Budak umur 9 tahun memandu kereta gara-gara lambat ke sekolah. Kejadian ini seperti ‘babak dalam filem’. Rempuh kenderaan pihak berkuasa.

Insiden ini berlaku di Amerika Syarikat (AS). Kanak-kanak tersebut bertindak ‘berani mati’ apabila nekad memandu kereta ibunya ke sekolah.

Artikel lain: Abang Cekik Adik 9 Tahun Hingga Mati Bakal Direman, Kejadian Disedari Ibu Melalui CCTV

Budak Umur 9 Tahun Pandu Kereta Gara-gara Lambat Ke Sekolah

Sikap tidak sabar budak lelaki itu yang tergesa-gesa mahu ke sekolah akhirnya membawa padah apabila anggota Peronda Lebuh Raya California (CHP) melihat kereta sedan Volkswagen yang dipandunya berhenti di tengah-tengah persimpangan.

“Apabila kami mengarahkan ia beredar dari situ, ia memecut secara tiba-tiba dan berlakulah adegan kejar mengejar singkat yang berakhir di lot parkir di bahagian timur Plumas Avenue Elementary School.

 

“Ia kemudiannya merempuh kenderaan peronda kami ketika cuba berundur. Mujur tiada siapa yang cedera dan hanya kedua-dua kenderaan mengalami kerosakan kecil,” jelas CHP menerusi catatan di Facebook.

Budak Umur 9 Tahun Pandu Kereta Gara-gara Lambat Ke Sekolah, Rempuh Kenderaan Pihak Berkuasa

IKLAN

Tetapi, anggota pihak berkuasa berkenaan terkejut apabila mendapati pemandu tersebut adalah kanak-kanak yang mahu memandu sendiri ke sekolah tanpa pengetahuan keluarganya.

Lagi artikel: Besar Dugaan Kami, 9 Tahun Menanti, Diuji Pula Maryam Sakit Perlu RM60K Untuk Operate

Menurutnya, budak itu selamat dihantar ke sekolah dan kejadian tersebut turut direkodkan.

Rempuh Kenderaan Pihak Berkuasa

“Saya melihat ‘kepala kecil’ di dalam kereta itu selepas kenderaan kami dirempuh dan ia bukan sosok fizikal yang biasa,” kata anggota yang menyaksikan insiden itu, Terry Dunn.

Sementara itu, nenek kanak-kanak itu pada mulanya menyangka cucunya telah diculik dan dia sendiri seakan tidak percaya dengan ‘kebolehan memandu’ budak berkenaan.

“Kami telah memberi peringatan kepadanya dan dia telah berulang kali memohon maaf atas perbuatannya,” lapor CBS13 memetik kenyataannya.

IKLAN

Sumber: Sinar Harian 

Baca lagi: Kanak-Kanak 9 Tahun Meninggal Dunia Setelah Tercampak Dari Buaian Taman Permainan

Tip Rangsang Bayi Merangkak, Mama Papa Boleh Cuba Praktikkan!

Budak Umur 9 Tahun Pandu Kereta Gara-gara Lambat Ke Sekolah, Rempuh Kenderaan Pihak Berkuasa

IKLAN

Ayuhhh Sertai Jom Mewarna Oyen Bintang Kecil!

Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.

Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI