Untuk suami, apa pun isteri sanggup korbankan demi melihat pasangan menjadi insan terbahagia. Apabila suami senang, jangan pula isteri dilupakan.

Suami isteri pasti berkongsi susah senang bersama sejak dari awal perkahwinan. Susah senang, jatuh bangun hanya pasangan yang tahu. Perkongsian daripada Encik Muhammad Hassan sedikit sebanyak menjentik hati setiap pasangan khususnya lelaki bergelar suami.

Buat Suami, Hargailah Isteri. Kita Susah Dia Faham, Bila Senang Sama-Sama Bahagia

Kasihnya Isteri Terhadap Suami

Begitulah tajuk yang sesuai untuk saya katakan apabila berbual dengan rakan. Kongsi masalah perniagaan. Turun naik, untung rugi dalam perniagaan.

Namun, bukan untung rugi yang menyentuh jiwa ini. Tapi. Tentang seorang Isteri. Ya Isteri. Lemah tenaganya. Tapi besar jiwanya untuk hadapi segala ujian. Tenang sungguh tutur kata dalam membakar semangat.

Kongsi rakan saya, jatuh bangun bersama isteri. Rugi dalam perniagaan. Modal hangus, dalam bank ada RM16. Tidak mengapa abang. Kita gadai gelang emas saya, duit itu buat pusingan modal untuk pulihkan kembali perniagaan. Beberapa bulan, rugi lagi. Tidak mengapa abang, gelang emas ada lagi satu, kita gadai yang ini, pulihkan kembali perniagaan abang.

MEREKA INSAN YANG WAJAR KITA PERTARUHKAN NYAWA

“Matt. Setiap kali aku pandang isteri, aku sebak. Rupanya inilah manusia yang kita patut TARUHKAN NYAWA UNTUK MEREKA.

IKLAN

Kadang-kadang aku mencela diri sendiri “Celakalah diri ini jika tidak hargai setiap ‘pengorbanan’ isteri” . “Celakalah diri ini jika mengabaikan isteri dan anak-anak”. “Celakalah diri ini jika sakiti mereka”.

Buat Suami, Hargailah Isteri. Kita Susah Dia Faham, Bila Senang Sama-Sama Bahagia

TIDAK MAMPU MENAHAN AIR MATA JANTAN

Saya dengar berjurai-jurai air mata. Terketar-ketar bibir rakan saya menahan sebak. Tidak mampu menahan air mata jantan ini.

Sangat lemah apabila berbicara tentang isteri. Sanggup susah demi suami. Sanggup lupakan pekerjaan setaraf. Susah payah belajar betahun-tahun. Namun demi suami sanggup berhenti kerja untuk jaga rumah tangga.

“MAAFKAN ABANG BANYAK SUSAHKAN SAYANG”

Balik rumah saya pegang tangan isteri, saya cium tangan isteri,saya peluk isteri. Maafkan abang sebab banyak susahkan sayang.

IKLAN

“Maafkan abang jika pernah sakiti sayang. Maafkan abang jika tidak mampu tunaikan segala hajat sayang.”

“Tidak mengapa abang, Jika tidak di dunia mudahan Allah bagi ganti di akhirat,” balas si isteri.

“Sayang bahagia sangat walaupun abang tidak seperti dulu.” Itulah jawapan dari isteri tidak pernah menghampakan suami.

SENTIASA BERKATA-KATA MENYENANGKAN HATI

IKLAN

Buat Suami, Hargailah Isteri. Kita Susah Dia Faham, Bila Senang Sama-Sama Bahagia

Kata-kata yang baik, kata-kata menyenangkan hati. Saya menulis ini dalam masjid. Sedang menunggu waktu isyak. Masih bergenang air mata.

Moga masjid ini menjadi saksi bahawa saya doakan moga Allah S.W.T ampunkan segala dosa isteri dan masukkan dia ke dalam syurga tanpa hisab.

“Para suami, hargailah isterimu. Susah senang mereka bersamamu. Mereka pernah ‘mati’ berkali-kali untukmu”

Sumber: Muhammad Hassan

Artikel Berkaitan: Suami Isteri Luangkan Masa Dengar Luahan Sebelum Tidur Lebih Tenang & Kurang Stres

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI