Semakin hampir dengan tarikh jangkaan bersalin, debaran makin terasa. Bagi bakal ibu buat kali pertama, pelakon & pengacara Elfira Loy mula membuat persiapan.
Elfira yang kini sedang sarat hamil berkongsi menerusi Instagram meminta tip daripada follower tentang pengalaman membuat persiapan menyambut kelahiran bayi.
Elfira yang diijabkabulkan dengan suaminya, Khairol Faris Anuar pada 1 Januari 2019 lalu juga menyatakan ingin membaca lebih lanjut tentang fasa selepas bersalin, penyusuan susu ibu dan penjagaan bayi.
TERUJA MEMBUAT PERSIAPAN
Two months to go and i haven’t really start doing anything yet , but I’m excited ! Im excited to start doing the nursery room , buying essentials for the baby , for myself & keeping things organized.But i need plans. So that i dont missed anything or nanti el stress ini tak okay itu tak muat , haha .
LENGKAPKAN BILIK BAYI & MEMBACA
My plan is to start with the room then labeling the compartments, buy the stuff & put them in & read everything about post pregnancy , breastfeeding & about the baby.
Ads
“ OHH I FORGET ABOUT THIS , I FORGET ABOUT THAT”
But what was your experience ? apa benda yang rasa dah lengkap but lepas dah beranak baru mcm “ ohh i forget about this , i forget about that “ share with me so that i dont do the same mistakes. Hehe . Thank you!
Rakan selebriti dan peminat berkongsi pelbagai tips dan panduan. Antaranya tentang penyusuan susu ibu, persediaan selepas bersalin, penjagaan bayi dan sebagainya.
Membuat persediaan menyambut lebaran pastinya menjadi lebih bermakna bagi ibu hamil disebabkan keterujaan menanti kehadiran orang baru. Terutama mereka yang tinggal berjauhan dengan keluarga pastinya perasaan tidak sabar untuk pulang berhari raya di kampung semakin terasa.
Namun begitu, kaum ibu perlu beringat yang mereka sedang mengandung dan tidak boleh berjalan jauh terutama wanita yang sedang menunggu hari atau sudah melepasi usia kandungan 36 minggu.
Menurut Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Dr Wan Norizah Wan Musa secara umumnya ibu hamil yang tidak mempunyai sebarang komplikasi serius boleh memulakan perjalanan jauh sama ada darat atau udara ketika trimester kedua iaitu pada usia kandungan 13 hingga 28 minggu.
“Namun jika kandungan sudah memasuki 36 minggu atau lebih, mereka tidak digalakkan pulang ke kampung kerana dalam tempoh ini mereka sudah boleh melahirkan bayi pada bila-bila masa sahaja. Ini kerana menurut kajian sebanyak 70 hingga 80 peratus wanita melahirkan bayi pada usia kandungan 36 minggu,” katanya.
Selain berada pada trimester ketiga, terdapat juga golongan yang tidak digalakkan menempuh perjalanan yang panjang terutama jika melebihi lima hingga enam jam ke atas antaranya:
1. Ibu yang mempunyai darah tinggi yang tidak terkawal.
2. Mempunyai masalah jantung. Kesesakan jalan raya akan menyebabkan aliran darah menjadi tidak stabil dan jantung mengepam lebih cepat.
3. Masalah plasenta previa atau uri di bawah menyebabkan pendarahan berlaku pada bila-bila masa.
4. Sejarah kelahiran pramatang. Mereka yang mempunyai sejarah kelahiran pramatang dan kelahiran kembar turut berdepan komplikasi kelahiran yang tidak dijangka. Jadi golongan ini tidak digalakkan pulang ke kampung.
5. Ibu hamil yang mempunyai masalah praeklampsia (tekanan darah tinggi ketika hamil) atau hampir sawan.
6. Ibu hamil yang pecah air ketuban awal boleh menyebabkan kelahiran pramatang.
Dr Norizah turut menjelaskan, bonggol dan jalan raya yang tidak rata atau bengkang-bengkok tidak menyebabkan kelahiran menjadi lebih cepat. Ini kerana bayi berada selamat di dalam rahim ibu kerana dilindungi air ketuban.
“Ada sesetengah ibu berpendapat bonggol atau jalan yang tidak rata menyebabkan kelahiran menjadi lebih cepat. Sebenarnya ia langsung tiada kaitan. Proses kelahiran sebenarnya disebabkan oleh faktor badan ibu itu sendiri,” katanya.
AWASI SEBARANG TANDA KELAHIRAN
Ketika dalam perjalanan, ibu hamil harus peka terhadap sebarang tanda kelahiran dan membawa isteri segera ke klinik kesihatan atau hospital berdekatan untuk pemeriksaan lanjut sekiranya keluar tanda seperti:
1. Pendarahan dari vagina. Sama ada sedikit atau banyak.
2. Kontraksi atau sakit perut yang berlarutan atau kerap.
3. Pecah air ketuban.
4. Tanda-tanda praeklampsia seperti sakit kepala berterusan, kabur penglihatan secara tiba-tiba, sesak nafas, bengkak kaki dan tangan.
5. Muntah-muntah dan cirit-birit yang teruk.
6. Sakit atau lenguh pada kaki terutama di kawasan betis, bengkak dan panas serta kemerahan kerana ia adalah anda-tanda pembekuan darah pada salur darah.
7. Pergerakan janin yang tidak aktif.
Untuk itu, perkara paling utama bagi yang ingin memulakan perjalanan jauh adalah berbincang dengan doktor terlebih dulu dan menjalani pemeriksaan kandungan bagi memastikan ibu dan bayi dalam keadaan sihat.
Pastikan juga ibu membawa buku rawatan kehamilan sama ada dari klinik kesihatan atau swasta ke mana sahaja dia berada terutama bagi yang sudah hampir tarikh bersalin. Sediakan juga ubat-ubatan, vitamin dan kit kecemasan di dalam beg sebagai persiapan sepanjang tempoh perjalanan.
“Paling penting adalah menyediakan kelengkapan ibu dan anak ketika bersalin dan proses berpantang. Ini bagi memastikan ibu bersedia sekiranya risiko kelahiran awal berlaku,” katanya.
Di pihak suami pula, mereka boleh mengenal pasti lokasi klinik kesihatan dan hospital terdekat di sepanjang perjalanan agar memudahkan urusan sekiranya berlaku sebarang kecemasan.
Pastikan juga laluan sama ada ingin menempuh lebuh raya atau jalan biasa. Kira juga sekiranya berlaku kesesakan jalan raya yang teruk berapa lama anda perlu berada di dalam kereta.
“Bagi saya perjalanan paling selamat wajar diutamakan. Sebagai contoh menggunakan lebuh raya adalah lebih baik berbanding jalan biasa walaupun ia lebih jauh sedikit. Begitu juga menaiki kenderaan sendiri adalah lebih baik berbanding kenderaan awam.
Ini kerana anda tidak berupaya bergerak bebas kerana tempat duduk yang disediakan agak sempit. Keadaan ini tentunya kurang selesa, apatah lagi kebanyakan bas berhenti sekali sahaja sepanjang perjalanan bagi membolehkan penumpang berehat,” jelasnya.
Pakai tali pinggang keledar dengan betul iaitu dengan meletakkan tali pinggang di bawah perut. Ini bagi mengelak memberikan tekanan terhadap kandungan anda akibat tali yang ketat.
Bagi wanita yang sudah memasuki trimester ketiga, menaiki pesawat dianggap tidak selamat disebabkan faktor logistik. Apatah lagi, kebanyakan pesawat tidak dilengkapi peralatan khusus untuk menyambut kelahiran bayi. Keadaan akan bertambah buruk seandainya berlaku komplikasi atau kecemasan ketika di udara.
“Bagi yang masih berkeinginan menaiki kapal terbang, anda perlu mendapatkan surat rujukan doktor yang menyatakan kandungan anda sihat dan sesuai untuk melalui perjalanan itu. Bagi memudahkan pergerakan, anda dinasihatkan memohon tempat duduk berdekatan laluan dan bukannya di tepi tingkap,” katanya.
KETIKA DALAM PERJALANAN
1. Sekiranya anda tidak berpuasa, pastikan minum air mencukupi. Ini kerana perjalanan jauh amat memenatkan jadi pengambilan air yang banyak boleh mengelak dehidrasi.
2. Sentiasa melakukan regangan kaki dan tangan ketika di dalam kenderaan bagi membantu pengaliran darah lebih lancar.
3. Berehat setiap dua jam selepas menempuh perjalanan jauh. Guna masa rehat ini untuk bangun dari kereta, berjalan dan meregangkan badan supaya aliran darah terutama pada kaki berjalan lancar.
4. Pakai pakaian longgar dan selesa ketika dalam kenderaan. Begitu juga dengan kasut bagi mengelak kaki bengkak.
Persediaan beraya ibu hamil
5. Elakkan menempuh perjalanan ketika kesesakan jalan raya. Pilih waktu sesuai bertolak. Biar lambat asal selamat.
6. Minum banyak air dan makan makanan berkhasiat sekiranya anda tidak berpuasa untuk mendapatkan tenaga.
Saksikan rancangan TV Pa&Ma Episod 13 dengan topik Ibu Hamil Beraya, Selasa ini jam 12 tengah hari dan ulanganya 9 malam di Astro Prima & Prima HD.
Ini hadiah hari jadi paling bermakna buat saya untuk yang ke-34. Luah pelakon, Amar Baharin apabila isterinya aktres Amyra Rosli kini hamil anak kedua.
Amar membuat pengumuman tersebut menerusi sebuah entri dan video dalam Instagramnya sempena sambutan hari lahir yang disambut secara sederhana bersama anaknya, Aqeef Anaqi.
Menerusi video pendek berdurasi 1 minit 12 saat bersempena sambutan ulang tahunnya, pasangan itu menyelitkan berita gembira kehamilan dengan memaparkan alat ujian kehamilan yang menunjukkan Amyra hamil.
“Ini hadiah hari lahir paling bermakna buat saya, syukur Alhamdulillah.
“Terima kasih Ya Allah,” tulisnya pada status laman Instagram tersebut.
“Hari ni 1 July 2019 adalah hari yang penuh bermakna untuk saya sebab selain ulang tahun kelahiran saya yg ke-34.
“…isteri saya Amyra Rosli bagi hadiah ujian kehamilan,” tulis Amar menerusi kapsyen video berkenaan.
Jika menurut alat ujian kehamilan tersebut, pelakon drama Nur itu sedang hamil hampir empat minggu atau sebulan.
Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada November 2016 itu memiliki seorang anak lelaki, Aqeef Anaqi yang dilahirkan pada Oktober 2017 dan kini berusia setahun lapan bulan.
Semoga urusan kehamilan Amyra dipermudahkan dan berjalan lancar. Tak lama lagi Aqeef akan bertukar status menjadi abang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pengasas produk kosmetik Noir menerusi aplikasi Tiktoknya berkata, suaminya teruja untuk memasang stroller setelah 7 tahun penantian untuk menimang cahaya mata. Kegembiraan ini juga turut diraikan dan disambut baik oleh netizen.
Suaminya iaitu Muhammad Azri Che Noh atau diberi gelaran TP (Tuan Penasihat) terlihat senyum gembira di dalam video walaupun kelihatan sedikit kekok kerana kerana sudah lama tidak memegang stroller. TP teruja dan meminta untuk memasang sendiri stroller bayi mereka dan dibantu staf-staf Noir.
“Baby A stroller awak dah ready! Mummy cannot wait!,” Madammu teruja. Beliau juga menyatakan dalam video tersebut mendoakan kandungannya membesar dengan sihat.
Bagi yang sering mengikuti perkembangan Eriyca Baiduri Abd Rashid ini atau dikenali sebagai Madammu ini telah berkongsi perjalanan In Vitro Fertilization (IVF) nya dari hari pertama lagi dan kadungannya kini telah pun di trimester terakhir.
Pada tanggal 14 Mac yang lalu, Madammu berkongsi telah pun mendapat tarikh untuk menjalankan Czer. Tambahnya lagi dia perlu melahirkan bayi melalui pembedahan kerana kehamilan berisiko tinggi. Oleh itu, doktor menasihatkannya supaya tidak bersalin secara normal.
Antara komen warganet;
Walaupun begitu, Madammu melahirkan rasa syukur kerana sepanjang kehamilannya ini tiada sebarang sebarang masalah besar dan bayinya membesar dengan sihat. Figura berusia 34 tahun ini gemar berkongsi kisah hidupnya dan pengalaman kehamilan di sesi live Tiktok. Semoga urusan Madammu dipermudahkan dan tahniah sekali lagi!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.