
Seorang pelajar tahun empat patah rahang selepas ditendang di bahagian muka oleh pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah di Tongkang Pechah, Johor.
Tindakan agresif pelajar tingkatan lima itu bermula selepas hilang kawalan hanya kerana basikal terkena kaki.
Akibat dari itu, pelajar tingkatan lima itu kini berdepan tindakan undang-undang selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Batu Pahat hari ini atas pertuduhan mencederakan murid Tahun Empat terbabit.
Pengakuan tersebut dibuat di hadapan Majistret Arun Noval Dass selepas pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa menyepak muka mangsa hingga menyebabkan rahang kanak-kanak tersebut patah dalam kejadian kira-kira jam 9 malam pada 15 Mei lalu.
Menurut siasatan awal polis, sebelum kejadian, mangsa menyandarkan basikal miliknya di sebuah pondok berdekatan dengan tertuduh, namun basikal itu terbalik dan terkena kaki pelajar Tingkatan Lima berkenaan sebelum dia menyepak mangsa hingga terjatuh dengan mulut berdarah.
Tendangan tersebut menyebabkan kanak-kanak terbabit terjatuh dan mengalami pendarahan pada bahagian mulut.
Mangsa kemudian pulang ke rumah dalam keadaan cedera sebelum memaklumkan kepada ibunya bahawa dia dipukul oleh seorang remaja.
Susulan kejadian itu, ibu mangsa membawa anaknya mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI).
Pemeriksaan lanjut yang dilakukan pihak hospital mendapati rahang mangsa patah akibat tendangan berkenaan.
Baca lagi: Che Mad Warisi Wajah Farid Kamil, Bakat Bersukan Buat Ramai Kagum
Madammu Bertudung Penuh Demi Anak Lelaki, “Saya Kesian Dia Sekolah Agama”
Sumber: Berita Harian