Itulah luahan hati isteri pelawak terkenal, Shuk Sahar, iaitu Fara Salleh, yang tampil mempertahankan maruah anak kecilnya, Elaine Nada, daripada tohmahan dan persepsi buruk segelintir masyarakat.
“Nada Sempurna. Dia Bukan Anak Luar Nikah…”
Menerusi perkongsian di laman sosial, Fara meluahkan rasa bimbang andai suatu hari nanti, apabila anaknya sudah membesar dan bersekolah, dia menjadi mangsa ejekan rakan-rakan hanya kerana status perkahwinan ibu bapanya.
“Nanti kalau Nada satu sekolah dengan anak anda, janganlah ejek Nada. Dia sempurna, cantik. Dia bukan anak luar nikah. Dia ada keluarga sempurna sebelum ini, tapi sekarang lagi sempurna,” tulis Fara.
Sebagai ibu, Fara jelas menggambarkan naluri seorang wanita yang sanggup lakukan apa sahaja demi melindungi anaknya. Dia sedar, walaupun bayi kecil itu tidak tahu apa-apa, masyarakat mungkin sudah membentuk pelbagai persepsi dan itulah yang mahu dia elakkan.
“Silap Mak Ayah, Tapi Dia Kena Tempias…”
Fara akui, mungkin banyak kekeliruan berlaku dalam rumah tangganya, namun dia tidak mahu masyarakat menghukum anak kecilnya yang tidak berdosa.
Ads
“Cuma silap pada mak ayah dia, dia kena tempias. Tapi cool! Dia ada aku. Aku akan lindungi dia. Ajarlah anak korang bab ni. Jangan ejek-ejek anak orang,” tegasnya lagi.
Sebagai ibu moden yang berjiwa kental, Fara tidak hanya menzahirkan kasih sayang secara emosi, tetapi turut berdiri sendiri dalam menghadapi cabaran perundangan. Dua kali hadir ke mahkamah bersendirian dan itulah bukti dia sedang berjuang demi hak anak yang dicintainya.
Ads
“Dua kali naik mahkamah seorang diri. Kali terakhir 10 Jun, tapi dia (bekas suami) tak datang. Dia pergi bercuti dengan anak-anak lain di Sabah,” luah Fara kecewa.
Demi Masa Depan Anak
Fara juga menjelaskan keputusannya untuk segera mendaftarkan surat beranak Elaine Nada sebelum proses mahkamah selesai. Bagi Fara, masa depan dan dokumen sah anak lebih penting daripada menunggu sesuatu yang masih samar.
“Sebab apa-apa hal, urusan surat beranak ini penting. Nak tunggu mahkamah masih lama dan panjang sangat sebab si lelaki langsung tak datang,” jelasnya.
Ads
Semoga Elaine Nada membesar menjadi anak yang kuat, disayangi dan diberi perlindungan dari segala kata-kata negatif.
Untuk info, kemelut rumah tangga Shuk dan Fara terus berpanjangan apabila masing-masing saling berbalas kenyataan dalam media sosial masing-masing.
Terdahulu, Fara memaklumkan telah selamat melahirkan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Elaine Nada pada 26 Jun lalu. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada November 2023.
Bela kucing tapi bakal dapat baby, bahaya tak? Persoalan ini sering bermain di fikiran ibu ayah yang sedang menantikan kehadiran si kecil, terutama apabila rumah turut dihuni oleh si bulus kesayangan.
Ada yang risau tentang kebersihan, jangkitan penyakit dan keselamatan bayi. Namun, menurut pakar pediatrik Dr Nisa Khalil, ibu ayah tidak perlu terlalu bimbang asalkan tahu cara penjagaan yang betul dan menjaga kebersihan, anak dan kucing sebenarnya boleh membesar bersama dengan sihat dan gembira.
