Buatkan Aiskrim Kurma Homemade, Anak Kenyang Sihat Pulak Tu!

Share

Setiap kali belikan aiskrim pada anak-anak, mama selalu rasa ragu-ragu akan kandungan bahannya. Tak perlu bimbang jika mama sediakan sendiri aiskrim homemade buat anak di rumah.

Selain dapat mencipta bonding dengan anak-anak, kandungan bahannya juga terjaga. Resipi aiskrim homemade yang disediakan oleh Puan Umairah Jamaah ini memang sihat kerana disediakan daripada campuran kurma dan susu. Anak kenyang, sihatnya pun berganda.

Memandangkan sekarang musim panas. Eloklah kita buat. Guna bahan-bahan yang mudah aje. Boleh adjust ikut selera memasing tau. Cara buatnya pun lagi mudah. Ok jom mulakan misi kita.


43319865_10210252817757364_5226657526270918656_n.

Kurma (rendam sikit dalam susu tu untuk lembutkan)

Kacang badam dalam segenggam. Sangai dan blendar. Blend tak hancur sangat pun takpa. Beli yang dah siap kisar lagi senang.

Susu 2 cawan. Sebaiknya Susu Fresh Milk untuk yang bawah 2 tahun. Sebab tiada kandungan gula tambahan. Pewarna dan perasa.

Ovalet dalam sesudu besar.


43322621_10210252818397380_89012372575879168_n.

Kisar aje semua sekali gusss. Agak-agak kurma dah hancur.


43292340_10210252819037396_3167688073295167488_n.

Pastu pindah ke mixer. Mix sampai bebetul gebusss. Lagi lama lagi gebusss tau.


43399117_10210252819517408_237385208976900096_n.

Masukkan ke dalam bekas. Sejukkan kat freezer. Mohon menanti dengan penuh sabar.


43414375_10210252819997420_5509479761207885824_n.

Siap untuk dijamah. Ais krim yang padat dengan kasih sayang seorang ibu. Sesuai nak ajak anak buat aktiviti ni bersama.

IKLAN