Giant bubble memang mudah didapati di tempat-tempat riadah seperti taman permainan, tasik dan pantai yang menjadi tarikan kepada kanak-kanak. Namun harganya yang agak mahal dan bancuhan sabun yang sikit membuatkan anak tak puas bermain.
Daripada situlah Puan Diana Said terfikir untuk membuat sendiri Giant Bubble dirumah. Kalau buat sendiri tentu sekali lebih jimat dan anak-anak boleh bermain sepuas-puasnya. Jom ikuti cara beliau menyediakan Giant Bubble homemade ini.
HOMEMADE GIANT BUBBLE
Tiap kali ke Teluk Cempedak anak-anak mesti duk kejar buih. Nak tak nak kena la beli jugak kan. Mama DIY giant bubble ni biar korang main sampai puas kat rumah. Nanti tak la leleh air liur tengok orang main, jimat!
BAHAN-BAHAN;
Ads
(AIR SABUN) 1)1.5 Liter Air 2)4 Sudu Tepung Ubi Kayu 3)250ml Pencuci Pinggan mangkuk
(BUBBLE WAND) 1) Tali Kain 2) Tape hitam 3) Hanger Besi 4) Gunting
CARA-CARA;
Ads
1) Campurkan air, cecair pencuci dan tepung ke dalam bekas dan kacau. Siap dah air sabun kita
2) Ambil sebatang hanger besi dan bentuk menjadi bulat.
3) Lilit besi dengan tali kain untuk serap lebih banyak buih.
Ads
4) Kemaskan lilitan dengan pita pelekat.
-Untuk dapatkan buih yang cantik guna pencuci pinggan Joy warna Hijau. Kalau pakai pencuci pinggan lain letak banyak sikit dari sukatan.
Kadang-kadang kita terlalu ghairah dan tertekan untuk membentuk anak kita mengikut acuan yang kita idamkan sehinggakan kita terlepas pandang ciri-ciri unik yang sudah sedia ada dimiliki oleh anak kita.
Kelebihan dan kekuatan seorang anak bukan hanya terletak pada kepandaian, skil dan bakat sahaja, memiliki karakter yang positif juga adalah satu kelebihan dan kekuatan seorang anak.
Dalam satu kajian yang dibuat oleh Park, Peterson dan Saligman dan diterbitkan dalam Journal of Positive Psychology pada tahun 2006, didapati bahawa terdapat 6 karakter yang perlu dikenalpasti dan dipandang tinggi dalam masyarakat (dan juga keluarga) kerana ia juga adalah kelebihan dan kekuatan yang boleh membawa manfaat kepada individu yang memilikinya dan juga masyarakat di sekelilingnya.
Karakter tersebut adalah:
1) Keberanian (Courage) 2) Kemanusiaan (Humanity) 3) Kebijaksanaan (Wisdom) 4) Keadilan (Sense of Justice) 5) Kawalan Diri (Self control) 6) Tidak penting diri
Pupuklah anak-anak dengan karakter yang disebut di atas. Jika anak sudah pun memilikinya, lihatlah ia sebagai satu kelebihan dan kekuatan pada anak. Salurkan karakter tersebut ke jalan yang sepatutnya supaya anak tahu yang dia bernilai dan berharga walaupun anak mungkin tidak memiliki kepandaian, skil atau bakat seperti anak-anak yang lain.
Dalam jangka hayat atau kehidupan seorang kanak-kanak, ruang lingkup pergerakannya hanya di beberapa lokasi atau kawasan. Kawasan rumah, bilik tidur, ruang makan dan tandas adalah antara tempat yang kerap dikunjungi si kecil yang biasanya jarang ditemani golongan dewasa.
Secara amnya, kanak-kanak terdedah dengan kecederaan yang berlaku di sekitar kawasan kediaman mereka. Keselamatan kanak-kanak adalah sangat penting bagi mengelakkan kemalangan dan kecederaan.