Bagi pencinta haiwan, kucing bukan sekadar haiwan peliharaan — tetapi sudah dianggap sebahagian daripada keluarga. Namun, sesetengah ibu bapa yang bakal menimang cahaya mata memilih untuk menyerahkan kucing kepada orang lain kerana bimbang membahayakan bayi. Hakikatnya, tindakan ini tidak perlu jika rumah dijaga dengan baik. Malah, kehadiran si bulus sebenarnya membawa banyak kebaikan kepada tumbesaran anak kecil.
Menurut Dr Nisa Khalil, pelbagai kajian menunjukkan bahawa bayi yang membesar dengan haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing mempunyai risiko alergi dan asma yang lebih rendah. Satu kajian di Jepun mendapati, kehadiran si bulus di rumah mampu mengurangkan alahan terhadap makanan seperti telur, gandum dan kacang. Ini kerana pendedahan awal kepada bakteria semula jadi membantu memperkukuh sistem imun bayi.
Satu kajian di Finland menunjukkan bahawa bayi yang membesar bersama haiwan peliharaan mempunyai 44% kurang risiko jangkitan telinga dan 29% kurang keperluan antibiotik. Ini membuktikan bahawa kehadiran haiwan peliharaan seperti kucing sebenarnya membantu menguatkan daya tahan tubuh si kecil terhadap pelbagai penyakit berjangkit.
Selain kesihatan fizikal, haiwan peliharaan juga memberi kesan positif terhadap kesejahteraan emosi anak. Kajian dari Children’s Hospital Colorado mendapati, mengusap atau bermain dengan kucing boleh mengurangkan stres dan kegelisahan, serta menstabilkan kadar degupan jantung. Anak yang membesar dengan haiwan peliharaan juga lebih ceria dan tenang kerana meningkatnya hormon serotonin yang membuatkan mereka rasa gembira.
Pernah tengok anak kecil ‘bersembang’ dengan kucing? Jangan anggap pelik! Kajian mendapati anak yang biasa berinteraksi dengan haiwan peliharaan menunjukkan kemahiran sosial dan komunikasi yang lebih baik. Mereka lebih mudah berkongsi, bekerjasama dan berempati. Malah, menurut Dr Nisa Khalil, bagi sesetengah anak kecil, arahan kepada kucing boleh jadi antara ayat pertama mereka!
Membesar dengan kucing juga mengajar anak tentang tanggungjawab dan kasih sayang. Aktiviti mudah seperti memberi makan atau menyikat bulu bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga membantu perkembangan kemahiran motor halus mereka. Dari kecil lagi, anak belajar menghargai makhluk hidup dan berlembut dengan haiwan.
Walaupun banyak manfaatnya, Dr Nisa Khalil tetap menegaskan bahawa kebersihan perlu menjadi keutamaan:
Parasit ini boleh merebak melalui najis kucing, tanah, sayur-sayuran yang tidak dicuci bersih atau daging mentah. Sebab itu, kebersihan rumah dan pemakanan keluarga sangat penting, terutama bila ada si bulus dan si kecil di bawah satu bumbung.
Jadi mama dan papa, tak perlu lepaskan kucing kesayangan hanya kerana bakal menyambut bayi. Dengan penjagaan rapi, vaksin lengkap dan amalan kebersihan yang betul, anak boleh membesar dengan si bulus dalam suasana penuh kasih sayang dan selamat.
Kucing bukan ancaman, malah boleh jadi sahabat baik pertama buat si kecil — teman bermain, peneman tidur dan pengajar nilai kasih sayang yang tiada ganti. 🐱💖
Isteri, suri penyeri di rumah kita. Dia lah penceria dan rasa bahagia kalau di rumah. Jadi biarkanlah suri hati kita belajar menceriakan dirinya ketika penat melampau menguruskan rumah tangga dan anak-anak.
Malah menurut perkongsian Dr Taufiq Razif, para isteri harus belajar untuk mencari kegembiraan dengan melakukan hobi sendiri.
Semua ini menjadikan tangki emosi isteri kita lebih bahagia dan ceria. Jadi biarkan sekali sekali isteri dengan hobinya.
“Tak rasa loser ke jaga anak supaya bini boleh tunaikan hobi?”
