Ramai yang menyambut baik inisiatif kerajaan untuk suntikan vaksin Covid-19 kepada kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin juga turut dilihat membawa anak bongsunya, Raif mendapatkan dos pertama di World Trade Centre (WTC) semalam.
Menerusi perkongsian video yang tular dan dirakam sendiri oleh Khairy, Raif yang berusia 6 tahun itu dilihat tenang sahaja menerima suntikan vaksin sambil tangannya dipegang ibu, Nori Abdullah.
Dalam video tersebut juga Khairy turut berseloroh dengan mengatakan “ Tengok doktor betul-betul, bukan cucuk angin kan?,” katanya.
KJ dalam masa yang sama memberi kata-kata semangat buat anak bongsunya itu.
Ads
Dalam video yang turut dikongsi di akaun Instagram JKJAVMY, KJ turut bertanyakan Raif akan keadaannya selepas divaksin.
Sementara itu, KJ juga turut berkongsi perkara itu di Twitter selepas anaknya selesai divaksinasi menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kanak-kanak (PICKids)
“Alhamdullilah selesai vaksinasi dos pertama anak bongsu saya Raif di wtcklofficial.
Ads
“Rasa lega beliau dapat perlindungan dari Covid-19. Daftar anak anda untuk PICKids,” tulisnya menerusi satu ciapan yang disertakan dua gambar Raif.
Sebelum ini, Khairy mengesahkan sudah membuat tempahan untuk suntikan vaksin bagi anaknya itu.
Mama papa yang belum mendaftar lagi, jangan lupa untuk daftarkan anak-anak dibawah jagaan anda untuk PICKids ini ya. Kita sama-sama berusaha agar kesihatan dan keselamatan anak-anak terjamin selain dapat memutuskan rantaian virus Covid-19 ini.
Ads
Kredit: JKJAV, KJ
Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian.
Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Dengan hanya RM20, bukan saja ilmu tapi mama papa berpeluang memenangis pelbagai hadiah istimewa dari Pa&Ma. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai wanita nak tahu cara atasi masalah rambut gugur selepas bersalin. Rambut sememangnya mahkota wanita jadi bila berlaku keguguran rambut yang teruk, ramai wanita berasa stres.
Adakah masalah rambut gugur itu normal? Masalah keguguran rambut menjadi lebih teruk selepas beberapa bulan melahirkan anak. Persoalan tersebut sering menghantui ramai wanita yang mempunyai masalah ini.
Menurut Dr Deena Khairiah dari Dr Shah Hair Clinic, masalah keguguran rambut dipanggil fenomena acute telogen effluvium – kedaaan di mana rambut gugur lebih daripada normal iaitu lebih 150 helai sehari.
Antara faktor Acute Telogen Effluvium adalah seperti berikut:
Masalah post partum hair loss adalah keadaan di mana rambut gugur banyak daripada normal. Ia berlaku dalam tempoh 3 hingga 6 bulan lepas bersalin. Ada yang berpanjangan ke sembilan bulan hingga setahun lepas bersalin.
Menurut Dr Deena, rambut manusia seperti daun kerana ada kitarannya. Rambut manusia dianggarkan lebih kurang 100,000 helai. Kulit kepala manusia ada 3 jenis rambut iaitu:
Bila rambut sudah gugur ia akan digantikan dengan rambut baru dan jadi tebal semula.
Ramai ibu selepas bersalin mengadu keadaan rambut mereka semasa mengandung sangat berkilau, bersinar dan lebat tetapi selepas bersalin, lama-kelamaan rambut berguguran dan semakin menipis.
Menurut Dr Deena, semasa mengandung ada peningkatan hormon estrogen, progesterone, HSG & prolaktin dalam badan ibu.
Ia meningkat seiring untuk keperluan bayi yang membesar dalam rahim ibu tetapi ia juga bertindak seperti baja kepada rambut – memanjangkan fasa anagen iaitu rambut tebal, panjang dan tidak gugur.
“Tetapi selepas bersalin hormon tersebut kembali rendah dan turun balik ke para normal jadi rambut pun gugur lebih banyak.
Masalah ini sementara, cuma sekitar 3 hingga 6 bulan sahaja. Nanti ia akan diganti dengan rambut baru yang tak akan gugur.
Lepas bersalin kebanyakan ibu mudah stress melihat fizikal berubah, letih jaga anak, jadi jangan risau sangat sebab ia sementara sahaja,” ujar beliau lagi.
Antara punca utama masalah keguguran rambut atau penipisan rambut kerana female pattern hair loss yang disebabkan oleh faktor genetik.
Ia mengganggu hampir 40% wanita daripada populasi wanita di seluruh dunia. Ia dikatakan berkait rapat dengan faktor genetik.
Mereka yang lahir dengan keturunan female pattern hair loss atau nama saintifiknya Androgenetic alopecia. Mereka ini lahir dengan rambut depan dan tengah itu sensitif kepada sejenis hormon iaitu hormone DHT atau Dihydrotestosterone.
Hormon DHT itu yang akan menyebabkan masalah kepada folikel rambut dan jadi mengecut. Rambut daripada tebal semakin menipis terutamanya di bahagian rambut depan dan tengah sahaja.
Masalah ini akan progresif atau berterusan sehinggalah rambut wanita tersebut menjadi sangat-sangat jarang. Kalau perasan, rambut makin nipis, jarang, botak ia disebabkan oleh female pattern hair loss.
Dr Deena yang berpengalaman merawat masalah rambut berkongsi tip penjagaan rambut yang boleh diamalkan oleh semua wanita.
Bila ada masalah, doktor kena kenal pasti apa puncanya sebelum memulakan rawatan.
Begitulah yang akan dilakukan oleh para doktor di Doctor Shah Hair Clinic apabila ibu lepas bersalin yang mengalami masalah keguguran rambut yang teruk ingin membuat rawatan.
Doktor akan kenal pasti apa punca rambut rosak dan memeriksa kulit kepala pesakit menggunakan satu alat.
Alat tersebut digunakan untuk memeriksa kulit kepala bagi melihat keadaan folikel normal atau tidak dan tengok ratio rambut.
Rawatan ikut jenis masalah yang dihadapi rambut. Ada rawatan rambut merangkumi ubat-ubatan dan rawatan.
Syampu, serum, conditioner khas untuk orang yang ada masalah rambut nipis, gugur dan jarang.
Wanita terutamanya bertudung tidak perlu risau untuk merujuk masalah rambut mereka di klinik ini kerana ada ruang privasi untuk wanita terutama yang bertudung yang akan diperiksa oleh doktor wanita.
Jadi, ibu lepas bersalin yang mengalami masalah keguguran rambut melebihi tempoh 6 hingga setahun lepas melahirkan anak jangan susah hati kerana ada cara penyelesaian membantu anda.
Sedih membaca perkongsian dari seorang ayah ini mengenai pemergian anak sulungnya yang baru nak menginjak usia 4 tahun selepas virus menyerang otak dan paru-parunya selepas mengalami simptom muntah dan sakit perut.
Semoga kisah ini menjadi pengajaran pada kita semua bergelar ibu bapa jika anak-anak ada tanda seperti yang dinyatakan. Ikuti luahan hati, Muhammad Fahdli Hj Kamil.
Semua Sahabat, Ahli Syurga. Minta Maaf lambat update. Terima kasih banyak-banyak kepada sahabat-sahabat yang hadir di masjid BTHO dan tanah perkuburan tempoh hari. Dan juga pada geng yang telah mendoakan kami sekeluarga.
Jasa anda memang tak dapat kami balas dengan kat-kata.
Semoga kalian semua dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur…aamiiiin…
Anak saya Muhammad ‘Aisy Fayyadh boleh saya katakan seorang anak yang baik, rajin, sopan, alim, mendengar kata, dan pandai berdikari..Dia baru je masuk sekolah tadika Pasti 4tahun, selama 3minggu ni.
Punca virus yang menyerang otak dia masih lagi dalam siasatan doktor. Nama penyakit dia dikenali sebagai Meningitis with Shock Bronchopnemonia. Sejenis penyakit radang otak dan jangkitan virus di peparu. Virus tu merebak dari otak ke paru-paru dan terus ke jantung dgn sekejapan..
Pada mulanya dia mengadu sakit perut pada jumaat (19/01/18) malam dan start muntah-muntah pada hari Sabtu, dia jadi tak larat nak makan dan minum, berpanjangan sehingga ke hari Ahad. Tetapi hari Ahad muntah die dah berkurangan. Maybe sebab tak ada makanan lagi yang nak dimuntahkan.
Tip Untuk Ibu Bapa
If berlaku pada kanak-kanak, muntah-muntah yang berpanjangan, tapi tak cirit birit, ada something wrong pada nerve system, which is sangat berbahaya, dan kena terus jumpa doktor pakar kanak-kanak.
Kami sangka dia hampir pulih disebabkan kami telah pergi ke klinik pada sabtu mlm. Doc bagi tahu cuma demam biasa dan perut dah masuk angin. Kami bagi dia ubat yang kami dapat di klinik tadi seperti biasa..
Pada hari tu, dia cuba untuk tidur, tapi asyik terkejut dan tersentak-sentak semasa tidur, dan kemudian mata dia terbeliak tiba-tiba. Perkara ni berulang berkali-kali sehingga dia tak dapat tido dengan nyenyak.
Percakapan dia pun jadi mcm laju-laju.. jalan pun dah tak stabil dan tak larat. Dan mengiggil. Kami sangkakan die dehydrated disebabkan tidak mahu makan dan minum.
Jadi pada ahad malam kami bawa dia ke Hospital Serdang untuk terima rawatan “drip air”, sebab nak kembalikan dia punya kandungan air seperti normal..
Dalam pada itu, isteri saya menyedari mata dia tak inline (jadi juling) dan tak larat nak berjalan sendiri..dia jadi lemah. Kejadian ni mula berlaku semasa dia terima “drip air” tersebut. Then, doktor sahkan dia tak ada apa-apa, cuma demam biasa berdasarkan result darahnya.
Doktor sahkan yang mata juling dan tidur tersentak-sentak tu adalah perkara biasa semasa demam dan akan elok kembali bila dah tak demam.
Then kita orang pon balik lah ke rumah seperti biasa. Lega rasa hati sebab tak ada benda serius berlaku. Kita orang sampai rumah lebih kurang jam 3pagi..
Seperti petang tadi, Fayyadh memang tak dapat nak tido dengan baik. Tapi tiba-tiba, pernafasan dia jadi laju. Kami memang dah tak sedap hati. Kami teringat yang doc kat HBKL memang terbaik untuk kanak-kanak. Terus kita orang shoot pergi HBKL.
Kami sampai HBKL jam 5 lebih pagi. Setelah sampai HBKL, condition Fayyadh makin teruk, dia memang tak dapat jalan langsung dan muntah-muntah lagi.
Bila didukung, dia rasa macam nak jatuh dan gayat. Mata dia masih lagi juling. Tapi dia masih lagi boleh bercakap dengan kita orang, tapi dengan sebutan yang pantas..
Virus Dah Serang Otak
Bila dah masuk ke zon merah, doc sahkan virus dah serang otak dia.. Then kami diminta untuk keluar sebentar sebab nak beri fokus pada team doctor merawat dia.
Masa tu doc kata nak tido kan dia bagi dia tenang.. Masa ni kami rasa bersyukur sebab maybe Fayyadh sempat utk pulih seperti biasa..Tapi keadaan jadi lagi tegang bila doc panggil kami semula untuk tgk dia..
Rupa-rupanya dia dah masuk ke bilik khas untuk buat CPR.
Doc bagi tahu denyutan jantung dia lemah, perlu buat CPR.
Hanya Allah sahaja lah tahu macam mana perasaan kami. Aku terus call ibu ku untuk mohon doakan Fayyadh..Waktu ni dah jam 8pagi.
Prosedur biasa, doc akan buat CPR selama 30min sahaja, then dorang akan stop, kalau denyutan jantung masih tak berubah, dan dorang memang dah tak boleh nak buat apa-apa lagi. Lebih kurang jam 8:40pagi, doc panggil kami untuk berbincang dalam 1 bilik..
