Buat Sup Siam Jadi Lagi Power, Pakai Perencah Ni Pun Dah Sedap, Padu Sungguh!

Share

Menu paling senang selepas pulang dari bekerja pastinya menu ringkas dan mudah. Sup dan tomyam antara kesukaan anak-anak yang paling mudah dimasak untuk berbuka. Nak masak sup siap mudah, cepat dan pantas, perkongsian saudara Wan Luqman ini mak-mak kena cuba.

Hanya gunakan perencah Adabi sahaja, pes sup siam jadi lagi sedap dan power. Jom cuba!


Assalamualaikum sis. Harini ambe teringin nak makan sup tulang siam. Tengok harga tulang, mahal pulak, tak jadi ambe beli daging je lah sikit wat lepas teringin.

Bahan-bahan:
Daging
Batang Sederi
Ubi Kentang
Tomato
Cili Padi
1 Paket perencah sup siam
Bawang Putih
Lobak Merah

Daging tu rebus dulu kejap.

Tumis bawang putih, kentang, carrot dan celery sampai barang kekuningan.

Masukkan sesudu nampla. Bila masuk ni, bangkit bau satu rumah.

Masukkan 200ml air.

Masukkan 1 paket rempah sup siam adabi. Gentle reminder, pes ni dia sedap doh, cukup rasa. Kalau nak boleh tambah tomato. Garam tak perlu sebab dah ada nampla.

Tambah dalam 100ml air rebusan daging.

Letak gula sikit, ambe letak palm sugar thai. Kacau sampai sebati.

Masukkan cili padi, bawang dan tomato. Biarkan mendidih dan angkat.

Nak lagi sedap tambahlah cili kicap power!

Menarik: Sebak Gembira Ragam 5 Anak Selebriti Ke Sekolah, Semua Comel-Comel Belaka!

Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/

Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

IKLAN