Bukan Donat Biasa Tapi Campuran Buah Labu, Manis Lagi Berlemak Untuk Anak!

Share

Anak-anak kecil kita cukup sukakan akan kuih yang satu ini. Uniknya resipi yang satu ini dihasilkan daripada gabungan buah labu yang rasanya lebih manis dan berlemak daripada donat biasa.

Jika sebelum ini labu sering dijadikan jejari atau bebola labu, kini kreatifkan resipi anda dengan menjadikan donat labu manis seperti yang dikongsikan oleh ibu ini, Puan Farisha Sofea di facebooknya. Cukup kreatif dan unik.

Hujung minggu ini, apa kata kita cuba!

Bahan Bahan :

Bahan A :
200g tepung roti
300g tepung gandum
80g gula kastor
1 sk yis
10g pelembut roti ( dekat bakeri ada jual )

Bahan B :
1 biji telur
300g labu ( dah direbus dan dilenyek )

Bahan C :
1/4 sk garam halus
50g marjerin

Bahan D :
1/4 cawan air

Di dalam mangkuk, satukan Bahan A dan kacau sebati. Masukkan pula Bahan B , adun rata. Masukkan Bahan C dan uli sebati. Tambahkan Bahan D sedikit demi sedikit sambil diuli hingga adunan menjadi doh yang lembut.

Perapkan adunan selama 1 jam atau sehingga doh mengembang dua kali ganda. Tumbuk tumbukkan doh untuk membuang angin.

Kemudian ambil sedikit doh dan bulat bulatkan, boleh juga dicanai dan diterap menggunakan acuan.

Sementara itu panaskan minyak. Biarkan doh mengembang dan ringan sebelum digoreng.

Balikkan doh apabila bahagian bawah telah masak. Apabila kedua dua bahagian telah berwarna keemasan , angkat dan toskan.

Sejukkan seketika sebelum disalutkan dengan gula. Siap sedia dihidang. 

Gebu!

IKLAN