Seorang kanak-kanak lelaki berumur dua tahun ditemukan rentung, manakala lima cedera dalam kebakaran membabitkan dua rumah di Jalan Permatang Badak Perdana 2, Kuantan, awal pagi Khamis (28 April).
Menerusi laporan Metro, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.15 pagi.
Katanya, seramai 18 pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taman Tas, BBP Kuantan dan BBP Indera Mahkota dikejarkan ke tempat kejadian.
“Empat jentera termasuk dua jentera FRT terbabit dalam operasi terbabit.
“Berdasarkan laporan, kebakaran membabitkan dua rumah jenis semi D separuh kekal, masing-masing hangus 100 peratus dan 90 peratus.
“Enam mangsa terbabit, masing-masing seorang kanak-kanak dua tahun ditemukan rentung, seorang lelaki dewasa melecur 50 peratus dan seorang lelaki pula cedera ringan.
“Dua wanita dewasa dan seorang bayi perempuan berusia lapan bulan turut cedera,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, kebakaran itu juga membabitkan tiga kenderaan terbakar iaitu satu kenderaan hangus, manakala dua kenderaan mengalami kerosakan teruk.
Ads
“Setakat ini, punca kejadian dan kerugian masih dalam siasatan,” katanya.
Sementara itu, menerusi laporan Sinar Harian, siasatan secara menyeluruh akan dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi mengenal pasti punca kejadian kebakaran dan letupan dahsyat melibatkan dua rumah terbabit.
Pengarah JBPM Pahang, Datuk Ir Dr Wan Mohammad Zaidi Wan Isa berkata siasatan itu membabitkan dari pelbagai sudut kerana kemusnahan dua rumah semi D itu dipercayai bukannya berpunca daripada kebakaran.
Beliau tidak menolak kemungkinan letupan itu dipercayai berpunca daripada beberapa bahan termasuk mercun dan bunga api.
“Kita akan menyiasat keseluruhan kejadian supaya kita dapat pengesahan punca berlaku letupan. Jika dilihat pada dasarnya kejadian ini, bahan yang berlaku letupan kemungkinan daripada dapur masak gas atau bahan lain yang masih dalam siasatan.
Ads
“Berdasarkan tinjauan, saya lihat ada silinder gas dan bunga api. Tapi Kita juga tidak tahu apakah sebenarnya bahan yang menyebabkan letupan.
“Kalau betul letupan itu berpunca daripada bunga api atau mercun, kita perlu tahu berapa banyak jumlah mercun sehingga menyebabkan kejadian letupan teruk dan memusnahkan rumah,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan tinjauan di lokasi kebakaran dan letupan itu.
Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panching, Mohd Tarmizi Yahaya.
Wan Mohammad Zaidi menjelaskan kebakaran ini menyebabkan berlaku satu letupan yang sangat kuat yang menyebabkan struktur rumah kedua dua buah rumah ini rosak teruk dan menyebabkan dinding serta bumbung rumah runtuh.
Ads
“Berdasarkan kepada laporan saksi semasa kebakaran berlaku adanya letupan yang sangat kuat yang boleh didengari sehingga 10 kilometer,” katanya.
Beliau berkata, kesemua mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk rawatan lanjut.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru melansungkan perkahwinan minggu lalu, Allah lebih menyayanginya. Itulah situasi yang berlaku kepada arwah Dr Mohammad Farid Ismail, 28 tahun yang berkhidmat di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, apabila maut dalam kemalangan.
Arwah yang merupakan anak yatim piatu telah berkongsi kegembiraan dapat menggunakan panggilan “ayah” dan “mak” setelah berkahwin baru-baru ini dengan pasangannya.
Menerusi laporan Astro Awani, arwah maut apabila kereta yang dipandunya terbabas di Jalan Changlun – Kuala Perlis, berhampiran Pintu B Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) Ulu Pauh, pagi Jumaat.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, mangsa, Dr Mohammad Farid Ismail, 28 tahun, dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar tiang elektrik di pembahagi jalan.
Ketika kejadian, difahamkan mangsa yang berasal dari Pendang, Kedah itu dalam perjalanan ke tempat kerjanya.
Ekoran kejadian itu, mangsa yang mengalami kecederaan parah maut di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Arau, Supt Nanda Maarof yang dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan kes mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pembantu perubatan sebelum dibawa ke unit forensik HTF untuk bedah siasat.
Dalam perkongsian yang telah viral di media sosial semalam, ramai rakan-rakan arwah terkejut dan mengucapkan takziah kepada isteri arwah.
Sesungguhnya kehilangan doktor muda ini begitu dirasai oleh ramai doktor senior, rakan sekerja, junior di universiti dan mereka memuji sikap baik arwah yang sentiasa menyenangkan hati semua orang.