“Saya sebenarnya perhati je kebanyakan mak mak ni bila dia buat kerja yang sama je setiap hari dia mai datang rasa tepu.
Sebenarnya rasa tepu tu permulaan burnout lah tu cuma tak ramai mak mak ni dia sedar benda ni.
“Tiap hari lipat kain, siapkan sarapan, cuci pinggan, tidurkan anak, mop lantai, jaga anak, jaga suami dan benda yang sama je berulang ulang daripada awal kahwin sampai lah ke penghujung usia. Tak kata salah pun.
Cuma bila tak ada unsur ‘playful’ dalam hidup dia akhirnya dia akan terbentuk satu beban dalam diri dia. Mula mula kecil, makin hari makin besar. Makin hari makin berat.
Sebab tu saya selalu cakap pada mak mak ni “find your own hobby, find your own passion”
It’s okay to be a mother. Tapi awak kena tahu awak dulunya adalah kanak kanak riang yang penuh kebahagiaan. Melompat ke sana ke sini dengan penuh keceriaan dan kegembiraan. Di mana ‘si anak’ tu sekarang? Di mana?
Sekali lagi saya ulang “it’s okay to be a mother. Tapi jangan sampai awak hilang diri awak sendiri. Deal? “
Ibu ayah mana yang tidak risau apabila anak yang semakin besar dan tidak lama lagi akan melangkah ke sekolah menengah masih belum cukup solatnya.
Mungkin sikap ibu ayah menganggap anaknya masih kecil tidak perlu mendesak anak. Namun hakikatnya cara ini tanpa sedari ia tidak mendidik anak mencintai kepada solat.
Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jadi jangan tunggu hingga anak besar akil baligh, didiklah dari awal supaya cintanya berputik sejak kecil kepada sayang kepada solat dan rasa bersalah jika tidak melakukan ibadat ini.
Menarik dengan perkongsian daripada Dr Farhuda Zulaikha yang berkongsi 16 tip ‘Fun’ supaya mendidik anak kecil suka kepada solat. Malah perkongsian ini telah meraih perhatian hingga mendapat lebih 3K share!
Ujar Dr Farhuda Zulaikha bahawa untuk mendidik anak mengenai solat ini sebenarnya tidak susah.
Ibu ayah yang perlu memainkan peranannya untuk mendidik anak untuk suka kepada solat.
Tak susah pun nak ajar anak-anak solat sejak kecil.Yang penting ibu ayah pun perlulah menitik beratkan hal solat masing-masing. Ini antara TIPS mudah ajar anak-anak solat
16 TIP DIDIK ANAK SUKA SOLAT
1. Solat ibu ayah perlulah awal waktu, tunjukkan bahawa solat itu penting untuk kita dahulukan.
2. Sebaiknya solat di depan anak-anak sejak mereka bayi lagi. Walaupun ada anak kecil atau bayi, usahalah untuk solat berjemaah suami isteri. Letakkan bayi di sebelah kalian. Jika dia sudah pandai merangkak atau berjalan, pastikan keadaan sekitar tidak merbahaya sebelum kalian mulakan solat. Ye mungkin kadangkala mereka akan memanjat, masuk dalam kain dan sebagainya. Itu fitrah mereka. Segala itu akan menjadi kenangan nanti. Bukankah cucu Rasulullah pun memanjat baginda ketika bersolat?
3. Lagi bagus jika ada ruang khas solat di rumah. Boleh jadi bilik khas mahupun sekadar suatu sudut khas. Pastikan keadaan kawasan berkenaan bersih dan jauh dari bunyi bising. Jika bersolat di ruang tamu, ajarkan anak-anak bahawa tv perlu ditutup atau dihentikan ketika waktu solat.
4.Jika ayah tiada di rumah, ibu harus memainkan peranan untuk ajak anak solat bersama. Jika ibu ‘cuti’ pastikan anak-anak tetap disuruh bersolat.
5. Sekiranya ada anak-anak yang baru sahaja melelapkan mata apabila tiba waktu solat, pastikan sebaik sahaja mereka bangun mereka harus solat biarpun telah melepasi waktu. Ajarkan yang solat itu wajib. Apabila sudah boleh berfikir, ajarkan apa itu solat qada’ dan juga masbu’.
6. Ayah perlu baca surah kuat-kuat, tertib dan tartil. Biar dapat didengari anak sepatah-demi sepatah. InsyaAllah mereka boleh menghafal surah dengan hanya mendengar bacaan kita setiap hari.
7. Ajarkan mereka perlahan-lahan. Tidak perlu tinggu mereka pandai semua rukun baru nak suruh solat. Biarkan mereka bersolat walupun sekadar meniru pergerakan dalam solat. Walaupun ada yang kejap meniarap, kejap menonggeng, kejap pandang belakang. Semakin besar nanti ajarlah mereka apa itu rukun solat, apa yang tidak boleh dilakukan.
8. Ajarkan wudhu’ bila mereka sudah faham. Awal-awal belajar solat itu wudhu’ boleh diajar kemudian. Kalau tidak, jenuh juga bertukar baju yang lencun nanti bila yang umur 3 tahun ambil wudhu’. Slowly but surely.
9. Didik dan semailah dalam jiwa mereka kenapa kita perlu melaksanakan solat. Ajarkan berapakah solat wajib yang perlu dilaksanakan. Berapa rakaatkah setiap solat. Apakah tanda masuknya waktu solat.
10. Ibu ayah, jika boleh solatlah berjemaah. Selain pahalanya berganda-ganda, anak-anak juga akan lebih excited jika mereka memerhatikan semua perkara kita buat bersama-sama. Berjemaahlah sekalipun hari itu kita tengah berkecil hati/ salah faham/ berperang dunia dengan pasangan kita. InsyaAllah akan sejuk selepas itu.
11. Sediakan sejadah peribadi milik mereka setiap satunya. Sekarang ini pelbagai jenis sejadah moden yang dijual. Ada juga yang specially designed untuk kanak-kanak dengan gambar kartun dengan saiz yang lebih kecil. Kami membelikan sejadah kecil begini untuk mereka. Sejadah-sejadah ini dibeli ketika masih kecil, kebetulan pula warna-warna itu bertepatan dengan warna character kartun PJ Mask dengan Owlette (merah), Geko (hijau), Catboy (biru). Rehal pun beli warna yang sama.
12. Reward system. Ketika mereka masih kecil, boleh galakkan mereka untuk solat dengan sistem reward menggunakan sticker. Tampalkan sticker pada board peribadi mereka. It may look for fun but it works.
13. Beri peluang kepada anak-anak kecil untuk mengetuai bacaan doa. Usai doa abah yang panjang, minta merela mengetuai bacaan doa ringkas sambil kita turut menadah tangan. Contoh doa yang paling mudah adalah doa ibu bapa. Si anak bujang boleh diberi mandat untuk Iqamah. Tidak lupa ajak juga anak – anak untuk membaca alFatihah untuk ahli keluarga yang telah meninggal dunia. Semoga mereka istiqamah melakukan perkara yang sama apabila kita meninggal kelak.
14. Apabila tiba sahaja waktu untuk solat, boleh minta abah yang garang bagi hint : Whudu’!! Maka akan bertempiaran larilah yang si besar-besar untuk segera ambil wudhu’ meninggalkan apa yang sedang mereka kerjakan.
15. Solat tidak boleh tinggal langsung. Jika di rumah solat lima waktu ajarkan juga mereka bahawa sama juga jika balik kampung atau semasa jalan-jalan. Tiada pengecualian.
16.Akhir sekali, tunggulah mereka di atas tikar sejadah sebelum kalian mengangkat takbir. Pastikan semua orang bersedia sepenuhnya barulah mereka bersemangat solat bersama dan tanda kita mahu mereka bersama-sama menghayati solat. Marilah melentur buluh dari rebungnya. Children won’t follow your orders, they imitate you.