Bubur Sumsum Harum Manis, Sedapnya Lain Macam, Bertambah Anak Makan!

Share

Bubur sumsum yang kaya dengan kesedapan buah segar dan susu memang begitu disukai anak-anak kita. Lagi pula warnanya yang cukup menarik buat bayi tertarik.

Bosan dengan bubur sumsum buah naga, apa kata kali ini kita cari kelainan dengan bubur sumsum dari buah mangga Harum Manis pula. Sedapnya lain macam. Jom cuba resipi perkongsian Natasha Azmi ini.


Harini ibu topup lagi stok bubur sumsum untuk aurel. Haritu ibu cuba sumsum dragon fruit dan jagung. Dua dua aurel suka. Kali ni ibu buat sumsum harum manis pulak.

Ibu bagi buah harum manis makan pakai feeder tu suka betul dia makan, tak cukup. Ni ibu buat sumsum pulak. Mesti tak cukup nanti.

Bahan-bahan:
1 sudu tepung beras
5 scoop susu fm
1 cawan air

Kacau rata kemudian bukak api slow masak sampai pekat sedikit.

Mangga blend terus tak yah stim sebab mangga dah lembut.

Sumsum dah siap, masuk bekas kecik-kecik untuk sekali makan dan letak puree mangga yang diblend tadi dekat atas.

Is done!

Letak dalam peti bahagian chiller sahaja. Baby nak makan suap time sejuk-sejuk, confirm tak cukup. Sebab utama ibu pun makan sekali sebab tu tak cukup.

Yang saya buat ni untuk stok 2 3 hari je tau sebab tak pernah buat untuk letak frozen bagi tahan lama.

Menarik: Alhamdulillah, 4-0 Sekarang, Almy Nadia Selamat Bersalin Anak Keempat!

Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.

Nak join? Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/bakat-cilik/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60179701167

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

IKLAN