Sesebuah perkahwinan tidak akan lengkap jika salah seorang tiada. Suami atau isteri, kedua-duanya sama penting dalam memainkan peranan agar rumah tangga terus harmoni dan dijalani dengan bahagia. Dalam sesebuah perkahwinan, kita tidak mencari pasangan yang sama dengan kita tetapi yang saling melengkapi.
Itulah yang dikongsikan oleh PU Akram di dalam penulisannya. Katanya, perkahwinan bukan hanya pertemuan dua hati, jauh lebih besar adalah pertemuan dua sistem keluarga. Sesebuah pasangan akan terus berbalah jika salah satu pihak mahukan pasangan mengikut keseluruhan sistem keluarganya.
Ikuti perkongsian berguna ini, semoga menjadi manfaat bersama.
2 perkara yang saya sebagai suami kena ubah.
Setiap kali balik rumah, yang saya nampak baju dah basuh tak lipat, lantai rumah tak sapu, jubah nak pakai kuliah maghrib tak gosok lagi, itu dan ini. Semua saya nampak dengan jelas! Semua kelemahan isteri, saya nampak satu persatu. Itulah cerita mula-mula tahun pertama perkahwinan. Kesannya ? Stress! Ya memang stress!
Kebetulan pulak saya dibesarkan dalam keluarga yang memang tegas bab sistem dan disiplin dalam rumah ni. Orang putih kata, “Perfectionist”. Ya mama abah kami memang nak semuanya sempurna. Saiz lipatan baju mesti sama. Kalau letak dalam almari, mesti sebaris baju, sebaris seluar, sebaris kain pelekat. Bayangkan sekecil-kecil kopiah mesti letak tempat kopiah. Kalau letak kopiah bukan tempatnya, gegak gempita la rumah! Memang bersistem.
Tiba-tiba kahwin, semua sistem tu dilanggar oleh isteri saya. Fuhh, macam meletus gunung berapi ni. Haha.
Sampailah Allah SWT tentukan saya dapat sesuatu daripada ceramah sahabat saya, Khairul Nadzir ni. Berkenaan ayat Allah dalam Al-Quran, dalam Surah ar-Ra’du, ayat 11:
”Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.”
Ads
Alhamdulillah, dengan ayat ni saya faham 2 perkara:
1. Saya nak isteri saya berubah buat itu ini, jadi gitu gini. Sedangkan saya sendiri belum berubah. Ubah apa ?
Ubah sudut PANDANGAN saya pada isteri. Kenapa saya pandang tiga empat kelemahan dia sedangkan saya boleh sangat memandang kelebihan dia yang tak terkira banyaknya! Saya lupa yang makanan dah siap terhidang atas meja, bilik tidur semuanya dah kemas, tandas dah dibasuh, pinggan cawan semua dah basuh tersusun rapi, hiasan decoration rumah cantik kehijauan berbau harum wangi. Dan yang paling saya saya terkesan soalan yang tak lepas daripada mulut dia, “Abang dah baca al-Quran hari ni ?”. Allah, kenapa saya tak nampak semua kelebihan isteri saya ? Belum dikira lagi kelemahan dan kekurangan diri saya yang lagi tak terkira. Boleh jadi rosak kalkulator kalau nak kira! Huh, ego kan kita ni. Astgahfirullah.
Ads
2. Saya kena ubah KEFAHAMAN saya tentang perkahwinan. Saya tak boleh berterusan anggap semua manusia ni sama sistem hidupnya. Saya tak boleh anggap kuasa yang ada sebagai ketua keluarga ni, sama macam bos syarikat. No! Ini bukan organisasi koprat, kita bos bayar gaji staf. Boleh arah tentukan itu ini sebab kita bayar. Salah!
Perkahwinan bukan hanya pertemuan dua hati, jauh lebih besar adalah pertemuan dua sistem keluarga. Kita akan terus berbalah, berselisih faham, tarik muka dan stress jika salah satu pihak nak pasangannya ikut keseluruhan sistem keluarganya. Jalan yang terbaik dan menenangkan adalah, mencari titik tengah dengan: (1) Saya sedar segala kelebihan isteri saya itu rupanya adalah kelemahan saya. Segala kekurangan isteri adalah kelebihan saya. (2) Saya terlalu memandang perkara kecil itu sebagai terlalu besar, sedangkan saya boleh korbankan pejam mata (adapt) dengan menerima cara dan sistem isteri saya. Alhamdulillah itulah yang mendamaikan.
Perkahwinan ni bukan mencari persamaan. Perkahwinan sebenarnya mencari pelengkap kehidupan.
Kini, Allah dah pinjamkan 2 orang cahaya mata penyeri kehidupan kami. Syukur padaMu ya Allah. Kami tenang dengan rezeki yang Kau kurniakan pada kami.
Selamat Ulang Tahun Pernikahan ke-4 Bidadari Syurgaku Nurul Hanisah Ahmad. (30 Ogos 2015 – 30 Ogos 2019)
Pencetus Ummah Akram Yang terus mencintai.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon, Nad Zainal mengagumi wanita bergelar suri rumah sepenuh masa kerana tanggungjawab yang digalas mereka bukan sedikit. Malah tak pernah berhenti.
Menerusi Instagramnya, akui Nad lagi, tugas menjadi seorang suri rumah sememangnya tak mudah. Bukan sahaja menguruskan anak-anak yang masih kecil bahkan menguruskan rumahtangga sepenuhnya tanpa henti. Memang mencabar.
“Saya bersetuju. Dalam banyak-banyak pekerjaan dalam dunia ini, yang paling susah ialah suri rumah.
“Melayan anak, jadi cikgu, memasak, mengemas yang tak berkesudahan,” luah Nad berkongsi.
Tambah Nad lagi, dia juga teramat mengagumi ibu muda kerana mampu menguruskan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu serta menguruskan rumahtangga dengan baik tanpa pembantu.
Bukan satu hal yang mudah. Banyak pengorbanan yang terpaksa dilakukan.
“Kagum dengan ibu muda yang tak ada pembantu mampu bekerja dan melunaskan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu dengan jayanya. Mana nak kekal wangi, cantik, tapi nak uruskan rumahtangga lagi.
“Belum lagi bila mengandung tiap dua tahun, kembali bekerja, bawa breatpump ke hulu ke hilir, tinggalkan anak di taska. Fuh, anda memang wanita yang hebat,” luah Nad berkongsi.
Dalam pada itu, pandangan Nad sudah semestinya mendapat sokongan ramai pengikutnya di Instagram.
“Saya memang inginkan keluarga besar dan jumlah yang ditetapkan ialah enam anak. Ia sesuatu yang amat saya impikan. Tapi bukanlah mudah nak mengandung, bersalin dan berpantang jaga anak. Banyak faktor yang kita kena tengok. Usia pun bukan lagi muda dan sekarang pun saya cepat penat.
“Namun, insya-Allah tiga atau empat tahun lagi mungkin saya akan mengandung lagi dan nak anak kembar. Saya sedar ia berisiko tapi saya akan cuba,” katanya.
Dalam masa sama, dia juga bersyukur kehidupan rumah tangga yang dibina bersama pelakon, Aeril Zafrel semakin bahagia dan memasuki tahun ke-12 perkahwinan.
“Alhamdulillah, kami melayari rumah tangga dengan aman. Tiada isu yang buat kami sampai bergaduh teruk. Saya juga tak uruskan karier suami kerana nanti dikata ‘queen control’.
“Kami juga dah melalui fasa lima tahun dan 10 tahun perkahwinan. Sekarang kami memang dah jarang bergaduh. Kalau bergaduh pun setakat gaduh kecil dan kami tahu kendalikan.
“Dalam rumah tangga kena bertolak ansur satu sama lain. Kami pun jarang rujuk masalah dengan sesiapa termasuk keluarga,” katanya.
Perkahwinan bukan sekadar soal cinta dan nafkah, tapi juga tanggungjawab yang besar. Dalam sebuah sidang mahkamah syariah, seorang pemohon poligami menerima teguran yang cukup tegas daripada hakim satu peringatan yang jarang kita dengar daripada seorang lelaki kepada lelaki lain.
Alasan ingin berpoligami untuk menambah zuriat dipersoalkan dengan penuh hikmah. Hakim bukan sekadar menjalankan tugasnya, tetapi turut memberi pengajaran yang mendalam tentang tanggungjawab seorang suami dan bapa.
Kisah ini membuka mata perkahwinan bukan hanya tentang hak lelaki, tetapi juga tentang amanah yang perlu dipikul. Jom hayati perkongsian Nurul Izzah Zainol
BELAJAR DULU JADI SUAMI Dalam satu sidang mahkamah, satu permohonan poligami telah disebut di hadapan Yang Arif Hakim. Pihak-pihak tidak diwakili peguam dan bila tiada peguam semuanya akan ditanya langsung oleh Yang Arif Hakim. Yang Arif ada bacakan satu alasan ingin berpoligami yang dinyatakan Pemohon iaitu utk tambah zuriat. Start daripada situ, bertalu-talu ‘lecture’ daripada Yang Arif mengenai poligami yang saya jarang bahkan tak pernah dengar daripada mulut seorang lelaki. “Kamu nak tambah zuriat lagi, isteri kamu baru bersalin sebulan lahirkan zuriat kamu. Nak tambah anak apa lagi?”
“Kamu dah jaga bayi kamu sendiri? Jaga malam, bancuh susu, tukar lampin. Kamu buat semua tu dulu. Rasa dulu susahnya macam mana jaga anak” “Kahwin ni bukan seronok nak ber’sama’ lepas tu buat anak. Kita ni orang laki kalau tu yg dalam kepala kita, masuk neraka kita semua ni” Suara Yang Arif agak keras.Dewan mahkamah jadi diam. “Dah faham figh wanita? Darah wanita? Apa beza haid, istihadhah, apa darah penyakit. Nak handle wanita ni kena tau fiqh2 mereka!” Dan banyak lagi peringatan demi peringatan yg buat saya angguk tak henti-henti. Mahkamah tangguhkan mendengar permohonan Pemohon utk satu tempoh yg panjang sedikit: “Saya tangguh lama sikit, lagipun kes memang tengah banyak. Dan saya nak kamu jaga dulu isteri dim pantang dan jaga baby mcm saya cakap tadi. Mana tahu nanti kamu tak jadi dah nak poligami” Naah, ambik kau. Puas hati! Tak pernah keluar mahkamah sepuas itu waktu itu. Rasa dunia sedang bertempik bersorak di pihak wanita yg teraniaya. Inilah gelanggang pengadilan yang saya harapkan. Bukan sahaja gelanggang utk menjatuhkan hukuman atau perintah, tetapi memberi hikmah dan pengajaran kepada pihak-pihak dalam kes. Tahniah Mahkamah Syariah
Sumber: Nurul Izzah Zainol
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.