Mereka kata jantung Fayyadh memang dah betul-betul lemah..Tapi aku request untuk sambung lagi buat CPR, sebab sy tahu anak saya tu kuat.
Sepanjang doc buat CPR bergilir-gilir dalam bilik kecemasan tu, kami tak henti doakan dia..Memang kami berada dalam bilik tu untuk menemani dia.. Macam-macam yang kami cakap dengan dia untuk beri semangat pada dia.
Alhamdulillah dapat semula degupan jantung Fayyadh..
time ni lebih kurang dlm jam 9pg. Jadi, Fayyadh akan transfer ke ICU utk dptkn rawatan lanjut. Keadaan dia time ni masih lg kritikal.. Atas doa semua,jantung Fayyadh alhamdulillah dapat berdegup semula.
Fayyadh Pergi Selamanya
Time ni dah ramai ahli keluarga kami sampai di wad kecemasan tersebut. Selepas hmpir 2 jam, semasa pemindahan katil ke ICU, tiba-tiba denyutan jantung Fayyadh mulai slow..
Doc buat CPR kali ke-2 selama 30min. Akhirnya denyutan jantung dia tetap lemah….Tepat jam 11:41am, 22/01/2018, Doc stop buat CPR..
AllahuAkbar.. Fayyadh tak dapat diselamatkan lagi…
Papa n Mama pun memang dah tak sanggup lihat Fayyadh kena push dada tu kuat-kuat..
Sepanjang dia berada di zon merah, kami berdua memang sentiasa teman kan dia dan berbisik pada dia…
Fayyadh, papa n mama ade kat tepi Fayyadh ni, Fayyadh buatlah suka hati Fayyadh nak mcm mana k.. Papa n Mama ok jer…
Fayyadh dah pandai mengucap, tapi kami tetap berbisik pada dia kalimah Allah dan Rasullullah dan didengarkan dengan surah Yassin sepanjang dalam bilik kecemasan tu..Tapi Fayyadh telah memilih untuk pergi meninggalkan kami semua.
“YaAllah ya tuhanku… aku memohon pada Mu, kuatkan lah hati aku dan isteri untuk menerima dugaan ini.. Engkau sahajalah tempat kami bergantung, dan ke Engkau lah kami kembali”
terima kasih banyak pada semua yang dah mendoakan kami..
terima kasih tak terhingga kepada semua doctor yang terlibat.
ada doctor yang tak tahan sebak, mengalirkan air mata..
sungguh besar jasa kalian yang cuba menyelamatkan anak syurga ni…
Tak terbalas jasa kalian… semoga kalian juga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman kelak.
Fayyadh tunggu kami kat depan pintu syurga nanti k…
insyaAllah nanti Fayyadh dtg pickup Papa n Mama k, tak puas lagi kami untuk menjaga dan membesarkan Fayyadh…
banyak dan besar harapan kami untuk Fayyadh di dunia fana ni..
Minggu lepas dia ade bagitahu mama dia dlm kete, “Fayyadh nak masuk Syurga sorang-sorang. Fayyadh masuk Syurga dulu. Papa, Mama, Adik jangan masuk lagi”
Masa malam yang dia muntah kat hospital Serdang tu, Mama n Fayyadh ke toilet untuk bersihkan diri..
Mama letak Fayyadh kat atas singki, tapi Fayyadh macam gayat nak jatuh, jadi Fayyadh peluk Mama erat.
Dalam pada tu Mama tanya Fayyadh..”Fayyadh, ni nanti, Mama, Papa, Doctor akan tolong pulihkan Fayyadh, tapi siapa yang 1st sekali akan tolong Fayyadh?”
Dengan tak larat tu Fayyadh gagah untuk menjawab, “Allah…”
AllahuAkbar…. walau sakit mcm tu, tengah berlawan dengan sakit, dia tetap boleh jawab dengan baik.
