Memberikan gajet ketika di meja makan tak kiralah di rumah atau di restoran luar, mampu memberikan ‘ketenangan’ yang sekejap kepada ibu bapa. Tapi memberi implikasi yang negatif untuk jangkamasa panjang.
Di meja makan, anak-anak mampu,
Melatih skil komunikasi dan sosial, contohnya eye contact, take turn etc.
Belajar tataterbib di meja makan
Hubungan dan masa dengan ibu bapa
Suka dengan makanan dan menghargai makanan
Meningkatkan self-regulation, attention, dan melambatkan gratification
Banyak boleh belajar ketika makan, mengira sudu, membezakan warna, rasa yang berbeza etc
Apa akan jadi kalau makan sambil tengok gajet?
Ads
Terpinggir dari sosial
Sensory overload!
Meningkatkan rasa boring kalau makan tanpa gajet
Memilih makanan
Saya setuju ramai ibu bapa sekarang adalah ibu bapa bekerja. Dengan masa yang sedikit diluangkan bersama anak-anak, jadi masa di meja makan adalah masa yang terbaik diluangkan antara ibu bapa dan anak.
Dan kajian 2 jam penggunaan gadjet di bawah 6 tahun ada syarat-syaratnya, contohnya
Ads
Content gadjet lebih kepada pembelajaran
Fasilitate oleh ibu bapa, kena la borak dengan anak
2 tahun ke atas bawah 6 tahun
Dan bukan di meja makan.
Ads
Anda boleh memberi beribu alasan kenapa beri gajet kat anak ketika makan. Tapi jgn sesekali lupa perkembangan anak yg positif.
Dan saya setuju, tak yah perli. Cakap je direct, senang.
Sumber: Hazhari Ismail (Pensyarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rata-rata ibu bapa akan belikan anak-anak mereka mainan dan perhiasan tanda kasih sayang. Anak-anak ini suka sangat kalau mainan mereka ni warna-warni…ada bling-bling..bahagia rasanya bila tengok anak gembira.
Tapi ibu bapa kena hati-hati ya..sekarang ni kes kanak-kanak autisme dah jadi macam wabak. Sains belum menemui punca sebenar penyakit ini. Maka perkara kecil seperti ini harus diberi perhatian serius.
Tahu tak mak ayah yang prihatin, amatlah tinggi risiko bahan toksik PLUMBUM di dalam mainan anak- anak kita.
BAHAN MAINAN TERCEMAR PLUMBUM
Menurut Centre for Disease Control (CDC), sumber utama keracunan plumbum ialah:
1) Mainan kanak-kanak plastik.
– Plumbum digunakan untuk melembutkan dan menjadikan plastik lebih fleksibel.
– Apabila terkena cahaya matahari, udara dan detergen, plastik ini akan menjadi debu mengandungi plumbum tercemar.
2) Warna pada mainan kanak-kanak.
– Walaupun sudah diharamkan, pewarna tercemar plumbum masih lagi boleh didapati di pasaran.
– Pada tahun 2014, Kementerian Perdagangan mendapati banyak barangan mainan kanak-kanak yang diseludup masuk daripada China tercemar dengan logam berat plumbum ini.
BAHAN TOKSIK PLUMBUM
– Plumbum merupakan logam berat yang tidak mempunyai nilai paras yang selamat di dalam badan.
– Ia sangat toksik kepada sistem saraf, sistem darah dan organ hati dan buah pinggang.
– Keracunan akut (emergency) adalah jarang dan berkait pekerjaan.
– Keracunan biasanya adalah dalam dos rendah secara jangka masa panjang (kronik).
– Penyerapan dan keracunan pada kanak-kanak adalah lebih pantas berbanding dewasa.
– Kesan paling merisaukan ialah kepada sistem saraf yang mana kesan keracunan plumbum boleh menyebabkan KEROSAKAN KEKAL.
– Kajian saintifik merumuskan bahawa logam berat plumbum memberi KESAN BURUK YANG SIGNIFIKAN PADA DOS YANG RENDAH dan setakat ini rawatan secara “chelation” tidak dapat memulihkan kesan kerosakannya.
– CDC mengesahkan kanak-kanak dengan paras lebih rendah daripada 10 mcg/dL boleh menderita masalah:
1) Rendah IQ
2) Lambat bercakap
3) Hilang pendengaran
4) Masalah pembelajaran
5) Lambat atau kurang membesar
6) Masalah tingkahlaku seperti ADHD, agresif dan ganas.
Selain itu, kajian menunjukkan plumbum boleh mencemari susu badan dan juga bayi dalam kandungan.
Paras plumbum darah yang tinggi pada wanita hamil boleh menyebabkan keguguran, bayi kurang berat, bayi pramatang dan juga masalah perkembangan kemudiannya pada zaman kanak-kanak.
Menurut PROF. MADYA DR. MOHD. HASNI JAAFAR, Pakar Kesihatan Persekitaran dan Toksikologi, Pusat Perubatan UKM:
(Diterbitkan oleh Utusan Online, Jun 2017)
“Kajian darah pusat bayi baru lahir di Kuala Lumpur menunjukkan hampir 30% daripada mereka mempunyai paras plumbum
melebihi 10 mikrogram per desiliter, tahap yang dibenarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Satu kajian lain turut mendapati ibu-ibu hamil di kota ini mempunyai paras plumbum yang agak tinggi.
Kajian-kajian tersebut telah dilakukan pada awal tahun 2000, yang secara tidak langsung boleh meramalkan
akan berlaku peningkatan kes-kes juvana seperti buli, vandalisme, dadah dan kerosakan akhlak dalam jangka masa 15 tahun selepas itu.
Kini, pada 2017, kita dapat mendengar pelbagai masalah salah laku dalam kalangan remaja kita.”
SIMPTOM BERKAITAN KERACUNAN PLUMBUM
Semua sistem di dalam badan boleh terjejas kerana keracunan plumbum ini. Antaranya:
1) Hilang selera makan
2) Sakit perut
3) Muntah
4) Kurang berat badan.
4) Sembelit
5) Kurang darah merah.
6) Kerosakan buah pinggang.
7) Mudah marah/tersinggung.
8) Lesu
9) Masalah pembelajaran
10)Masalah tingkahlaku
11)Kebas hujung kaki dan tangan
12)Hilang memori
Dahsyat bukan kesan plumbum kepada kesihatan kita..semua sistem kita mungkin terjejas..perlahan demi perlahan.
Ini bukan bermakna tak boleh beli mainan. Cuma kita perlu lebih berhati-hati dan ambil langkah pencegahan.
4 LANGKAH PENTING PENCEGAHAN
1) Pilih mainan yang berlabel MC
( Malaysian Conformity).
Mainan ini mematuhi piawaian keselamatan termasuk bebas plumbum insha Allah.
2) Plumbum sangat minima kesannya jika bersentuhan berbanding melalui sedutan pernafasan ataupun mulut.
Maka jauhkan pewarna atau permainan yang mungkin tercemar plumbum daripada anak kecil yang suka masukkan mainan dalam mulut.
3) Elakkan mainan lama terdedah matahari . Buang sahaja jika plastik sudah mengeras dan luluh warnanya.
4) Sepertiga mainan daripada China didapati tercemar plumbum. Elakkan jika mampu. Jika tidak, mungkin perlu lebih penekanan tentang 3 point penting di atas.
Jika anda berminat mengetahui mengenai bahan mainan toksik plumbum, boleh rujuk katalog menarik dikeluarkan oleh badan jaringan NGO pembasmi bahan toksin POPs iaitu IPEN…
Barangan mainan ini mungkin sudah berada di rumah kita. Semoga kita dijauhi daripada bahaya logam berat toksik ini.. Jangan biarkan anak-anak kita menjadi mangsa kealpaan kita..
“Petahnya anak dia cakap…Kenapa anak kita satu patah pun belum lagi…Nak apa-apa anak tunjuk je.” Ni antara dialog ibu-ibu bila risau tengok anak orang lain dah boleh cakap. Tambah lagi, bila orang mula membanding-bandingkan, ibu bapa dah mula rasa cuak. Lagi-lagi bila tengok anak orang lain yang sebaya anak sendiri dah cakap banyak.
Sampai satu tahap ibu bapa dah mula rasa stres dan mula memberi tekanan pada anak. Sebenarnya mengikut Patologis Pertuturan, Aishah Kassim ibu bapa boleh mengenal pasti anak lambat bercakap melalui komunikasi dua hala dan pemerhatian.
Pada usia berapakah anak anda menyebut perkataan pertama? Perkataan pertama tu maksudnya apa?
Perkataan pertama tu maksudnya perkataan yang disebutkan oleh kanak-kanak yang mempunyai makna…
Contohnya seperti
cucu – merujuk kepada susu ola – merujuk kepada bola bu – merujuk kepada ibu
Perkataan-perkataan itu dikira sebagai vocab yang kanak-kanak ada walaupun sebutan mereka masih lagi pelat.
Perkataan pertama biasanya muncul pada usia 1 tahun, bermula dengan 1 perkataan dan bilangannya akan bertambah setiap hari.
Tapi ingat, perkataan pertama ni ada had umurnya. Kanak-kanak perlu mengeluarkan perkataan pertama paling lewat 1tahun 6 bulan. Sekiranya selepas 1 tahun 6 bulan masih tiada perkataan pertama, kanak-kanak sudah mengalami kelewatan bahasa yang ringan.
Jika berterusan, masalah tersebut akan menjadi lebih teruk dan banyak kemahiran bahasa yang akan turut sama lewat. Jadi anak anda dah ada perkataan pertama ke belum?
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kita semua nak yang terbaik untuk anak-anak dengan itu ada yang menzahirkan kasih sayang perbuatan mencium mulut. Hakikatnya tanpa kita sedari ia adalah perbuatan yang akan memberi impak kepada psikologi anak itu.
Nampak biasa tapi perbuatan yang ibu bapa perlu elakkan. Menurut laporan Astro Awani, Pakar Psikologi SEGi University, Profesor Datin Dr Mariani Md Nor, perbuatan tersebut berkemungkinan mendorong kepada pembentukan sifat kanak-kanak yang akan menganggap perkara itu sebagai biasa.
Katanya, sifat ingin tahu kanak-kanak yang meluap-luap boleh membawa perkara itu kepada kejadian yang tidak diingini.
“Agak sukar untuk berselindung, saya perlu maklumkan dengan jelas. Ciuman dari mulut ke mulut itu perlu diawasi. Kalau boleh, ibu dan bapa elakkan dari perbuatan ciuman mulut ke mulut kerana mereka akan lakukan kepada orang lain dan perkara ini amat bahaya.
“Bukan anak-anak sahaja perlu tahu, ibu dan bapa juga perlu tahu kerana ini adalah antara elemen-elemen yang terangkum dalam ekosistem jenayah seksual (dalam keadaan yang lain),” ujarnya.
Katanya lagi, kanak-kanak akan menterjemah perlakuan jelik melalui kaedah simulasi sekiranya ia tidak dibendung dan dipantau dengan baik oleh ibu bapa.
Pandangan itu dikongsikan beliau dalam program AWANI Pagi pada Jumaat.
INFO KONTEKS ISLAM
Tahukah kita bahawa Baginda Rasulullah sendiri mengungkapkan rasa kasih sayang baginda dengan mencium anak dan cucu Baginda.
Abu Hurairah berkata: Rasulullah pernah mencium Al Hasan bin Ali sedangkan di samping Baginda ada Al Aqra’ bin Habis At Tamimi sedang duduk, lalu Aqra’ berkata: Sesungguhnya aku memiliki sepuluh orang anak, namun aku tidak pernah mencium mereka sekali pun, maka Rasulullah memandangnya dan bersabda: Barangsiapa tidak mengasihi maka ia tidak akan dikasihi. – [HR Bukhari 5538].
Hadis ini dapat kita ambil daripada kaca mata fiqh iaitu mencium anak itu merupakan satu perbuatan sunah Baginda Rasulullah.
Hukum asal bagi perbuatan mencium anak kecil sama ada di wajah mereka, kepala atau anggota badan yang tidak bercanggah dengan adat adalah diharuskan. – (Fathul Bari 427/10).