Bila anak sudah diperkenalkan dengan makanan pejal, mamalah orang yang paling sibuk. Mana tidaknya, kenalah fikirkan apa menu gabungan untuk anak. Bubur nasi untuk anak antara yang sukar untuk disediakan. Bukan apa, ia perlu mengambil sedikit masa untuk disediakan.
Bagi menjimatkan masa dan menyediakan bubur nasi paling pantas, mama boleh cuba cara yang disediakan oleh ibu Nor Hidayah Musa. Paling menarik bukan hanya pantas malah cara dia menggabungkan kesemuanya sekali memang menarik. Tak perlu tambah apa-apa, hanya biarkan dimasak sahaja. Pantas!
Jom ikuti caranya.
Bubur bayi sepantas kilat. Ibu senang anak gembira. Senangnya nak masak makanan bayi. 15-20 minit saja ibu-ibu tak payah tunggu berjam-jam tau.
Ads
Cara:
1) Basuh beras segenggam tangan
2) Potong hancur isi ayam/ikan
3) Potong sayur-sayur pilihan ibu
4) Masukkan sekali semua dalam periuk
Ads
P/s : Buat malam tau. Sebelum tidur tu ke. Boleh buat.
Ads
Masukkan air sehingga tutup sayur sahaja. Dah siap basuh semua. Masukkan dalam tempat frozen. Tutup periuk kemas-kemas.
Yang ni belum masak tau. Bahan mentah je ni (nasik, sayur, ayam). Buat malam, esok pagi terus masak je.
Taraaa. Yang ni dah siap. Tak payah nak tambah air 2-3 kali. Cukup sekali je. Sayur, ayam pun lembut.
Kredit: Nor Hidayah Musa
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak-anak memerlukan nutrisi yang secukupnya untuk membesar dengan baik, namun ada antara anak-anak yang menolak untuk makan. Kalau diikutkan itu memang perkara normal yang sering berlaku, tapi sebagai ibu bapa pastinya perasaan risau akan terbit bimbang nutrien yang diperlukan mereka tidak cukup lantas menyebabkan pertumbuhan mereka terjejas.
Menerusi persoalan yang diutarakan oleh seorang ibu kepada Dr Zubaidi Hj Ahmad, beliau memberikan beberapa tip untuk bangkitkan selera si kecil yang sering menolak untuk makan. Semoga bermanfaat untuk ibu-ibu yang mengalami masalah sebegini.
DOKTOR, KENAPA ANAK SAYA TAK MAHU MAKAN?
“Doktor, saya mempunyai seorang anak berumur 1 tahun 6 bulan. Apa yang merisaukan saya ialah anak saya agak sukar untuk makan. Beliau hanya makan apabila benar-benar lapar, itu pun satu dua suap saja. Saya pernah memberikan anak saya vitamin untuk menambah selera makan beliau, tetapi nampaknya tidak berkesan. Saya amat risau apabila anak saya kelihatan kurus, walaupun beliau aktif.”
Wa alaikum mus salam.
Masalah anak yang agak sukar untuk makan agak biasa berlaku, terutama apabila umur beliau memasuki umur setahun.
Banyak punca anak mempunyai masalah ini. Jika anak puan sihat dan telah mendapat pemeriksaan doctor, maka ada beberapa langkah yang puan boleh ambil untuk mengurangkan masalah ini.
1. Jangan paksa anak Kebiasaannya kanak-kanak mempunyai sikap memilih makanan. Ada makanan yang tidak disukai dan ada beberapa makanan yang amat disukainya. Jangan memaksa anak anda mencuba makanan yang baru, sentiasa menyediakan makanan kegemarannya. Cuma pastikan makanan itu berkhasiat.
2. Jangan janji ganjaran makanan tidak sihat Jangan cuba memujuk anak anda dengan menjanjikan sesuatu jika dia menghabiskan makanan yang diberikan. Ada ibu yang berjanji akan memberikan anak mereka gula-gula atau coklat jika menghabiskan makanan yang diberikan. Ini adalah satu langkah yang silap, kerana kanak-kanak itu akan menjadi lebih gemar kepada gula-gula atau kek, bukannya makanan yang disediakan. Ini menyebabkan mereka menjadi peminat makanan yang tidak berkhasiat.
3. Jadi kreatif Cuba sediakan makanan yang nampak sedap dengan menghiaskan makanan itu dengan warna-warna terang seperti meletakkan lobak merah dan sayuran-sayuran berwarna yang lain. Pastikan makanan itu mempunyai warna yang terang dan menarik.