Anak Yang Sangat Baik
Memang terkesan sangat kehilangan dia. Sebab dia budak yang keletah, setiap gerak geri dia, ape yang dia lakukan semua tertinggal dalam ingatan memory family dia dan orang yang pernah jumpa dia.. Dia memang seorang insan yang istimewa dan terpilih.
Memang sangat merindui suara dia, “boleh papa??? bolehlah…” bila dia nak minta sesuatu atau nak pergi ke mana-mana.
Bila aku hantar dia ke sekolah, tak turun lagi dari moto di ckp “salam papa.. janji… cap… sayaannggg papa…” dia peluk aku..
setiap kali perpisahan aku dan dia, dia akan buat macam ni..
tapi Fayyadh tinggalkan Papa, tak sempat Papa nak buat macam ni kat Fayyadh..
Sangat merindui suara dia minta susu “Papa nak shushu, Papa nak shushu..” tapi aku time tu sibuk dengan handphone, tak hiraukan dia. terkilan sangat rasa…
Sangat merindui dia, bila pergi kedai je, dia nampak roti coklat, siap-siap dia letak kat atas table cashier..
Bila Fayyadh nampak papa beli atau makan coklat, Fayyadh datang ke Papa tersipu-sipu.Lepas tu cakap, “Papa, nak one jer.. eh silap2.. nak two jerr… bolehlah Papa.. nak two jer…” sebab Mama dia memang tak bagi dia makan coklat-coklat ni sangat, Papa je yg bagi.. Dia memang pandai nak ambil peluang ni.. Dengan Papa jelah dia dpt…
Bila dia dengar azan je, dia ckp dengan mama dia “mama dah azan, solatlah..”
kalau sempat aku balik rumah sebelum maghrib, aku bagi tahu dia, “Yadh jom g surau cepat, kalau x nnti Papa tggl” cepat-cepat dia kelam kabut tanya Mama dia “Mama cepat lah Mama, jubah mana, jubah mana…”
Bila aku dan aida macam sama-sama bincang tentang sesuatu yang tak sependapat, tiba-tiba dia datang “jangan gaduhlah, Mama, Papa…” padahal bertegang cite pasal iphone n samsung…
Dari Fayyadh tak tahu cara nak buka TV dalam car, sampi lah dah diajar cara nak play cerita Doraemon kesukaan dia tu sendiri..
Cerita Movie pemergian Doraemon dari hidup Nobita.. Jadi, bila masuk dalam kereta je, dia terus bukak utk tontonan dia dan adik.. Tapi sekarang, Fayyadh tak de, kami asik terasa je yang Fayyadh hadir, sedang tengok cerita Doraemon tu kat belakamg sambil gelak.
Tapi Allah lebih menyayangi dia, dan Allah adalah sebaik perancang.. pasti ade hikmah disebalik kejadian ni.. Aku sangat-sangat bersyukur dengan Anugerah ni ya Allah…
terima kasih kerana telah meminjamkan kami anak syurga ini selama 3thn, 5bulan, 2hari…
Selalu dia cakap, ” untunglah Mama, untunglah Papa”
Fayyadh lagi untung lah Fayyadh.Fayyadh dah berada kat taman syurga dah…
Anugerah Terindah.
Muhammad ‘Aisy Fayyadh Bin Muhammad Fahdli
Sharnaaz atau nama penuhnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad menjemput orang ramai untuk menyertai majlis tersebut bagi mendoakan kesihatan anak lelakinya itu.
“Sesiapa yang free dan berdekatan boleh jemput hadir, selepas solat terawih lebih kurang jam 10 lebih..
“Dijemput solat tarawikh bersama.. Sama-sama membantu di bulan mulia ini,” tulisnya.
“Untuk yang belum tahu, jebat kena UTI, dan ada block di salur kencing dia.. Dah selesai jalani pembedahan.
“Namun tak sembuh dengan baik.. Tapi syukur sedikit demi sedikit nampak perubahan positif hari demi hari,” katanya.
Posting tersebut mengundang perhatian netizen bagi memberikan komen yang rata-rata turut mendoakan kesihatan Jebat serta berharap agar bayi itu segera sembuh seperti biasa.
Sumber: Ig sharnaaz ahmad
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!