Walaupun hanya sempat bergelar suami isteri hanya dalam masa seminggu, tetapi perancangan Allah lebih dari segalanya.
Salam takziah untuk isteri dan seluruh ahli keluarga arwah. Moga arwah ditempatkan dikalangan para solihin dan kembali bertemu ibu bapanya di sana.
“Ainul nampak sangat comel, bibir dia cantik, pipi dia tembam. Insya-Allah mama akan jaga Ainul walau apa jua ujian dan cabarannya,” kata ibu kepada Ainul Mardhiah.
Nurul Erwani Zaidi, 24, memaklumkan anak perempuannya berusia sembilan bulan itu yang menghidap kanser mulut Germ Cell Tumor kini sedang berehat dan berada dalam keadaan stabil.
Melalui status yang dimuat naik di Instagram miliknya, Nurul Erwani berkata, pembedahan membuang ketumbuhan anaknya itu berjaya dan Ainul berjaya melepasi risiko bahaya.
“Alhamdulillah, sampai tidak tahu macam mana lagi nak ucap terima kasih pada doktor yang terbabit. Sangat bersyukur dapat kenal dan jumpa mereka semua.
“Ainul sekarang sedang berehat dan doktor tengah memantaunya,” katanya.
Malah, Nurul Erwani turut memuat naik gambar terbaharu Ainul Mardhiah dan kelihatan anak kecil itu sedang tidur.
Nurul Erwani juga turut menitipkan kata-kata kesyukuran kerana Ainul dah berjaya melalui satu pembedahan besar dan sangat bersyukur Allah permudahkan segalanya. Doa orang ramai yang tak putus-putus buat Ainul juga antara yang diangkat oleh Allah untuk mengurangkan kesakitan yang dialaminya sejak lahir.
Ainul Mardhiah, jangan risau anak mama. Dah tiada lagi benda yang akan ganggu anak mama lagi. Kita doa sama sama ya supaya Ainul Mardhiah sentiasa dilindungi oleh Allah dan diberikan kesihatan yang baik pada hari hari yang akan mendatang❤️
Terima kasih atas doa doa semua rakyat Malaysia, sumbangan dan bantuan yang diberikan sangat sangat bermakna pada kami. Tanpa bantuan semua, Ainul tak mungkin akan sampai di London.
Kami tak mampu nak balas jasa semua orang yang banyak membantu dan mendoakan untuk kami?
Alhamdulillah, nikmat Allah paling besar dan paling berharga ❤️
Semalam, Ainul Mardhiah selamat menjalani pembedahan membuang tumor seberat kira-kira 200 gram di mulutnya.
Bukan mudah nak jaga anak-anak yang tengah lasak. Lagi-lagi yang baru dapat kaki. Semua pergerakan kena dipantau sepanjang masa. Mungkin kita sebagai ibu bapa dah ambil langkah awal untuk keselamatan mereka tapi jika nak berlaku semua itu diluar bidang kuasa kita.
Begitu jugalah pengalaman yang dikongsikan melalui facebook Salzaf Ra Nis mengenai kejadian menimpa anak perempuannya ketika dia hanya terlelap sebentar.
Kejadian tali terbelit dileher anak perempuannya itu ketika bermain bersama kakaknya di dalam bilik benar-benar buatkannya trauma hingga ke hari ini. Nasiblah kecederaan yang dialami itu tidak serius.
Perkongsiannya ini sekadar untuk memberi peringatan buat semua ibu bapa.
Nasib malang menimpa anak saya… Anak saya ni hiperaktif… Masa berlaku ni saya terlelap di ruang tamu sedang kan sebelum tu dia elok je tido sebelah saya. Tak tahu masa mana dia bangun masuk bilik. Dengar-dengar dia dah nangis.
Bila saya masuk bilik tengok tali sudah terbelit dekat leher. Tapi semasa berlakunya kejadian ni kakak dia ada sekali dalam bilik. Jadi dia la cerita dari awal macam mana boleh terjadi.
“Kata kakaknya yang umur 7 tahun.. adik nya panjat meja lepas tu belit tali dekat leher dan terjun nasib baik meja tu rendah je.
Tapi alhamdulillah Allah SWT masih lagi melindungi anak saya. Saya rasa macam bersalah sangat-sangat kalau la saya tak terlelap mungkin ni semua tak kan terjadi. Tolong doa kan anak saya cepat sembuh nya.
Maaf kalau dengan post saya ni buat awak-awak semua tergangu. Semoga apa yang menimpa pada anak saya ni menjadi iktibar pada semua.
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.