Ramai ibu yang menganggap bila anak menyusu tapi masih lapar, perkara pertama akan dilakukan mesti fikir nak bagi makan walaupun anak masih belum cukup 6 bulan. Alasannya sebab kasihankan anak.

Bagaimanapun, dari sudut kesihatan dan perubatan anak yang kurang 6 bulan tak boleh diberi makan walaupun mencampurkannya dengan susu. Berikut perkongsian Dr Salehuddin Sulaiman untuk peringatan ibu bapa.

‘Doktor, saya beri makanan tambahan kepada bayi saya guna makanan yang dikisar (blend) halus. Saya beri guna botol susu, cuma putingnya lebih besar. Jadi, baby saya kira dah start makan la kan?’

Seperti yang saya sebut sebelum ni, makanan tambahan permulaan perlu pekat, tak tumpah dari sudu. Ini untuk memastikan bayi mendapat kalori yang cukup untuk tumbesarannya.

‘Tapi, makanan tu saya blend guna susu yang tinggi kalori jenama xxx. Dan saya dah kira, memang baby saya dapat kalori yang cukup.’

Bubur Untuk Bayi Belajar Makan. Usia 8 Bulan Ke Atas Beri Makanan Pejal Berperingkat

Lupa nak terangkan.

Sebenarnya, complimentary food/ makanan baby bukan semata-mata untuk kalori sahaja.
Pemakanan tambahan memainkan peranan yang penting dalam perkembangan otot dan saraf muka/mulut (oromotor neuromuscular development).

Peringkat baby (bawah 4 bulan), baby belajar menghisap-menelan-bernafas (suck-swallow-breathe) dan lidahnya bergerak ke depan dan ke belakang.

IKLAN

Apabila baby mula duduk tegak, pergerakan lidah menjadi lebih kompleks. Lidah akan bergerak ke kiri dan ke kanan. Baby akan mula menggunakan tulang geraham (jaw) bersama-sama lidah untuk melumatkan makanan.

Pergerakan sebegini tak akan timbul jika anda memberi bayi anda ‘makanan’ melalui botol susu. Atau anda sediakan makanan terlalu cair (berbentuk sup/ stew).

Risikonya?
Perkembangan otot-otot muka dan di dalam mulut, termasuk lidah, berkait rapat dengan perkembangan pertuturan. Kalau anda terus-terusan memberi bayi anda makanan sebegitu, bersedialah untuk bertemu satu lagi masalah:

‘Doktor, anak saya tak boleh bercakap lagi!!’

Yes, pemakanan berkait rapat dengan pertuturan. Sebab itu, ada sesetengah baby yang menghadapi masalah cerebral palsy/ saraf otak, yang menghadapi kesukaran menelan (swallowing incoordination) atau menghisap, doktor akan merujuk kepada jurupulih pertuturan (speech therapist).

IKLAN

Jadi, sila pastikan tekstur makanan yang diberikan bersesuaian dengan tahap perkembangan bayi. Bayi tak selama-lamanya makan bubur. Tekstur makanan perlu berubah secara gradual mengikut umur/ perkembangan bayi (bubur pekat – makanan lenyek – finger food – family food, sila rujuk post sebelum ini).

Satu kajian daripada Northstone et al pada 2001 mendapati, bayi yang masih tidak diberi makanan pejal berbentuk (lumpy solid food) selepas umur 10 bulan, akan menghadapi masalah pemakanan kemudian hari, termasuk picky eater.

FREQUENCY
Berapa kali sehari perlu beri makan?

Peringkat permulaan, boleh start dengan 2 kali sehari.
Antara 7-8 bulan, naikkan kepada 3 kali sehari.

Selepas 8 bulan, boleh start beri snek (snack). Jadi, berikan makanan 3 kali sehari + 1 snek.

IKLAN

Selepas 12 bulan (atau lebih awal, jika baby nampak lapar), boleh mula beri 3 kali makanan + 2 snek.

Apa dia snek ni? Mamee, cikedis atau jajan ke? Bukan.

Bubur Untuk Bayi Belajar Makan. Usia 8 Bulan Ke Atas Beri Makanan Pejal Berperingkat

Snek ialah makanan yang mudah diberi tanpa perlu preparation yang banyak (tak serumit nak buat bubur, contohnya). Dan pastikan snek itu mengandungi tenaga dan juga nutrisi/ vitamin.

Contoh snek ialah yogurt, roti/ biskut yang disalut mentega/ cheese, buah, kentang yang digoreng (bukan fries dari McDonald’s).

Masa antara 6-12 bulan adalah waktu yang sangat kritikal (window period) untuk memperkenalkan kepelbagaian RASA, TEKSTUR, BAU dan MAKANAN kepada bayi. Kalau hanya perkenalkan 3-4 jenis makanan sahaja, ada harapan yang cerah anak anda akan jadi picky eater kemudian hari.

Maklumat yang saya tulis ini berpandukan guidelines daripada WHO, bukan ciptaan minda saya sendiri. Saya cuma tukang olah saja.

Sumber: Dr Salehuddin Sulaiman

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI