Ads

Remote TV’ Punca Tragedi, Ibu Hilang Sabar Anak Tak Mahu Tidur

Siapa sangka, insan yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat buat seorang anak akhirnya bertukar menjadi punca kehilangan nyawanya sendiri.

Seorang ibu yang mengandungkan anak selama sembilan bulan, menahan sakit melahirkan dan sepatutnya menjadi pelindung pertama dalam hidup seorang bayi, tergamak bertindak kejam terhadap darah daging sendiri hanya disebabkan perkara yang dianggap remeh  tangisan bayi yang tidak berhenti dan sukar tidur.

Tragedi menyayat hati ini dilaporkan berlaku di Korea Selatan apabila seorang wanita berusia 30-an ditahan atas tuduhan membunuh anak lelakinya yang baru berusia lapan bulan.

Menurut laporan The Korea Herald, Polis Wilayah Gyeonggi Nambu memaklumkan suspek kini disiasat di bawah pertuduhan penderaan kanak-kanak sehingga mengakibatkan kematian.

Hasil siasatan mendapati wanita itu mengaku memukul kepala bayi malang tersebut menggunakan alat kawalan jauh televisyen pada 10 April lalu.

Remote TV’ Punca Tragedi, Ibu Hilang Sabar Anak Tak Mahu Tidur
Gambar sekadar hiasan

Selepas kejadian, mangsa dibawa ke sebuah hospital berhampiran di Bucheon, Wilayah Gyeonggi. Pemeriksaan doktor mendapati bayi berkenaan mengalami kecederaan serius di kepala termasuk keretakan tengkorak.

Ads

Doktor turut mencadangkan agar bayi itu dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut memandangkan keadaannya kritikal. Namun lebih mengejutkan, ibu mangsa dikatakan enggan membenarkan rawatan dan membawa pulang anaknya ke rumah.

Pada 13 April, wanita tersebut sekali lagi membawa bayi itu ke hospital sama selepas mendapati anaknya tidak sedarkan diri di rumah. Namun, bayi malang itu disahkan meninggal dunia pada keesokan harinya.

Siasatan lanjut menjadi semakin memilukan apabila rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah mendapati ibu bapa bayi tersebut kerap meninggalkan mangsa bersendirian selama beberapa jam.

Pada awalnya, suspek cuba memberi alasan bahawa bayi itu mengalami kecederaan akibat terjatuh ketika mandi. Namun selepas disoal siasat dengan lebih mendalam, wanita itu akhirnya mengaku melakukan penderaan terhadap anaknya sendiri.

Ads

Bedah siasat awal oleh Perkhidmatan Forensik Kebangsaan kemudian mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.

Remote TV’ Punca Tragedi, Ibu Hilang Sabar Anak Tak Mahu Tidur
Gambar sekadar hiasan

Semasa soal siasat, suspek mengaku hilang sabar dan mendera bayi tersebut kerana mangsa tidak berhenti menangis serta enggan tidur.

Polis kini turut menyiasat bapa mangsa sebagai saksi bagi menentukan sama ada lelaki itu mengetahui atau membiarkan penderaan berkenaan berlaku.

Ads

Pihak berkuasa turut memaklumkan bahawa mereka akan memohon perintah tahanan rasmi terhadap suspek.

Walaupun kejadian ini berlaku di luar negara, kisah tragis ini tetap memberi pengajaran besar kepada semua ibu bapa. Menjaga anak kecil terutama bayi bukan tugas mudah kerana ia menuntut kesabaran emosi, fizikal dan mental yang sangat tinggi.

Tangisan bayi bukan untuk menyusahkan, tetapi satu-satunya cara mereka berkomunikasi. Apabila ibu bapa terlalu penat, tertekan atau berdepan masalah emosi, mendapatkan bantuan dan sokongan adalah jauh lebih baik daripada melepaskan kemarahan kepada anak yang tidak mengerti apa-apa.

Kerana dalam sekelip mata, kemarahan yang tidak terkawal boleh mengundang penyesalan seumur hidup.

Sumber: Harian Metro

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Detik Akhir Empat Beranak, Maut Selepas Makan Beriani Dan Tembikai

Niat sekadar menikmati makan malam bersama keluarga, namun siapa sangka ia menjadi santapan terakhir buat empat beranak.Tragedi menyayat hati ini berlaku di Mumbai, India...