
Kita hantar anak ke sekolah dengan hati tenang. Tapi jika fasiliti sekolah tak diselenggara contoh tangga licin, pagar longgar, tiang tak kukuh dan bila-bila masa boleh terjadi perkara tak diingini. Artikel ini bantu ibu bapa lebih alert dan ambil tindakan!
Anak habiskan masa berjam-jam di sekolah, satu kecuaian kecil pun boleh beri kesan besar. Kajian di 923 murid sekolah rendah di Malaysia tunjuk hubungan sangat kuat akan tingkatkan keselamatan bersama tingkatkan kesejahteraan murid (koefisien 0.99). Fasiliti rosak bukan sahaja risiko fizikal tapi boleh ganggu emosi dan prestasi mereka.
| Aspek Fasiliti | Keterangan |
|---|---|
| Kondisi fizikal | Bangunan, bumbung, pendawaian yang kukuh dan diselenggara secara berkala |
| Tandas bersih & sesuai | Mencegah jangkitan, selesa digunakan oleh kanak-kanak |
| Tempat bermain | Direka mengikut umur, selamat dan tidak membahayakan |
| Laluan pejalan kaki | Crosswalk yang jelas, terutamanya di kawasan trafik sibuk di luar sekolah |
| Jalur kecemasan & fire safety | Laluan kecemasan, sistem pemadaman api yang diuji dan mudah dicapai |
| Pencahayaan & visibility | Kawasan terang, tiada tempat tersembunyi atau blindspot |
INFO MENARIK
Di Selangor, kajian menunjukkan yang hanya ~41% murid guna jejambat pejalan kaki selebihnya jalan di atas jalan raya, risiko tinggi untuk kemalangan dekat sekolah. Fasiliti keselamatan seperti zebra crossing dan ‘drop-off zones’ sangat meningkatkan keselamatan terutamanya di dalam kawasan bandar.
Keselamatan anak bukan sekadar tanggungjawab guru atau kerajaan – ibu bapa juga perlu proaktif. Mulakan dengan langkah mudah: