Berkahwin dan memiliki anak. Ini antara impian bagi setiap individu apabila mereka rasa mampu untuk menjalankan tanggungjawab setelah mempunyai kewangan yang kukuh dan pekerjaan yang menjamin masa depan.
Bagi pasangan yang dah mendirikan rumah tangga, keperluan keluarga akan menjadi nombor satu apabila mempunyai anak. Bukan setakat memiliki kereta atau rumah tetapi adakah anda terfikir keperluan perubatan keluarga juga antara yang terpenting sejak kebelakangan ini?
Rata-rata masyarakat kebanyakannya tidak ambil kisah mengenai perlindungan perubatan keluarga atas alasan bukannya selalu digunakan. Memang betul tapi adakah kita bersedia jika sesuatu penyakit itu datang secara mengejut dan memerlukan kos rawatan yang tinggi.
Berikut antara kriteria yang perlu anda fikirkan untuk kesejahteraan ahli keluarga demi masa depan yang baik.
Peningkatan pelbagai jenis penyakit
Sering kita dengar di media massa peningkatan pelbagai jenis penyakit seperti denggi, virus influenza misalnya H5N1, virus Zika dan sebagainya tidak kira usia sentiasa berlaku hinggakan ia menjadi ketakutan dalam masyarakat.
Disebabkan itu, pentingnya pembiayaan terhadap penjagaan kesihatan dan ia perlu dilihat sebagai antara aspek penting dalam kalangan masyarakat hari ini.
Seperti di negara barat, pembelian insurans perubatan dan kesihatan dilihat satu langkah yang baik kerana ia turut menyokong sistem pembiayaan penjagaan kesihatan mereka menjadi lebih berkesan dan teratur. Sepatutnya situasi ini pun perlu berlaku di Malaysia.
Pembelian insurans perubatan dan kesihatan mampu menjadi pelengkap kepada sistem pembiayaan penjagaan kesihatan yang sedia ada.
Seperti yang anda ketahui, peningkatan pelbagai jenis penyakit sekarang ini sesuatu yang perlu diambil serius. Walaupun kita sentiasa berada dalam keadaan bersedia, tetapi dengan pelbagai virus yang ada di sekeliling bila-bila masa sahaja ahli keluarga kita berisiko untuk berjangkit.
Ads
Kos rawatan perubatan hari ini mahal
Semakin maju negara, peningkatan kos rawatan perubatan setiap tahun juga meningkat. Hakikat ini harus diterima kerana ia sejajar dengan kemajuan yang berlaku dalam setiap aspek.
Tetapi adakah kita terfikir, jika kos rawatan perubatan ini terus meningkat ia akan menjadi satu bebanan untuk ahli keluarga mendapatkan rawatan terbaik.
Sebagai contoh ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang masih kecil berdepan situasi anak sakit itu biasa. Namun jika tidak mendapat rawatan yang baik semestinya menjejaskan kualiti hidup ahli keluarga.
Jadi sebagai penyelesaian untuk jangka masa panjang, sebaiknya anda memikirkan langkah yang terbaik dan membuat perancangan dengan mengambil polisi insurans perubatan keluarga untuk kepentingan bersama.
Ads
Hadiahkan ahli keluarga dengan AXA eMedic
Bagaimanakah nak pastikan kepentingan perubatan ahli keluarga tidak membebankan perbelanjaan bulanan? Ini yang ramai suami isteri selalu suarakan kerana bimbang kewangan tak mencukupi.
Sebelum anda rasa terbeban, perlu diketahui ada pelan perubatan keluarga yang mesra dan mampu milik serta sangat berbaloi. Walaupun bayarannya rendah tapi manfaatnya sangat besar.
Bagi yang masih tercari-cari kad perubatan, AXA eMedic antara yang terbaik. Kenapa ia dianggap sedemikian kerana kad perubatan AXA eMedic ini boleh di mohon secara dalam talian. Mudah dan boleh siap dalam 5 minit.
AXA eMedic merupakan kad perubatan 100% atas talian yang pertama di Malaysia. Anda boleh memilih pelan, menyemak harga dan membuat bayaran hanya dengan beberapa klik!
Bukan itu saja, AXA eMedic juga adalah pelan yang patut dimiliki bagi anda yang mencari kad perubatan pertama atau perlindungan tambahan di atas pelan yang sedia ada.
AXA eMedic tawar pelan keluarga
Ads
Sebagai ibu bapa semestinya anda akan memilih pakej yang lebih jimat dan mempunyai banyak manfaat kan? Kini AXA eMedic turut menawarkan pelan keluarga. Hanya dengan RM150 sebulan untuk empat ahli keluarga ia melindungi keluarga anda dengan liputan tahunan sebanyak RM100,000 setiap orang.
Paling penting sangat cepat dan efektif kerana boleh siap kurang dari 10 minit dan tidak memerlukan pemeriksaan perubatan.
Jika anda membeli insurans bagi satu keluarga dalam satu bil, rebat sebanyak 5% akan diberikan untuk pakej keluarga. Selain itu, 5% lagi rebat akan diberikan sekiranya pembayaran penuh dibuat untuk tempoh setahun.
Kelebihan bagi pemegang insurans AXA eMedic juga anda tidak perlu membuat pembayaran tunai jika dimasukkan ke hospital kerana semuanya akan diuruskan. Sangat-sangat berbaloi!
Bayar RM37 sebulan dah boleh dapat!
Apa yang best dengan AXA eMedic ini adalah harga yang ditawarkan sangat-sangat murah dan mampu milik. Dengan pelan premium serendah RM37 sebulan dah mampu miliki kad perubatan ini dengan had tahunan sehingga RM100,000 seorang. Untung kan! Jadi tak ada masalah untuk membuat simpanan dan berbelanja dengan wang selebihnya.
Lagi satu sebab kenapa anda sebagai ibu bapa kena pilih AXA eMedic ini adalah kerana anak umur seawal 15 hari dah boleh memohon kad perubatan ini sehinggalah orang dewasa umur 49 tahun. Lagi awal anda beli, lagi besar manfaatnya serta pelan ini boleh diperbaharui sehingga umur 80 tahun.
Tak perlu pemeriksaan kesihatan
Bagi yang memohon AXA eMedic, anda tak perlu pun buat pemeriksaan kesihatan. Ini untuk memudahkan pemohon mendapatkan kad tanpa perlu melalui proses yang rumit dan lambat. Hanya beberapa soalan ringkas terus siap.
Kiranya tak rugilah anda memilih AXA eMedic kerana pelbagai manfaat ditawarkan pada harga murah dan mampu melindungi seluruh ahli keluarga. Info lanjut mengenai AXA eMedic klik link ini www.axa.com.my untuk dapatkan keterangan lanjut.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bersempena bulan Ramadan yang bakal menjelang tiba, Think Quran (ThinkQuran.com) bersama Kumpulan Karangkraf melancarkan kempen #FahamKhatamAlQuran bagi memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa al-Quran bukan sekadar dibaca tetapi perlu difahami dan dihayati maknanya.
Kempen tersebut dilancarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Think Quran, Dato’ Abdul Radzeen Abdul Rahman. Turut hadir, Penasihat Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamudin Yaacob dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Marhaini Yusoff.
“Bulan Ramadan amat dinantikan setiap tahun oleh semua orang. Think Quran amat teruja untuk berkongsi bersama dengan sahabat yang lain berkenaan kaedah berkesan untuk memahami dan menghafal al-Quran.
“Dengan penghayatan yang lebih mendalam, saya berharap Think Quran dapat membantu kita melalui bulan puasa yang lebih barakah,” ujar Dato’ Abdul Radzeen ketika berucap bersempena melancarkan kempen berkenaan di Kumpulan Karangkraf.
Dalam pada itu menyentuh mengenai usaha sama Think Quran dan Kumpulan Karangkraf berhubung kempen ini, beliau berkata, pengalaman kumpulan itu dilihat akan dapat melahirkan masyarakat yang sayang dan cintakan kitab suci berkenaan.
“Saya melihat Karangkraf (menerusi Yayasan Warisan Ummah) merupakan organisasi yang berjaya melaksanakan perkara yang luar biasa contohnya menerusi Quran Time, World Quran Hour dan sebagainya. Saya lihat mempunyai visi yang sama dengan kami untuk membawa cahaya al-Quran kepada manusia,” jelasnya lagi.
Sementara itu, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, dengan kehadiran aplikasi berkenaan, usaha umat Islam untuk memahami kandungan al-Quran diharap dapat dipertingkatkan lagi.
“Dengan adanya kerjasama atau kolaborasi sebegini, ia lebih mudah direalisasikan,” ujar Datuk Hussamuddin.
