Kalau awak seorang isteri dan ibu, mesti faham perasaan ni. Kerja di pejabat belum habis, balik rumah sambung pula kerja rumah yang tak pernah surut. Kadang-kadang kita tarik nafas panjang, kadang-kadang sampai mengeluh penat. Semua nak kena jaga — suami, anak-anak dan rumah. Boleh dikatakan, semua atas bahu kita.

Buat Semua Ibu Yang Pernah Rasa Nak Mengalah, Jangan Rasa ‘Alone’. Terus Kuat!

Penat Bukan Sebab Kita Lemah
Beban kerja memang berat. Tapi itu bukan bermakna kita lemah. Kita cuma manusia biasa yang ada batas tenaga dan emosi. Ada masa kita lari sekejap, recharge diri — pergi spa, berurut, short vacation, atau keluar lepak dengan kawan.

Sebenarnya dalam Islam, Allah dah bagi kita satu “penawar rahsia” yang sangat power untuk tenangkan hati dan ringankan badan.

Zikir Fatimah, Hadiah Istimewa dari Rasulullah
Dulu, Saidatina Fatimah r.a, puteri Rasulullah s.a.w sendiri pun rasa penat uruskan kerja rumah. Sampai tangan pun sakit sebab terlalu banyak buat kerja. Bila dia minta bantuan dari Rasulullah s.a.w, Baginda tak bagi pembantu, tapi ajar sesuatu yang lagi hebat — Zikir Fatimah.

Ads

Sebelum tidur, bacalah:

  • Allahu Akbar 34 kali
  • Subhanallah 33 kali
  • Alhamdulillah 33 kali

Dalam hadis riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w kata amalan ni lebih baik daripada seorang pembantu!

Ads

Buat Semua Ibu Yang Pernah Rasa Nak Mengalah, Jangan Rasa ‘Alone’. Terus Kuat!

Ads

Ajar Anak-Anak, Tenangkan Jiwa Sama-Sama
Bestnya, kita boleh buat zikir ni bersama anak-anak sebelum tidur. Kumpulkan mereka, baca Zikir Fatimah sama-sama, tambah lagi baca 3 Qul dan Ayat Kursi. Jangan lupa, minta maaf dan bersalaman — lelapkan mata dengan hati yang ringan dan penuh kasih sayang.

Buat Semua Ibu Yang Pernah Rasa Nak Mengalah, Jangan Rasa ‘Alone’. Terus Kuat!

Penat Tu Normal, Tapi Jangan Biarkan Hati Kusut
Ya, jadi ibu memang tak mudah. Tapi daripada kita simpan stres dan marah-marah, lebih baik kita isi jiwa dengan zikir. Bila hati tenang, kerja rumah terasa lebih ringan. Kita bukan ibu yang sempurna, tapi kita boleh jadi ibu yang tenang — dan itu lebih bermakna untuk keluarga kita.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI