Adakah menyusu badan ketika berpuasa boleh mendatangkan kesan kepada anak? Bagaimana pula caranya untuk mengekalkan bekalan susu pada bulan Ramadan?
Bolehkah ibu menyusu badan ketika berpuasa?
Sama seperti ibu hamil yang ingin berpuasa, ibu yang menyusu badan juga diberikan kelonggaran untuk tidak berpuasa pada bulan Ramadan.
Kebanyakan sarjana Islam percaya wanita yang menyusu dibenarkan untuk tidak berpuasa, sama seperti mereka yang tidak sihat atau sedang bermusafir.
Hakikatnya, sama ada anda mahu berpuasa atau tidak, ia harus bergantung kepada beberapa perkara dan paling utama melibatkan usia bayi.
Dikatakan terdapat perbezaan antara bayi yang masih kecil dan hanya menyusu berbanding bayi berusia setahun yang sihat serta sudah mengambil makanan pejal lain.
Sebelum memutuskan sebarang keputusan, sebaiknya anda disarankan untuk merujuk kepada:
Ahli keluarga atau rakan-rakan yang pernah mempunyai pengalaman menyusu badan ketika berpuasa
Doktor atau pakar berkaitan penyusuan
Pakar agama
Wujudkah risiko kepada bayi menyusu badan ketika berpuasa?
Sebenarnya, berpuasa tidak akan mendatangkan sebarang risiko bahaya kepada bayi.
Ini kerana badan anda masih boleh menghasilkan susu semasa anda berpuasa. Pengambilan kalori yang kurang seharusnya tidak akan menjejaskan jumlah penghasilan susu.
Sistem badan secara automatik akan membuat penyesuaian dan mengubah cara penggunaan kalori yang ada serta membebaskan tenaga dengan lebih baik sebagai tindak balas kepada kekurangan makanan dan air.
Dikatakan, sekiranya seorang wanita yang menyusu badan tidak makan selama 24 jam, kuantiti dan nilai nutrisi susu yang terhasil tidak akan terjejas.
Malahan, sekiranya berlaku perubahan pada badan, sudah tentu anda akan dapat merasainya terlebih dahulu dan akan berhenti berpuasa jika kesan tersebut menjejaskan penghasilan susu.
Bagaimana risiko terhadap diri jika menyusu badan?
Ads
Selalunya, wanita yang menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan dan menyusukan anak, tidak akan mengalami sebarang masalah. Badan anda dipercayai dapat bertahan sepanjang tempoh berpuasa itu.
Walau bagaimanapun, proses penyusuan pastinya akan membuatkan anda berasa lebih dahaga. Jika anda mengalami dehidrasi semasa berpuasa, anda akan berasa tidak sihat.
Antara tanda dehidrasi yang boleh dikenal pasti adalah:
Berasa sangat dahaga
Air kencing berwarna gelap dan berbau kuat
Berasa seperti hendak pitam, lemah atau lesu
Berasa sakit kepala atau sebarang kesakitan lain
Jika anda menyedari sebarang tanda yang dinyatakan, anda disarankan untuk berbuka dengan meminum air dan berehat.
Jika keadaan masih tidak berubah selepas 30 minit, dapatkan pemeriksaan doktor dengan segera.
Seperti yang dinyatakan, berpuasa tidak akan menjejaskan penghasilan susu, tetapi perhatikan tanda-tanda jika bayi tidak mendapat susu yang mencukupi, seperti:
Kurang membuang air, bayi baru lahir perlu kencing beberapa kali sehari
Najis berwarna kehijauan
Tangisan nyaring dan berpanjangan atau kerap meragam
Turun atau tidak berat badan si manja
Jika anda berasa bayi kuat menyusu badan ketika berpuasa, berikut dikongsikan beberapa tip yang boleh anda amalkan bagi memastikan penghasilan susu tidak terjejas.
Pengambilan air mencukupi
Adalah normal untuk berasa dahaga ketika berpuasa. Jadi anda disarankan untuk memastikan pengambilan 2-3 cawan air pada waktu sahur dan berbuka pada bulan Ramadan.
Selepas berbuka, pastikan ada botol air berhampiran anda untuk memudahkan anda minum. Sebolehnya, cuba untuk habiskan 2 botol air.
Sekiranya anda bangun pada tengah malam untuk menyusukan bayi, jangan lupa untuk minum sedikit air.
Ads
Elakkan air manis agar anda dapat memfokuskan kepada pengambilan air kosong yang secukupnya.
Smoothie pada waktu sahur
Sebagai tambahan kepada makanan bersahur yang biasa, anda boleh menambahkan jumlah kalori dengan pengambilan smoothie.
Jika anda tidak mampu mengambil segelas penuh smoothie, cuba untuk mengambil secawan smoothie pada ketika bersahur.
Elakkan makanan bergoreng
Pengambilan kalori yang cukup ketika menyusukan bayi adalah penting, tetapi pengambilan makanan bergoreng secara berlebihan tidak akan memberikan sebarang manfaat nutrisi kepada anda dan bayi.
Pemakanan seimbang dan berkhasiat
Dengan memastikan hidangan makanan anda mempunyai protein, pelbagai sayuran dan karbohidrat semasa bersahur dan berbuka dapat membantu anda melakukan proses menyusu badan ketika berpuasa dengan lancar.
Elakkan makanan yang tinggi kandungan garam bagi mencegah anda cepat berasa dahaga dan keletihan.
Ads
Snek selepas berbuka
Beberapa jam selepas berbuka puasa dan sebelum tidur, dapatkan nutrisi tambahan dan kalori dengan pengambilan snek sihat yang dapat membantu menambah tenaga.
Suplemen tambahan
Pengambilan suplemen tambahan pastinya dapat membantu membekalkan tenaga yang diperlukan bagi menyusu badan ketika berpuasa.
Namun, sebelum itu, dapatkan nasihat serta pandangan doktor sekiranya anda mungkin perlu mengambil sebarang supleman tambahan ketika bulan Ramadan.
Pam secara konsisten
Semakin anda kerap menyusu badan, maka akan wujud rangsangan untuk menghasilkan lebih banyak susu. Ia berkait rapat dengan sistem supply & demand.
Lakukan proses pam susu dengan konsisten bagi menghasilkan bekalan susu yang mencukupi. Jika perlu, lakukan juga proses mengepam susu pada waktu malam.
Menyusu seperti biasa
Adalah penting untuk memastikan dan mengekalkan jadual penyusuan bayi seperti biasa. Ini untuk mengelakkan sebarang kemerosotan dalam penghasilan susu.
Sentiasa berada dalam keadaan positif bahawa anda akan dapat memberikan susu yang mencukupi buat si kecil. Elakkan daripada berada dalam keadaan stres, okay mommies?
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon, Ummi Nazeera melalui instagramnya memaklumkan bahawa dia dan suami, Dr. Izzar akhirnya membawa anak sulungnya Ayra 9 bulan, keluar ke tempat awam setelah mengambil vaksin yang dijadualkan kepada anaknya.
Finally we bring @ayra.aneesah out to a crowded area… Bazaar Ramadhan di Baling. lepas dah dapat 9 months vaccination (MMR) . Because now byk measles cases kan.. Alhamdulillah boleh jalan dahhh.
Tengok apa jadi dekat budak ni. This is life
Melalui gambar yang dikongsi, Ayra kelihatan kepenatan kerana ini kali pertama dia didedahkan di kawasan umum dan sesak.
Sebelum ini dia dan suami memberitahu bahawa mereka belum bersedia untuk membawa cahaya matanya keluar ke tempat awam kerana usia anaknya masih kecil dan belum mendapat vaksin yang lengkap.
Mereka memberitahu akan membawa Ayra keluar selepas bersedia dan lengkap mengambil vaksin yang dijadualkan. Ini kerana bayi mudah terkena jangkitan penyakit berjangkit jika terdedah dengan suasana yang padat dan ramai orang. Imunisasi badan bayi masih belum kuat dan memerlukan vaksin untuk melindungi mereka.
Posting terdahulu:
Daddy tak benarkan ayra keluar jalan jalan lagi. Travel from one place to another pun to another house je. Shopping malls semua belum pergi lagi. Tunggu 6 bulan nanti lah syg ya in shaa Allah.
Naik stroller @cybexmalaysia#cybexfashioncollectionkoi ni pun area area rumah je. Sian dia.. Takpelah.. She has met so many people at home and so many people dah angkat sembang2 dgan ayra kan.. i consider that teaching u/exposing u to social skills as well iAllah. mummy love u so much baby. #cybexmios
Rata-rata netizen berkongsi anak mereka pernah terkena penyakit berjangkit. Ada juga yang bersetuju dan melakukan perkara yang sama, hanya membawa anak keluar apabila sudah besar dan menerima vaksin yang sepatutnya.
Anak saya 7 month baru lepas kena measles, memang kesian, kecik lagi kan.
Anak saya 4 bulan dah kena measles
Gambar no 3 tu mcm “arghh letihnya jalan-jalan dekat bazar”
High Five, i memang takut nak bawak anak tempat crowded
Ummi Nazeera yang mendirikan rumah tangga bersama Dr. Mohd Izzar dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang comel bernama Ayra Annesah pada 22 Ogos tahun lalu.
Selama 28 jam dalam labour room. Itu kenangan yang tak dapat dilupakan oleh pelakon Ezzaty Abdullah yang mengimbas kenangan melahirkan puteri sulungnya Harum Dalia dua tahun lalu.
Menurut Ezzaty, dia terpaksa menantikan kelahiran anaknya itu selama 28 jam di dewan bersalin dengan pelbagai perasaan yang berdebar.
“Ingatkan anak ibu lahir 5 Disember 2017, tapi Lagi 24 jam (10.30pm) baru anak ibu selamat dilahirkan secara normal with induce.
“28 jam ibu dalam labor room tunggu anak ibu,” tulisnya.
Isteri kepada pelakon Azwan Kombos itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya sempena tarikh kelahiran yang ke-2 bagi anak sulungnya. Harum telah dilahirkan pada 6 Disember 2017.
Rezeki setiap orang melahirkan anak tak sama. Ada yang mudah, ada yang ambil masa berhari-hari menahan sakit kontraksi dan inilah membuktikan seorang wanita itu sangat kuat.
Bukan mudah bagi seorang isteri berjuang melahirkan anak tetapi jika suami memahami dan melihat sendiri proses kelahiran ini, boleh menitik air mata melihat perjuangan isteri melalui saat ini. Hargai dan sayangilah isteri!
Sumber: IG Ezzaty Abdullah
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap bayi yang masih menyusu memerlukan amaun susu yang secukupnya bagi menjamin tumbesaran dan perkembangan mereka. Oleh itu, sudah menjadi tugas ibu bapa untuk memastikan perkara ini terjamin.
Ikuti artikel ini dengan lebih lanjut untuk mengetahui petanda si kecil anda sudah cukup minum susu!
Petanda si kecil anda sudah cukup minum susu!
#1. Berat badan bayi meningkat
Pertama sekali, ibu bapa dapat mengetahui bahawa si kecil sudah cukup minum susu sekiranya berat badan bayi meningkat dengan sihat. Ia boleh diukur melalui kenaikan berat badan mereka sebanyak 400 g sehingga 1 kg setiap bulan.
#2. Lihat pada jumlah dan warna najis bayi
Anda juga boleh menilainya dengan melihat kepada jumlah dan warna najis bayi yang dikeluarkan setiap hari.
Bayi yang normal dan cukup minum susu selalunya akan mempunyai najis berwarna kuning cerah dan cair dan menggunakan sekurang-kurang 1 lampin dalam sehari.
Jika si kecil langsung tidak membuang air besar dalam satu hari, ia mungkin menunjukkan bahawa mereka tidak dapat susu yang cukup.
#3. Perhatikan gerak dan bunyi yang dibuat oleh bayi
Anda juga boleh lihat pergerakan bahagian antara leher dengan dagu bayi ketika mereka sedang menyusu.
Perhatikan jika dagu bayi kelihatan turun lebih jauh ke bawah selama beberapa saat sebelum kembali ke posisi yang asal. Ini menunjukkan bahawa bayi cukup minum susu.
Selain itu, cuba dengar bunyi yang dikeluarkan oleh bayi. Jika anda terdengar bunyi seakan “glug, glug, glug’’ atau “slurp, slurp, slurp’’ semasa mereka menyusu, ia juga merupakan petanda bayi cukup minum susu.
#4. Payudara menjadi lembut dan kempis
Para ibu juga boleh melihat perubahan pada diri anda. Untuk mengetahui jika si kecil anda cukup minum susu atau tidak, perhatikan payudara anda.
Sebelum menyusukan bayi, payudara selalunya berasa penuh dan kembung. Selepas menyusukan bayi, ia akan berubah menjadi lembut dan kempis.
Selain itu, petanda si kecil kenyang dengan susu adalah penyusuan badan tidak lagi menyakitkan bagi anda.
#5. Bayi kenyang susu akan tidur lena
Bayi yang kenyang atau cukup minum susu akan tidur dengan lena. Bagi orang lama, keadaan ini dipanggil sebagai ‘mabuk susu’.
Jika bayi anda kerap tertidur setiap kali selepas menyusu badan dan mereka kelihatan begitu nyenyak, ini menunjukkan si kecil anda sudah cukup minum susu.
Pun begitu, ini semua hanyalah petanda asas yang dapat dilihat pada luaran sahaja.
Untuk mendapatkan lebih kepastian, sila bawa bayi anda berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan yang lebih lanjut okay!
Kredit: Hello Doktor, Info Ibu Hamil
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ni, Fattah Amin sempat buat satu sesi live santai bersama keluarganya. Pada awalnya, ramai yang sangka ia cuma sesi biasa artis berkongsi masa...