KESELAMATAN DALAM RUMAH
BILIK TIDUR
Dalam tak sedar sebenarnya banyak kemalangan yang berlaku dalam bilik tidur. Risiko untuk anak terjatuh dari katil amat tinggi lebih-lebih lagi jika mereka tidur Bersama orang dewasa. Untuk mengelakkan risiko anak terjatuh dari katil yang tinggi, anda dinasihatkan supaya menggunakan ketinggian katil yang sesuai. Katil yang lebih rendah sebenarnya lebih baik.
Anda juga boleh mengasingkan tempat tidur si kecil. Letak anak anda di dalam katil bayi agar lebih selamat. Pastikan tiada mainan, kain selimut atau bantal yang terlalu banyak di atas katil bayi kerana boleh menyebabkan risiko lemas ketika tidur.
Sekiranya menggunakan wayar terbuka pastikan ia dilekat di dinding, tempat tinggi dan tidak menghalang laluan. Biarkan cahaya yang terang di bilik. Gunakan mentor yang sesuai untuk menghasilkan cahaya yang terang supaya pergerakan si kecil sentiasa dapat diawasi.
BILIK AIR
Lemas mudah berlaku di kalangan kanak-kanak. Mereka tidak boleh melindungi diri sendiri dengan sepenuhnya. Lemas boleh berlaku dalam kolah mandi, bekas atau baldi yang berisi air.
Pastikan pintu bilik air sentiasa dikunci. Pastikan juga kunci pintu bilik air dipasang lebih tinggi untuk memastikan agar si kecil tidak dapat membuka kunci tersebut. Lemas berlaku dengan cepat tanpa amaran dan komplikasi Hampir lemas boleh menyebabkan kerosakan otak yang kekal.
Pastikan kanak-kanak diawasi oleh orang dewasa ketika berada di dalam bilik air. Jangan tinggalkan bayi/kanak-kanak berseorangan tanpa pengawasan. Jika anda perlu menjawab telefon atau mengambil tuala, bawa bayi bersama anda.
Kosongkan bekas air atau timba jika tidak digunakan. Terbalikkan bekas air atau timba yang kosong. Tutup takungan/bekas air.
DAPUR
Untuk keselamatan di dapur pula, pastikan permukaan lantai dapur yang digunakan tidak licin dan boleh mencederakan kanak-kanak. Jika perlu pasang pagar supaya bayi tidak dapat masuk ke bahagian dapur.
Barang tajam dan merbahaya seperti pisau, gunting, alat pembuka penutup tin dan sebagainya diletakkan ditempat yang selamat dan tidak boleh dicapai oleh si kecil.
Jauhkan kanak-kanak daripada dapur yang panas, air panas dan barang-barang elektrik. Jangan biarkan kanak-kanak dalam ‘baby walker’ di kawasan dapur dan jangan mendukung anak kecil ketika memasak. Jangan membawa masakan panas ketika anak-anak berada berhampiran.
Jauhkan mancis, pemetik api dan rokok daripada kanak-kanak. Jangan biarkan anak-anak bermain dengan barangan elektrik di rumah. Jangan biarkan wayar barangan elektrik berjuntai dan simpan sterika panas di tempat yang selamat. Jangan gunakan alas meja kerana kanak-kanak kecil boleh menariknya jatuh dan menyebabkan kecederaan seperti melecur di bahagian kulit.
Melecur merupakan kecederaan biasa yang mudah di cegah. Melecur mudah berlaku akibat kecuaian. Kecederaaan akibat melecur biasanya berlaku ke atas kanak-kanak kerana sifat ingin tahu dan gerakan motor yang belum matang.
Sebab-sebab biasa melecur boleh berlaku ialah lepuhan akibat daripada air panas atau cecair masakan, objek panas seperti sterika dan dapur, Haba daripada minyak masak yang terlampau panas atau percikan api, kebakaran elektrik seperti bermain dengan plug elektrik,sambungan wayar dan soket yang terdedah, terdedah terlalu lama kepada pancaran cahaya matahari.
TERCEKIK
Tercekik antara sebab kematian yang tidak disengajakan di kalangan kanak-kanak. Saluran pernafasan dan tenggorok yang sempit menyebabkan mereka berisiko untuk tercekik. Ketika tercekik, salur pernafasan dan tenggorok yang tertutup akan menghalang oksigen ke paru-paru dan seterusnya ke otak. Ini akan menyebabkan kematian. Sebarang objek bersaiz kecil boleh menyebabkan tercekik. Ini termasuklah bahan makanan, perkakasan rumah dan alat permainan.
Untuk mengelakkan anak daripada tercekik, jangan benarkan anak anda makan ketika bermain. Anda perlu sediakan makanan dalam bentuk saiz kunyahan supaya anak mudah untuk kunyah dan telan. Selain itu pastikan juga lantai, meja dan tempat mereka bermain bebas dari objek-objek yang kecil seperti butang, guli, duit syiling, pin dan manik-manik.
Elakkan makanan yang mudah tercekik bagi kanak-kanak seperti kacang tanah, gula-gula dan bertih jagung. Elakkan memberi alat permainan yang mempunyai bahagian-bahagian yang kecil kepada kanak-kanak. Pelajari bantuan kecemasan dan langkah-langkah yang patut dilakukan jika anak anda tercekik.
Jika kanak-kanak mengalami kecederaan sila bawa ke klinik berdekatan ataupun hospital bagi tujuan untuk mendapatkan rawatan. Talian 999, panggilan kecemasan untuk mendapatkan bantuan polis dan ambulans, 994 untuk bomba manakala 991 khusus bagi mendapatkan bantuan penyelamat dan kecemasan.
SUMBER: PORTAL MYHEALTH, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyanyi terkenal yang juga merangkap guru, Tasha Manshahar baru-baru ini menyambut ulang tahun kelahiran putera sulungnya, Muammar 1 tahun.
Apa yang menariknya ulang tahun Muammar apabila Tasha sendiri yang berusaha membuat kek hari jadi buat Muammar walaupun sebelum ini dia langsung tidak pernah membuat kek.
Memandangkan Muammar masih kecil lagi, Tasha membuat keputusan untuk membuat sendiri kek yang boleh baby makan.
“Our Muammar is turning 1yo today. How time flies. Happy 1st Birthday, my little hero. Minta jasa baik semua doakan supaya Muammar membesar sihat, baik, bijak dan bermanfaat. Terima kasih ya semua, sebab sayang Muammar walau hanya dari kejauhan.”
“Mommy spam banyak gambar and video harini dekat feed and igstory sebab mommy tengah reminiscing pengalaman melahirkan Muammar tahun lepas. Sorry okay”
“Dari awal lagi I mmg dah niat nak bake birthday cake specially for Muammar on his 1st birthday walaupun sebenarnya i tak pernah dan tak pandai baking langsung! Tapi saja nak make today more memorable and meaningful (atleast for me).”
“Tengah malam semalam ya i mula baking time semua org dah tidur. Nervous gila sebab memang tak reti!”
“Kek cantik order jugak untuk orang dewasa makan, tapi Muammar kan tak boleh makan kek tu sebab dia baby lagi, so I made an effort inspired by many other supermoms out there untuk buat cake yang anak boleh makan.”
“Boleh je nak upah baker buat ikut resipi yang kita bagi, tapi i saja nak buat sendiri hehehe. Tapi berani mati jugaklah i sebab honestly kuantiti bahan dia ada yang i main agak-agak je”
“Nasib baik lahhhhh rasa dia boleh tahan sedap walaupun rupa dia agak mengerikan ya. Patut mommy boleh design-design letak buah ke tapi mommy tak sempat, sorryyy Muammar”
“Emmm nak share resipi tapi rupa kek kita pun mcm tak berapa meyakinkan…tapi ada yang nak resipi ke?”
Tasha mendirikan rumah tangga dengan Raqib pada 8 September tahun lalu di sebuah majlis nikah ringkas di Masjid Jamek Kajang. Pasangan ini menimang cahaya mata pada 21 Jun tahun lalu.