Buat Puding 3 Bahan, Paling Senang! Rasa Sedap, Jadi Rebutan Anak-Anak!

Share

Manalah tahu nak buat pemanis mulut untuk dibuat makan waktu minum petang nanti, bolehlah cuba resipi baharu yang tak menggunakan banyak bahan. Untuk anda yang sukakan makanan manis tapi tak mahu kerja yang rumit, bolehlah cuba resipi puding 3 bahan ini.

Caranya juga tidak sukar dan tidak memerlukan tepung atau agar-agar. Resipi puding ini dikongsikan oleh Farisha Sofea melalui akaun Facebook.

πŸ’“ PUDING BISKUT VIRAL 3 BAHAN πŸ’“

Hari ini sy nak share resepi puding biskut 3 bahan .
Ya 3 bahan je, jadi janganlah tanya,
” tak guna tepung ke ? β€œ
” tak letak agar agar ke ? β€œ
” sukatan air berapa ? ” πŸ˜‚

Ikut je resepi nie okay πŸ˜„ telur tu boleh guna 4 biji je saiz standard. Sy guna 5 biji saiz D sebab tu je yang ada πŸ˜†

Baca Juga:

Resipi Sup Wantan Mudah. Hirup-Hirup, Bertambah Selera. Sesuai Buat Untuk Famili!

Anak Reject Nasi Buatkan Sup Tepung. Resipi Mudah Nak Buat, Makan Pun Bertambah-Tambah!

Resipi Mi Goreng Basah Melekit, Satu Keluarga Pasti β€˜In Love’. Anak-Anak Bertambah Makan!

BAHAN-BAHAN:

24 keping biskut cream crackers
1/2 cawan susu pekat (boleh lebihkan /kurangkan)
5 biji telur ( sy guna gred D )

Bahan Lain:

Air suam panas
Pewarna pilihan
Sedikit minyak

CARA-CARA:

1. Susunkan biskut di dalam bekas dan tuangkan air suam panas sehingga paras biskut.
2. Rendam sehingga biskut menjadi kembang dan lembut tak perlu rendam terlalu lama , cukup sekadar biskut tersebut lembut sudah memadai.
3. Kemudian toskan biskut dan masukkan ke dalam pengisar bersama susu dan juga telur. Kisar sehingga semua adunan mesra. Sementara itu panaskan kukusan .
4. Tuangkan adunan ke dalam beberapa bekas dan letakkan pewarna pilihan .

#Kalau nak buat 3 warna , bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama rata dan letakkan pewarna pilihan. Setelah itu, ambil sedikit adunan dan tuangkan ke dalam loyang/acuan yang telah dioles dengan sedikit minyak.

5. Kukus selama 5 minit menggunakan api sederhana. Ulang proses untuk setiap lapisan warna. Lapisan yang terakhir, kukus selama 8 – 10 minit .
6. Setelah siap, sejukkan seketika adunan sebelum dipotong/dikeluarkan daripada acuan.

#Puding biskut ini sedap dimakan sejuk , jadi bolehlah diletakkan di dalam peti untuk beberapa jam sebelum dimakan. Siap , sedia dihidang πŸ’“

Resipi puding ni mudah sangat dan boleh dibuat tanpa mengambil masa yang lama. Sesuai untuk mommies yang baru nak belajar buat manisan kerana langkahnya tidak renyah dan bahan pun tak banyak. Selamat mencuba!

Β 

IKLAN