ThinkQuran.com adalah satu kaedah mudah bagi mempelajari bahasa Arab al-Quran yang memang direka khusus buat umat Islam yang tidak ada sebarang bahasa Arab. Mempelajari bahasa Arab al-Quran dengan Think Quran sangat berbeza kerana Think Quran lebih memfokuskan kepada penguasaan kalimah-kalimah yang paling kerap berulang di dalam al-Quran.
Dengan lebih 300,000 pengguna di Malaysia, Singapura dan Indonesia, modul aplikasi Think Quran amat berkesan dalam menawarkan modul ringkas yang padat dalam masa yang singkat. Cara pembelajaran Think Quran yang agak santai kerana menggunakan telefon pintar, ia sangat efektif kerana ThinkQuran.com boleh mengenal pasti kalimah yang telah dipelajari mengikut tahap pembelajaran dan menyediakan modul latihan mengikut tahap kemampuan individu.
Aplikasi interaktif yang sesuai digunakan kanak-kanak mahupun orang dewasa ini membolehkan pembelajaran dan penghayatan al-Quran dapat diadakan di mana-mana sahaja untuk mengisi ruang masa ketika bulan Ramadan. Hanya dengan 15 minit sehari pengguna mampu mengukur prestasi secara kendiri dalam aplikasi.
Pengguna boleh mengakses kempen tersebut melalui laman web rasmi Think Quran, platform Sinar Harian, Karya Bestari, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dan MyQuranTime di TV Digital.
Bersempena dengan pelancaran kempen ini Think Quran menawarkan satu set percuma ‘Al-Quran Amazing’ dengan setiap langganan seumur hidup pada harga RM399.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Salah satu cara untuk berseronok dengan si manja adalah dengan bermain bersama mereka. Rancanglah aktiviti menarik untuk menguatkan bonding antara ibu ayah dan anak. Bukan saja ikatan kasih sayang lebih kuat, ia juga membantu pembentukan emosi yang stabil dan anak kurang tantrum.
Bawalah anak bermian di luar rumah supaya mereka boleh belajar banyak perkara baru. Anak-anak yang sering didedahkan dengan dunia luar juga lebih yakin dan berani. Mereka juga berpengetahuan luas dan sentiasa terbuka untuk mencuba pelbagai perkara baru.
Ajar Anak Jaga Kebersihan
Apabila sudah bermain di luar, sudah tentu anak-anak akan berpeluh dan ini membuatkan mereka merasa rimas. Bagi menjamin keselesaan si manja, ajarkan mereka untuk menjaga kebersihan. Salah satunya adalah dengan menggalakkan anak untuk mandi.
Pilihlah produk berkualiti dan diyakini untuk memastikan anak kekal bersih dan harum sentiasa. Dengan menggunakakan produk keluaran Johnson’s ® Baby, sudah tentu anak lebih selesa. Bukan saja bersih, tapi bau badan pun lebih wangi!
Johnson’s ® Baby Anjur Peraduan
Bagi menggalakkan anak-anak untuk menjaga kebersihan diri, Johnson’s & Johnson’s telah menganjurkan sebuah peraduan yang menarik dan comel yang bermula dari 15 Mei – 30 Jun 2022 yang lalu. Dengan menggunakan menggunakan filter AR Johnson’s Playdays x Didi & Friends, ibu ayah diminta untuk berkongsi momen istimewa ketika bermain dengan si manja di luar rumah.
Macam Mana Peraduan Berlangsung?
Ternyata ramai ibu ayah yang teruja dengan peraduan ini. Penyertaan yang dihantar sangat banyak sejak ia dianjurkan dan kini pemenangnya telah pun diketahui. Tahniah kepada anda semua yang telah memenangi peraduan Johnson’s Playdays x Didi & Friends!
Jom, saksikan video pemenang utama peraduan Johnson’s Playdays x Didi & Friends!
Berikut adalah senarai pemenang peraduan Johnson’s Playdays x Didi & Friends!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perancangan kewangan keluarga adalah satu langkah yang penting untuk memastikan keluarga dapat hidup dengan stabil dan selesa. Sebagai mama papa, tanggungjawab untuk menyediakan masa depan yang cerah bagi anak-anak memang besar. Mama papa bukan sahaja berperanan untuk memastikan keperluan seharian anak dipenuhi, tetapi juga merancang kewangan dengan bijak untuk memberikan masa depan yang lebih baik bagi anak-anak kita.
Ini langkah menjadi mama papa terbaik untuk masa depan anak
Menyediakan tabung khas untuk pendidikan anak-anak
Salah satu perkara yang paling penting dalam kehidupan setiap ibu bapa adalah pendidikan anak-anak. Namun, pendidikan yang berkualiti memerlukan kos yang semakin meningkat dari masa ke semasa.
Dengan adanya tabung khas untuk pendidikan anak-anak, mama papa boleh menggunakannya untuk yuran sekolah, buku, alat tulis dan lebih penting lagi, pendidikan tinggi seperti di universiti. Dengan perancangan yang baik, anak-anak dapat menikmati pendidikan terbaik tanpa beban kewangan yang membimbangkan di kemudian hari.
Melindungi keluarga dengan tabung kecemasan
Perancangan kewangan yang bijak juga memerlukan kita sentiasa bersedia dengan tabung kecemasan. Jika sesuatu yang tidak dijangka berlaku, sekurang-kurangnya keluarga akan mempunyai sokongan kewangan yang dapat membantu mengurangkan bebanan.
Dengan perancangan yang teliti, mama dan papa dapat mengelakkan diri daripada masalah kewangan dan memastikan keluarga hidup dalam keadaan yang lebih stabil. Ini memberi lebih banyak kebebasan untuk melakukan perkara yang lebih penting, seperti meluangkan masa bersama keluarga dan menikmati kehidupan tanpa tekanan kewangan.
Tabung kecemasan eloklah disimpan dalam tempat yang selamat serta mudah untuk diakses apabila memerlukan. Lebih bagus jika tabung tersebut boleh memberikan pulangan, seperti simpanan Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang membolehkan ibu bapa menikmati manfaat pelaburan sambil memastikan kewangan keluarga terjaga.
Menjadi contoh yang baik untuk anak-anak
Melentur buluh biarlah dari rebungnya sebab itulah mama dan papa adalah contoh pertama bagi anak-anak. Jika kita mengamalkan perancangan kewangan yang bijak, anak-anak akan melihat bagaimana cara kita menguruskan perbelanjaan, menyimpan dan belajar daripadanya.
Mereka akan faham kepentingan menabung, mengelakkan pembaziran, serta bijak berbelanja dan. ini akan memberi mereka asas yang kuat untuk menguruskan kewangan mereka sendiri apabila mereka dewasa kelak.
Kumpul dan simpan duit raya anak-anak
Cara mudah untuk mulakan tabungan anak-anak dengan menyimpan duit raya mereka untuk dilaburkan dalam pelaburan yang boleh memberi pulangan baik untuk jangka masa panjang. Ini memastikan duit raya tersebut tidak habis dibelanjakan dan memberi anak kesedaran tentang pentingnya menyimpan. Selain itu, duit raya yang disimpan ini boleh berpeluang untuk berkembang melalui pulangan pelaburan jangka panjang, yang bermanfaat untuk masa depan mereka.
Sebenarnya ada cara menyimpan yang mudah dengan pulangan yang kompetitif, dan bermanfaat untuk setiap peringkat usia. Kita boleh menyimpan dalam ASB, unit amanah harga tetap yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).
Secara asasnya ASNB mempunyai visi untuk memperkasa kehidupan kewangan semua rakyat Malaysia. Dengan adanya ASB yang dipercayai sejak generasi dahulu, menjadikan simpanan dan perancangan masa depan anda lebih mudah dan berpotensi menjana pulangan. Melabur dalam ASB juga mudah dan boleh dilakukan seawal usia kelahiran dengan modal permulaan serendah RM10.
Labur Ceria Si Cilik
Sempena Raya kali ini, ASNB menganjurkan kempen simpan duit raya buat anak-anak. Mama papa boleh kumpulkan duit raya anak dan simpan di ASB atau ASB 2 mereka untuk peluang tambah lagi duit raya mereka sehingga RM50. Kalau belum ada akaun anak-anak, inilah masanya untuk buka akaun di mana-mana cawangan ASNB atau ejen berdekatan.
Perancangan kewangan keluarga bukanlah satu perkara yang susah untuk dilakukan, tetapi ia memerlukan disiplin dan komitmen. Labur kasih sayang untuk anak-anak dengan membina tabungan mereka dari sekarang, agar mama dan papa dapat hadiahkan masa depan yang cerah buat yang tersayang.
Jangan tunggu sehingga esok untuk mula merancang. Mulakan hari ini, dan lihatlah bagaimana usaha kecil sekarang dapat memberi impak besar pada kehidupan anak-anak di masa hadapan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.