4. Elak marah dan ugut anak Galakkan anak untuk memakan dengan lebih banyak. Sekiranya beliau tidak dapat habiskan makanan itu, jangan paksa dengan memarahi atau mengugut. Jangan berikan wajah yang marah dan risau apabila anak tidak dapat habiskan makanan atau tidak mahu makan. Kanak-kanak ada kalanya akan sengaja tidak mahu makan untuk menarik perhatian ibu bapa mereka.
5. Variasikan makanan Jangan memberikan makanan yang sama sepanjang hari. Walaupun kanak-kanak sepatutnya makan tiga kali sehari, tetapi mereka juga harus diberikan makanan lain selain nasi, sekurang-kurangnya dua kali dalam sehari. Makanan selain daripada nasi seperti keju, biskut ‘whole-grain’, yogurt, epal dan strawberi kisar boleh diberikan kepada mereka.
6. Tukar makanan berkhasiat Sekiranya kanak-kanak itu masih tidak mahu makan nasi yang biasa dihidangkan, jangan paksa. Berikan makanan selain nasi dengan lebih banyak (pastikan ia berkhasiat) setelah beberapa jam kemudian.
7. Maklum awal sebelum masa makan Ketika menyediakan makanan, beritahu anak bahawa hidangan sedang disediakan, sekurang-kurangnya 15 minit lebih awal. Ada sesetengah kanak-kanak mengambil masa yang lebih lama untuk membina selera, terutama sekali sekiranya mereka tengah asyik bermain.
8. Rutin waktu makan yang sama Pilih masa makan yang tetap kerana ini membantu kanak-kanak menjadi lebih mudah lapar apabila waktu yang ditetapkan tiba.
9. Makan bersama keluarga Makan bersama ahli keluarga yang lain dan jadikan sesi makanan sebagai satu aktiviti keluarga yang ceria. Makan bersendirian akan mengurangkan selera mereka.
10. Makan dengan santai dan gembira Jangan bertelagah dan marah-marah ketika makan. Jadikan suasana makan sebagai suasana yang santai dan menggembirakan.
Pancake antara makan mudah sedia yang sesuai kita sediakan untuk anak yang baru belajar makan. Buatkanlah saiz kecil dan comel seperti yang disediakan oleh Elise Joseph.
Paling penting saiznya kena comel, sesuai untuk anak pegang. Nak lebih khasiat lagi, tambahkan susu segar dan susu tepung anak. Barulah makin tinggi khasiat. Jom cuba!
Bite size pancakes (tanpa telur) untuk sarapan teruna kecil yang baru nak belajar makan.
I cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
5 scoop susu (formula milk) anak
1 sudu besar butter cair atau kalau takda, minyak masak pun boleh.
Air secukupnya (elok lagi kalau susu segar)
Kacau semua sekali. Lepas tu sudu kan ke atas kuali non stick.
Adunan jangan cair sangat supaya bentuk bulat cantik bila dah masuk kuali.
Tapi jangan likat sangat kang keras pulak pancake nya.
Oh..maaflah saiz tak sama besar. Main scoop je nak cepat tadi.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bukan semua daripada kita mempunyai oven di rumah. Namun keinginan untuk menyediakan kek sendiri ketika raya kali ini terasa membuak-buak. Jangan kecewa kerana kini kek boleh disediakan dengan mudah menggunakan periuk nasi atau paling pantas menggunakan air fryer sahaja. Mudah!
Resipi Kak Sarang Semut yang dikongsikan oleh Kasih Abadi menggunakan air fryer ini cuba mudah. Malah jauh lebih pantas daripada ketuhar. Jadi anak-anak tidak menunggu terlama lalu. Mama boleh cuba ni.
Kek kegemaran anak-anak saya. Selalu bakar dalam oven tapi lambat sikit nak masaknya sebab oven besar. Saya cuba masak dalam air fryer lebih cepat, satu adunan dah cukup.
Kek Sarang Semut
Bahan A
1 cwn gula pasir
1 cwn air panas
2 sudu mentega /marjerin
Masak gula hingga keperangan dan masukkn air juga mentega.
Bahan B
4 biji telur di pukul manja
1/2 cwn susu pekat
1 cwn tpg gandum (diayak)
1 sk soda bikarbonat (Di ayak)
Satukan kesemua dan masukkan bahan A ke bahan B. Boleh letak esen vanilla sket lau suka wangi nak kurang bau telur.
Suhu 160 masa 25 minit, Preheat 8 minit.
Adunan perapkan 1/2 jam jika air gula di tuang masih panas dalam adunan tepung.
** Untuk dapatkan lobang semut yang banyak tu cara potongan kek melintang ya, sebab saya pun baru tahu, selama ni potong biasa hasilnya macam tu tak nampak lubang-lubangnya.