi, ini antara perkara penting yang ibu ayah perlu ambil tahu supaya tidak memudaratkan anak sendiri.
Ramai ibu ayah hanya beri ubat cacing bila anak nampak kurus atau gatal dubur. Sebenarnya, deworming berkala membantu mencegah jangkitan parasit yang boleh menyebabkan perut kembung, sembelit, cirit-birit dan kurang selera makan.
Ubat cacing seperti albendazole perlu diberi mengikut jadual dan dos yang betul, bukan ikut rasa atau agakan sendiri.
Gambar menunjukkan cough relief patch yang boleh digunakan oleh kanak-kanak dan orang dewasa. Patch ini biasanya dilekatkan pada baju atau kulit dan berfungsi melalui aroma herba semula jadi.
Ramai ibu bapa tak tahu bahawa patch batuk adalah alternatif lebih selamat untuk anak kecil berbanding ubat makan, terutamanya jika anak susah makan ubat atau sering muntah. Namun begitu, ibu ayah tetap perlu membaca label umur yang disyorkan dan elakkan guna pada bayi terlalu kecil tanpa nasihat ahli farmasi.
Untuk kes sembelit, ramai yang terus capai ubat julap kerana mahu kesan cepat. Tetapi ahli farmasi memberi amaran bahawa ubat seperti bisacodyl dan senna tidak sesuai digunakan selalu, lebih-lebih lagi untuk kanak-kanak.
Penggunaan berpanjangan boleh menyebabkan usus menjadi ‘malas bekerja’. Untuk jangka masa panjang, pilihan lebih selamat adalah probiotik atau serat (fiber), di samping memastikan anak cukup minum air dan makan sayur serta buah.
Ini antara kesilapan paling biasa. Ramai ibu ayah simpan ubat mata dan guna semula walaupun sudah berbulan-bulan.
Hakikatnya, ubat mata yang telah dibuka lebih 30 hari tidak lagi selamat digunakan, walaupun masih ada baki dan nampak elok. Risiko jangkitan kuman sangat tinggi dan boleh membahayakan mata anak. Jika anak kerap mengalami masalah mata merah atau berair, sebaiknya dapatkan pemeriksaan, bukan guna ubat lama.
Gambar seterusnya menunjukkan pelbagai jenis patch lain seperti flu relief patch, motion sickness patch dan stomach discomfort patch.
Ini membuktikan bahawa farmasi kini menawarkan pelbagai pilihan rawatan luaran yang lebih lembut untuk kanak-kanak. Patch ini biasanya sesuai untuk membantu simptom seperti selsema, mabuk perjalanan atau ketidakselesaan perut. Namun, ibu ayah tetap perlu pastikan bahan yang digunakan sesuai dengan umur anak dan tidak menyebabkan iritasi kulit.
Ramai anggap semua air badak sama. Sebenarnya, kandungan herba seperti Gypsum Fibrosum berbeza mengikut jenama.
Ada yang mengandungi 90mg, 100mg, malah 140mg setiap 100ml. Untuk kanak-kanak, pengambilan berlebihan boleh menyebabkan kesan sampingan seperti cirit-birit atau ketidakseimbangan elektrolit. Jadi, jangan tukar jenama sesuka hati dan elakkan beri terlalu kerap tanpa sebab jelas.
Ini sangat penting. Salap yang mengandungi camphor atau kapur barus tidak sesuai untuk bayi dan kanak-kanak kecil.
Jika tersalah guna, ia boleh mencetuskan kesan serius seperti sawan. Walaupun salap tersebut biasa digunakan oleh orang dewasa, tidak bermakna ia selamat untuk anak kecil. Sentiasa semak label dan rujuk ahli farmasi sebelum sapu apa-apa pada badan anak.
Tidak semua ubat sesuai untuk semua umur. Tidak semua yang ‘biasa orang guna’ itu selamat untuk anak kecil. Sebelum beli atau guna apa-apa ubat, ambil masa untuk bertanya, membaca label dan memahami keperluan sebenar anak.
Kadang-kadang, langkah paling selamat bukan tambah ubat, tetapi pilih ubat yang betul dengan cara yang betul.
Jika ragu, jangan malu untuk bertanya pada ahli farmasi. Mereka ada untuk membantu, bukan untuk menghakimi.