Mengenakan barut pada bayi mungkin di anggap sebagai amalan tradisional bagi masyarakat Melayu. Walhal pemakaian barut ini sudah lama diamalkan oleh pelbagai kaum.

Amalan ini juga turut diamalkan oleh masyarakat di Filipina, Amerika Syarikat dan juga Eropah. Di Filipina menggelarkan barut ini sebagai bigkis, manakala di negara Barat dikenali sebagai baby binder atau belly banding.


Tujuan pemakaiannya adalah sama, iaitu bagi menghindari bayi daripada mengalami ketidakselesaan perut seperti perut kembung atau berangin mahupun sakit perut, dengan hanya membalut kain atau mengikat kain pada bahagian pinggang dan perut si kecil.

Kebiasaannya barut akan dipakaikan pada bayi yang berusia sehari – selepas dilahirkan – hingga mencecah usia 4 bulan, bergantung kepada kesesuaian serta keadaan bayi.

Bukan Amalan Orang Lama & Saja-Saja, Pakai Barut Penting Untuk Bayi 0-4 Bulan!

Kenapa barut disyorkan untuk bayi?
Kegunaan utama barut adalah untuk memastikan perut bayi sentiasa hangat dan mampat (compressed).

IKLAN

Walaupun nampak seperti tidak menyelesakan, tetapi bagi si manja balutan barut memberikan ketenangan dan kehangatan pada bayi.

Kelebihan pemakaian barut:

* Hindari masalah kembung perut
Paling utama pastinya untuk mengelakkan ketidakselesaan perut. Ini kerana si kecil amat terdedah kepada masalah perut berangin.

* Elakkan bayi menyusu secara berlebihan
Pemakaian barut boleh mengelakkan si kecil daripada menyusu secara berlebihan. Jika bayi terlebih menyusu berkemungkinan boleh menyebabkan tekanan pada perut mereka. Ini kerana sistem pencernaan si kecil masih belum mampu menampung jumlah nutrisi yang terlalu banyak.

* Melindungi tali pusat bayi
Biasanya dalam tempoh 1-2 minggu selepas dilahirkan, tali pusat bayi akan tertanggal. Keadaan ini boleh menyebabkan bahagian pusat bayi menjadi lebih sensitif apabila terkena pakaian atau sebarang sentuhan.

IKLAN

Jadi dengan memakaikan barut baby, bahagian tersebut akan dapat dilindungi dan dijaga daripada sebarang kecederaan atau perkara yang tidak diingini.

Bukan Amalan Orang Lama & Saja-Saja, Pakai Barut Penting Untuk Bayi 0-4 Bulan!

Cara pemakaian barut baby yang betul
* Perkara paling utama adalah untuk memandikan bayi dengan air suam.
* Sekiranya tali pusat si kecil belum tertanggal, pastikan anda mengeringkan bahagian tersebut terlebih dahulu dengan menggunakan tuala lembut.
* Setelah bayi dan bahagian tali pusat dikeringkan, sapukan minyak telon.
* Kemudian pakaikan barut yang bersesuaian saiznya dengan bayi.
* Pastikan ikatan barut baby tidak terlalu ketat atau longgar.
* Jika anda tidak pasti mengenai ikatan yang sesuai dengan bayi, mungkin menggunakan barut moden berpelekat adalah pilihan terbaik.

Menarik: Hidung Terletak Macam Baby Korea, Wajah Ala-Korea Anak Intan Ladyana Curi Perhatian, Comelnya!

IKLAN

Bukan Amalan Orang Lama & Saja-Saja, Pakai Barut Penting Untuk Bayi 0-4 Bulan!

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil.

Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Sumber: Hellodoktor.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI